kad apa tuuu??

haii sahabat bloggers dan readers semua, amacam puasa korang sekarang? harap-harap masih sempurna la yerr, in sha Allah. haa korang, nak share cerita nih. balik dari taska tadi, oleh kerana terlalu penat, tak sempat nak tegur mama terus masuk bilik. buka jer pintu bilik, mata terus terpandang 3 keping kad yang tersusun rapi atas katil. surat apa tuu? surat saman ke? or surat lamaran? hohoho, ngengada jap ;D so, dengan excited tangan laju jer p capai kad-kad tu and tengok butiran dia. nak tahu tak kad apa? jeng jeng jeng !! jom kita buka sesama ;D

**ni rupa kad tu? persoalannya kad dari sape? bila dibuka, ni hasilnya 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaa !

yeeaaaa ! rupanya kad dari 'Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya !!'dan  'Segmen : Nak Kad Raya Minie' dah sampai, alhamdulillah. amacam? comel kan kad yang diaorang kasi tuh, siap ada gambar dan pantun bagai lagi tao.  kenapa ifah dapat double kad dari kak Uzu, dan puan Qaleshya? jawapannya, sebab ifah berjaya menjadi antara 100 peserta yang terawal join segmen tu dan seperti yang dijanjikan oleh penganjur, 100 peserta terawal akan dapat 2 kad setiap sorang, ada paham? ;D pape pon terima kasih bebanyak buat kak Uzu, puan Qaleshya dan kak Minie sebab sudi pos kad yang comel ni kepada ifah. sekian dulu entry ifah kali ni, selamat menjalani ibadah puasa bagi fasa terakhir. wassalam~ *-*

Ramadhan Give Away


GIVE AWAY
Kain Pasang- Batik Canting berharga rm130

 Saguhati untuk 5 orang
Top referral akan menerima surprise present!

??


TEMPOH

Dari 25/7/2013 sampai 31/7/2013. Winner will be announced on 1/8/2013

PEMILIHAN PEMENANG
Secara cabutan bertuah.

nak join? KLIK SINI

pemenang segmen #1 : tabung hari raya by ifah dafila


ribuan maaf dari ifah buat para peserta segmen #1 : tabung hari raya by ifah dafila kerana ifah lambat mengumumkan pemenang berikutan ifah sekarang sibuk sikit dengan urusan kerja di taska. okei la, tanpa berlengah. ifah nak umumkan 3 orang pemenang bertuah yang memenangi hadiah sponsor dari ifah sendiri walaupon tak seberapa hope korang sudi terima yerr. senarai pemenag dipilih secara adil menggunakan random.org.

Hadiah Misteri 


Topup Rm5 x 2




TAHNIAH !! kepada pemenang, sila hantarkan butiran nama, alamat rumah dan no hp di SINI . kepada peserta lain syukran jiddan sebab sudi join segmen ifah. sebagai tanda penghargaan, in sha Allah ifah akan ke link semua peserta sekali lagi untuk klik iklan anda :)

KOLEKSI DOA


Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad, 
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad, 
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

LAILATUL QADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?
Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallambersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum
4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .
Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.   

Mega Top up Giveaway by Arni dan Madihah


KLIK BANNER UNTUK JOIN !!

Giveaway ini dianjurkan oleh Arni dan Madihah dan disponsor oleh Aina Hanani , Nur Rahimah , Amyma , Shuhada , Anis Amira

Senarai hadiah yang awesome !

