Jodoh dan Takdir

Lirik Nasyid MiSK - Jodoh dan Takdir



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk ku curahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yang menawan
Tidak ku harap yang hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma ku damba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan


11.27PM 19 Mac 2014

5 Tips Kesihatan Yang Terkandung Dalam Al-Quran


Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad


Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar ! sungguh Al-Quran itu Kalamullah yang cukup-cukup lengkap untuk diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. In sha Allah untuk entri kali ni, ifah nak kongsikan dengan sahabat readers tentang 5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan yang terkandung dalam Al-Quran yang mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut :

                                                                           
Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

                                                                          
Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

                                                                           
Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

                                                                           
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

                                                                          
 Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.



PERCAYA, special credited for MH370


Berlalu awan langit nan suram
Membawaku cahaya baru
Hari semalam ku lepaskan
Esok hari bawa harapan

Teruskan
Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Woah... Percayalah
Woah... Selamanya

Hentikan semua air mata
Tuhan sentiasa bersama
Segalanya akan berlalu
Pulang aku pasti padaMu
Yang Satu

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Woah... Percayalah
Woah... Selamanya 2X

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Woah... Percayalah
Woah... Selamanya 2X

Ku takkan biar kau sendiri...


Lirik Lagu/ Lyrics
Lagu 'Percaya' nyanyian Hazama, Dina Nadzir & Astro Radio All Stars

La tahzan ya ukhti....


Genangan air mata diwajahmu menggambarkan kedukaan yang kau rasai.. aku mengerti hatimu bidadariku.. bersabarlah sayang kerana redha itu sahajalah kekuatan bagimu.. engkaulah bintang kesayangan Rabbi.. jadikan cintamu pengubat hati..

Wahai Bidadari penghias duniawi..
Dirimu permata bernilai tiada gantinya..peliharalah dirimu dari kebinasaan dunia.. jagalah dirimu apa adanya. jangan tergadai kerana hawa yang dusta kerana aku inginkan dirimu peneman di syurga..
Dunia ini medan derita.. itu yang pernah kau katakan padaku dulu memintaku thabat dan teguh dalam perjuanganku. mendoakan aku kuat dikala aku memerlukanmu.. kita sama-sama mengerti maharnya kebahagiaan yang abadi disisi sepohon cinta dan selaut rindu pada Ilahi..

Bidadariku sayang..
Aku mengerti dukamu yang berpanjangan.. tangismu dalam kesakitan tapi ingatkah kamu pada pesan yang pernah kau titipkan padaku dulu.. memohon agar aku tabah dan redha dengan setiap ketentuanNya menjadikan sabar dan syukur penenang dijiwa...
Jadi kumohon teruskanlah bermujahadah bidadariku... jangan pernah sekali kau berpatah dalam perjuangan.. kerana aku perlukanmu sebagai kekuatan.. aku dahagakan dorongan dan nasihatmu sebagai pemudah jalan..jangan kau lelah.. janganlah kau lemah kerana aku bangun dengan kekuatan yang telah kau berikan padaku dulu...
Sungguh.. kedukaanmu menggusarkan jiwaku. .tak rela ku biarkan air mata membasahi wajahmu bidadariku, ku mohon.. kuatkanlah hatimu.. kembalillah pada cintaNya yang selama ini mengisi ruang dalam kamar hatimu, mohon padaNya agar kedukaan itu menjadi mahar pertemuan di alam sana dan aku disini sentiasa mendoakan dirimu dalam jagaanNya...

Janganlah bersedih bidadariku..
kerana kaulah dambaan pencinta Ilahi...


December 9, 2012 at 1:44am

Mengecilkan Hati vs Berkecil Hati

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
" Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

I'm so confused.
kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak berdosa?? Then I asked my dad what's that mean.
Ayah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia. 
Anak : Uikk, tapi kenapa plakk?? Kita tak buat apa2 pun kan??
Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. 
Anak : *Blurrr*
Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan yang lain. 'Dia dah banyak buat macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. 'Kesian kawan kita tu, budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah tu akan lesap.
Anak : *termakan cili*


So conclusion is, jangan mudah terasa hati.. Kalau kita terasa hati, Maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Yang paling merisaukan bila Allah turut juga tak redha dengan kita. Na'uzubillah. Tabarakallah..

Na'am sahabat semua, adakalanya kita yang hanya insan ni lebih cepat terasa. sikit-sikit nak terasa asbab dari perbuatan orang pada kita. Sedar tak sedar, mereka yang hadir itupun dengan izin Allah. So, ambillah hikmat atas apa yang kita lalui, mungkin Allah nak uji kita. Allah nak tegur dan beri peringatan pada kita. 

Kalau nak ikutkan 'TERASA' kita tu, mungkin Allah lagi banyak terasa dengan kita asbab perilaku kita yang teruk dan seringkali alpha tentang kewujudan-Nya. Allahuu~ tapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kan sebab Dia masih nak bagi peringatan pada kita supaya kita sedar dan bertaubat serta masih bagi kita merasai pelbgai nikmat dalam kehidupan seharian kita. Allahh Allahh :)

Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung bagi orang yang mensucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya.
::: Surah asy Syams 91:8-10 :::


Ukhwah Kita :')


Allahumma solli ala sayyidina muhammad
Allahumma solli ala sayyidina muhammad
Allahumma solli ala sayyidina muhammad

ya Allah....
bersaksikan pacaindera-Mu yang megah ini,
terpaut ukhwah kami bermula di KMPP,
kamar A2.3.5 menjadi lubuk kasih bersemi,
dan bermulanya disini semua erti persahabatan abadi.

ya Allah.... 
silaturrahim kami ukhwah fillah,
bermusuh kami Nauzubillah,
berpisah mati In sha Allah, 
pengubat hati doa Robithah.

ya Allah....
rahmati kami meniti usia,
terpisah kami di alam yang nyata,
pertemukanlah kami di alam Syurga.

uhibbukunna fillah ya akhawati....
rindu kamu semua sangat-2, please forget me not okeii, 
jaga diri, jaga iman dan jaga hati,
always you all in my DOA :')

special credited to,
roomates aka geng A2.3.5 :')


.:: Mencintai Dalam DIAM ::.



Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dengan kesederhanaan. Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan. Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,kelak ada insan yang bakal dilukai, jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. .mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her. Not even the slightest bit.You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.Just hold her in your heart for a few more years ..then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”  
(HR. Al-Hakim)

April 3, 2014 at 12:54pm,