Adikku Bakal Bergelar Bapa Pada Usia 14 Tahun ಥ_ಥ


Bismillahirrahmanirrahim.

Allahuu, sebak terasa saat jari mula menaip kisah kali ni. Tapi dikuatkan hati demi memberi ikhtibar buat sahabat yang lain. 2 3 tahun lepas, ifah punya kenalan yang amat rapat dengan ifah. Ifah dah anggap dia macam adik ifah sendiri, sayang sangat-sangat kat dia. Tapi mungkin bukan jodoh kami nak jumpa, kami hanya rapat di fone dan laman sosial FB sajer. 
Masa ifah kenal dia, umur dia baru darjah 6 kalau tak silap. Mungkin faktor keturunan, dia yang merupakan anak seorang ahli saintis membesar menjadi seorang pelajar yang sangat bijak. Dia juga seorang yang sangat comel, manja, kelakar, baik, soleh TAPI semua berubah bila dia berpindah ikot baba dia tinggal di singapura, sejak tu ifah langsung tak dapat contact dia. Hingga la  seminggu yang lalu, ifah terima mesej FB dari dia. terkejut sangat bila dapat mesej dari dia, dan bertambah terkejut kuasa 20 bila baca mesej ni :




Subhanallah! terkejut hati saat baca mesej tu hanya Tuhan yang tahu. dia sekarang baru umur 14 tahun tapi dah kahwin? sebab khalwat pulak? kawan yang perangkap? ya Allah, mana adik ifah yang dulu kaki masjid? apa nasib dia sekarang? kenapa dia boleh terperangkap dalam situasi ni? Allahh ! Allahh ! Allahh ! ifah cuba kawal perasaan dah sambung chatting dengan dia. dan hasil chatting lepas tu :


Isteri dia sama umur? maknanya umur 14 tahun, tapi dah hamil? Saat ni, memang perasaan dah tak ada remote control lagi dah, terus menitis airmata ifah bila baca mesej tu. Dia yang ifah anggap adik sendiri bakal menjadi seorang bapa pada usia 14 tahun? mampukah dia ya Allah? ifah cuba kuatkan semangat dan teruskan chatting dengan dia sambil memberi nasihat yang sepatutnya.

Allahh, mungkin sebab pengaruh rakan yang dia  cuba terjemahkan disamping bapanya yang selalu busy membuatkan diri dia terjerumus dalam kehidupan yang sebegini. Itulah pentingnya peranan ibubapa dan sahabat dalam kehidupan kita seharian. Tanpa pengawalan yang betul, situasi ni tak mustahil tok terus terjadi pada kita dan masyarakat sekeliling.

Lastly kepada sahabat pembaca, ambil lah ikhtibar dari kisah yang ifah kongsikan ni, jangan biarkan ia berlaku pada adik beradik, sahabat dan saudara seislam kita yang lain. Selagi mampu, ayuh sesama kita cuba banteras gejala sosial daripada terus berlaku. Paling dekat, cubalah banteras ianya berlaku pada famili kita. Setakat ini dulu perkongsian dari ifah, wassalam :')

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka (Surah Ar-Rad:11)


11 comments :

Sarip Kumbang said...

org begini perlu diberi semangat.


Unknown said...

Ya allah....kuatkan diri...kembali kepada jalan allah..allah maha pengampun lagi maha pengasihani...muda lagi kan...allah dah uji...

Fatihah Azanan said...

Ya Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dia.

Sabar ye Ifah. Ujian Allah bg untuk dia :)

sha (chirp chirp) said...

kita doakan yg terbaek untuk mereka. sesungguhnya setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya. semoga ini memberi pengajaran kpd diri sendiri dan yg lain. insyaALLAH

Eymasu said...

insyaallah allah permudahkan jalan orang yg teraniaya..cukup jadi pengajaran tuk kita supaya berhati2 di sekeliling..

Aida Ismail said...

Kena perangkap? Kesiannya dia teraniaya. :(

syiela said...

Ya allah kesiannya dia.. moga adik tu terus kuat dan tabah menghadapi hari2 mendatang....

Unknown said...

Kesian kat adik angkat ifah...semoga mereka dapat mengharungi kehidupan berumah tangga di usia muda dengan tabah...

Badrina Ibtisam said...
This comment has been removed by the author.
Badrina Ibtisam said...

Kawan dia perangkap dia mcm mana? :'(

Allah..


Moga2 adik itu kuat, tunaikan apa yg diwajibkan ke atasnya. Aamiin.

Tyah said...

:') mgkin hadapi kpd ahli family terdekat .
benar , tanpa kasih sayang , didikan agama dan sokongan dri parents . anak2 lebih suka buat hal sendiri . then , macam2 jadi . contoh , mcm st0ry kaq ifah tu .
:')