Top up 10 x1 = Amyma
Top up 10 x2 = Aina
Top up 5  x4 = Rahimah
Top up 5  x4 = Shuhada
Top up 10 x2 = Anis
Top up 10 x1 = Arni

Top up 5 x x5 = Madihah

Jumlah = Top up 10 x6 dan Top up  5  x13

Jom meriahkan giveaway ini ! :D

follower bertuah, mabruk ! #555 ♥

haii sahabat bloggers readers semua, salam 18 ramadhan ! ;D pagi ni entah mimpi apa, lepas solat subuh jer, ifah terasa nak online blog. sign in jer blogger.com, jeng jeng jeng ! tengok jumlah follower ifah dah mencecah 555. wahhh, cantiknya no tuh. so, laju-laju jer ifah serbu bahagian cbox, nak check siapa blogger bertuah yang menjadi follower ifah yang ke-555. nak tahu siapa? jom ikot ifah, kita terjah blog dia ;D





Adah? siapa tu? mungkin korang? or mungkin kenalan blogger korang? pape pon, mabruk alaik buat Adah sebab menjadi follower ifah yang ke-555. big clap for you !!  honestly, first view ifah ke blog Adah ni, tertarik sangat dengan background lagu dia. best sangatt, mendayu-dayu gitu. tak caye? jom singgah blog dia kejap, kita hadiah trafik banyak-banyak tok dia. yokk ! sambil-sambil tu, kalau rajin, follow la dia jugak yerr. kita tambah kenalan, eratkan hubungan ;D


full preview, KLIK SINI

SURGA YANG PELBAGAI


1. SURGA FIRDAUS..
2. SURGA ’ADN..
3. SURGA NAIM..
4. SURGA MA’WA..
5. SURGA DARUSSALAM..
6. SURGA DARUL MUQAMAH..

7. SURGA AL-MAQAMUL AMIN..
8. SURGA KHULDI..



Keterangan:

1. SURGA FIRDAUS : surga yang diciptakan dari emas yang merah dan diperuntukan bagi orang yang khusyuk sholatnya, menjauhkan diri dari perbuataan sia-sia, aktif menunaikan zakat, menjaga kemaluaannya, memelihara amanah, menepati janji, dan memelihara sholatnya..

2. SURGA ‘ADN : surga yang diciptakan dari intan putih dan diperuntukkan bagi orang yang bertakwa kepada Allah (An Nahl:30-31), benar-benar beriman dan beramal shaleh (Thaha:75-76), banyak berbuat baik (Fathir: 32-33), sabar, menginfaqkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan (Ar-Ra’ad:22-23)..

3. SURGA NAIM : surga yang diciptakan dari perak putih dan diperuntukkan bagi orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan beramal shaleh. Al Qalam: 34)..

4. SURGA MA’WA : surga yang diciptakan dari jamrud hijau dan diperuntukan bagi orang- orang yang bertakwa kepada Allah (An Najm: 15), beramal shaleh (As Sajdah: 19), serta takut kepada kebesaran Allah dan menahan hawa nafsu (An Naziat : 40-41)..

5. SURGA DARUSSALAM : surga yang diciptakan dari yakut merah dan diperuntukkan bagi orang yang kuat imannya dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat Allah serta beramal shaleh..

6. SURGA DARUL MUQAMAH : surga yang diciptakan dari permataa putih dan diperuntukkan bagi orang yang bersyukur kepada Allah. Kata Darul Muaqaamah berarti suatu tempat tinggal dimana di dalamnya orang-orang tidak pernah merasa lelah dan tidak merasa lesu. Tempat ini diperuntukkan kepada orang-orang yang bersyukur sebagaimana yg disebutkan di dalam surat Faathir ayat 35.
Sedangkan surga Darul
Muaqaamah ini terbuat dari permata putih..

7. SURGA AL-MAQAMUL AMIN : surga yang diciptakan dari permata putih. Kata Al-Maqamul Amin menurut Dr M Taquid-Din dan Dr M Khan berarti tempat yang dan diperuntukkan bagi orang-orang yang bertakwa. Sedangkan surga Al-Maqamul Amin ini terbuat dari permata putih..

8. SURGA KHULDI : surga yang diciptakan dari marjan merah dan kuning diperuntukkan bagi orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangannya (orang-orang yang bertakwa)..


SUBHANALLAH.. hebat sungguh kejadian Allah Taala kan. tak tercapai difikiran kita sebagai manusia biasa tok menggambarkan jannah Allah yang serba indah ni. semoga kita dapat menjadi salah seorang penghuni jannah Allah ini nanti, in sha Allah. aamiin :)

Giveaway Meriahkan Syawal by Mohd Zuhri


CLICK ON BANNER
tarikh tamat ?? 6/8/2013 

Simple Segment by Fatin Diana



CLICK ON BANNER
ifah nak : button badge ( 2)

Tamat: 31 Julai 13

Mini Giveaway by Nurin Aireen



KLIK BANNER UNTUK JOIN


Giveaway ini dianjurkan oleh Nurin Aireen dan ditaja oleh para sponsor hebat iaitu Mizna Online ShopSiti Nur TampawanSyiera FirdausFatin DianaHouse of WNSAlyaa NajlaaNur FarahudaNur RahimahElih JapaharCik Hawa SD, Areena dan Anis Amira

25 PEMENANG DICARI. MUNGKINKAH ANDA YANG BERTUAH? TUNGGU APA LAGI? JOM MERIAHKAN GA NI!

TERJAH HADIAH KAT SINI
2x BLOUSE UNTUK 2 TOP REFERRAL!!



Tarikh mula : 28/7/13
Tarikh tamat : 3/8/13 *seminggu sahaja*
Pengumuman pemenang : 4/8/13

Adikku Bakal Bergelar Bapa Pada Usia 14 Tahun ಥ_ಥ


Bismillahirrahmanirrahim.

Allahuu, sebak terasa saat jari mula menaip kisah kali ni. Tapi dikuatkan hati demi memberi ikhtibar buat sahabat yang lain. 2 3 tahun lepas, ifah punya kenalan yang amat rapat dengan ifah. Ifah dah anggap dia macam adik ifah sendiri, sayang sangat-sangat kat dia. Tapi mungkin bukan jodoh kami nak jumpa, kami hanya rapat di fone dan laman sosial FB sajer. 
Masa ifah kenal dia, umur dia baru darjah 6 kalau tak silap. Mungkin faktor keturunan, dia yang merupakan anak seorang ahli saintis membesar menjadi seorang pelajar yang sangat bijak. Dia juga seorang yang sangat comel, manja, kelakar, baik, soleh TAPI semua berubah bila dia berpindah ikot baba dia tinggal di singapura, sejak tu ifah langsung tak dapat contact dia. Hingga la  seminggu yang lalu, ifah terima mesej FB dari dia. terkejut sangat bila dapat mesej dari dia, dan bertambah terkejut kuasa 20 bila baca mesej ni :




Subhanallah! terkejut hati saat baca mesej tu hanya Tuhan yang tahu. dia sekarang baru umur 14 tahun tapi dah kahwin? sebab khalwat pulak? kawan yang perangkap? ya Allah, mana adik ifah yang dulu kaki masjid? apa nasib dia sekarang? kenapa dia boleh terperangkap dalam situasi ni? Allahh ! Allahh ! Allahh ! ifah cuba kawal perasaan dah sambung chatting dengan dia. dan hasil chatting lepas tu :


Isteri dia sama umur? maknanya umur 14 tahun, tapi dah hamil? Saat ni, memang perasaan dah tak ada remote control lagi dah, terus menitis airmata ifah bila baca mesej tu. Dia yang ifah anggap adik sendiri bakal menjadi seorang bapa pada usia 14 tahun? mampukah dia ya Allah? ifah cuba kuatkan semangat dan teruskan chatting dengan dia sambil memberi nasihat yang sepatutnya.

Allahh, mungkin sebab pengaruh rakan yang dia  cuba terjemahkan disamping bapanya yang selalu busy membuatkan diri dia terjerumus dalam kehidupan yang sebegini. Itulah pentingnya peranan ibubapa dan sahabat dalam kehidupan kita seharian. Tanpa pengawalan yang betul, situasi ni tak mustahil tok terus terjadi pada kita dan masyarakat sekeliling.

Lastly kepada sahabat pembaca, ambil lah ikhtibar dari kisah yang ifah kongsikan ni, jangan biarkan ia berlaku pada adik beradik, sahabat dan saudara seislam kita yang lain. Selagi mampu, ayuh sesama kita cuba banteras gejala sosial daripada terus berlaku. Paling dekat, cubalah banteras ianya berlaku pada famili kita. Setakat ini dulu perkongsian dari ifah, wassalam :')

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka (Surah Ar-Rad:11)


Lagi Islam Dihina :'(

haii sahabat readers dan bloggers semua, salam 14 ramadhan. sempena kita masih dibulan yang mulia ni, ifah terpanggil nak buat post ni. kalau  baru-baru ni kita dikejutkan dengan pasangan Alvin-Vivian yang menghina islam dibulan ramadhan, kali ni kes yang sama berlaku. kalau ada yang masih ingat, hujung tahun lepas mungkin dah heboh dengan kisah penghina islam, Adlin Binti Abd Jalil(Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara) dan baru-baru ni, dilaman Fb ifah, kisah ni kembali mendapat perhatian. Allahurabbi ! menitis airmata saat ifah baca post terbaru perempuan ni. dibawah ni ifah share antara status yang dibuat oleh perempuan yang malang ni di Fb miliknya



info lanjut, boleh pergi ke fb perempuan ni. KLIK SINI

apa reaksi anda selepas baca status post di atas ni? recheck balik iman kita duhai saudara seislam ifah sekalian. Nauzubillahiminzalik, pape pon semoga kita dijauhkan dari golongan seperti ini. Allah! Allah! Allah! rasa sedih+sakit hati+geram, semua ada. islam dihina semudah itu sekarang ni, tapi apakah tindakan kita sebagai umat agama islam yang shumul? hanya berdiam diri? tepuk dada tanya iman !

so, dikesempatan ini ifah menyeru kepada sahabat bloggers yang mempunyai akaun FB, mohon report FB perempuan ni, KLIK SINI dan jugak page ni, KLIK SINI. jangan risau, setiap usaha yang kita buat untuk menegakkan agama Allah, in sha Allah tak akan sia-sia. 
tegakkan islam di bumi Allah !

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-An'aam 6:153)

Pre Raya GiveAway By Adam Faiz



Pre Raya GiveAway By Adam Faiz bermula pada hari ini,22 Julai 2013,iaitu tepat  jam 12.00 malam sehingga 12.00 malam,30 Julai 2013.Semua Dijemput join.

Syarat-syaratnya:
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Adam Faiz,Add Google+AdamFaiz dan Like fanpage di sidebar
  3. Klik semua simbol-simbol ini sehinggah habis loading : ❤❤❤❤
  4. Wajib follow blog,like fanpage,dan klik iklan para sponsor
  5. Buat entri yang bertajuk "Pre Raya GiveAway By Adam Faiz"
  6. Copy Coding yang disediakan dan paste ke dalam ruangan HTML dan Publish entri
  7. Tinggalkan URL entri anda ke ruangan komen entri ini sahaja
Senarai Sponsor:
  1. TGLSC| Follow blog| like:
  2. LD| Follow blog|like:
  3. STL| Follow blog|Like:
  4. SG|Follow blog| Klik iklan: | Like:
  5. DNT|Like:
  6. NFHBG|Like:
  7. CAM|Like:
Senarai Hadiah:
  1. 1x Dress Tajaan NFHBG
  2. 1x Blouse Tajaan NFHBG
  3. 1x fishtail Dress Tajaan DNT
  4. 1x Tudung tajaan DNT
  5. 10x lipstik jenama MAC tajaan DNT
  6. 3x Kuih Raya tajaan DNT
  7. 1x Shawl tajaan SG
  8. 1x Inner Bunga tajaan SG
  9. 1x Shawl Marya tajaan STL
  10. 1x Shawl Safeeya Tajaan STL
  11. 1x Cotton Tote bag tajaan TGLSC
  12. 1x Cotton Wallet Tajaan TGLSC
  13. 2x Pre inked stamp keychain tajaan LD
  14. 2x Oreo Chocolate tajaan CAM
Pemilihan Pemenang:
  1. Peserta yang mematuhi syarat 1 hingga 7 di atas
  2. Top refferal  bakal memenangi Dress tajaan NFHBG
  3. Random.org
JOM SUPPORT ADAM FAIZ,JOIN GIVEAWAY NI DENGAN KLIK BANNER KAT ATAS



Segmen : Rahmatnya Ramadhan By Simplesyara

haii semua sahabat bloggers. ifah tahu sekarang musim ber-segmen kan, so ni 1 lagi segmen yang ifah baru join dan ifah jugak antara sponsor segmen ni. jemput semua join sekali eaa, jom mencuba nasib di bulan ramadhan ;D


CLICK ON BANNER
 Pemilihan Pemenang
  • Random Org
  • Cabutan Tangan 
  • 1 Top Referral 
Pembahagian Hadiah
  • Random (1-15 peserta terawal) 
  • Cabutan Tangan (16-50 peserta seterusnya)
  • Top Referral ( Semua) [ Shawl Tribal ]

Tarikh Mula : 22 /7/2013 
Tarikh Tamat : 31 /7/2013

Fazura Bertudung Labuh, so pretty ! ;D

alhamdulillah, lagi seorang artis tempatan kita yang cantik dan manis, kak Fazura mengenakan tudung malahan tudung labuh sempena menghadiri program bersama Prof Dr Muhaya Muhamad baru-baru nih. jom kita tengok gambar kak Fazura mengenakan tudung labuh ;D


subhanallah ! cantik sangat kak Fazura mengenakan tudung. gambar ni diupload sendiri oleh kak Fazura dalam laman Instagram milik dia. alhamdulillah ! kak Fazura siap caption menyatakan dia memakai tudung yang sedia untuk dibawa bersolat bersama bonda dan mentornya, Prof Dr Muhaya yang dikasihi dan dihormatinya. lagi gambar kak Fazura kita pakai tudung labuh ;D


sempena bulan penuh mulia, bulan Ramadhan nih. jom sesama kita doa moga kak Fazura terbuka hati tok terus memakai tudung lepas ni, in sha Allah ! aamiin ^^

Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu


CLICK ON BANNER

Hadiah

Top referrel

1 set bantal couple rekaan sendiri
10 biji brooch rekaan sendiri


Random

keychain nama 2 pemenang -Alyaa
Shiseido Black Mask 2 pemenang-Cik Hawa
review blog untuk 3 pemenang-Arrien
3 brooch 3 pemenang-Najihah
Brooch 2 pemenang -Nur Izzatie
Edit blog  2 pemenang-Nur Izzatie
kad raya seorang-Nur Izzatie
3 header 3 pemenang-Nasya
2 edit blog 2 pemenang-Nasya
2 brooch 2 pemenang-Syeeda
15 bloglist 15 pemenang-Areena
3 org pemenang buku nota kecik -areena

special hadiah *50 orang peserta awal dapat free brooch rekaan sendiri 1 biji

Tamat 

31 Ogos 2013

salam maaf dari ifah buat bloggers dan readers :(


salam 11 ramadhan sahabat bloggers and readers semua. kalau korang perasan ifah ada post entry sal sajak luahan hati kak Dayana, isteri pertama aktor tempatan Ashraf Muslim berikutan kontroversi Ashraf Muslim yang dikatakan berpoligami. terlepas pandang? KLIK SINI tok review. TAPI berita terbaru yang ifah dapat, sebenarnya sajak tu bukan ditulis oleh kak Dayana tapi sebaliknya  ditulis oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Ana Hawana di laman sosial Facebooknya namun disalah erti oleh orang ramai dan menganggap puisi itu dari kak Dayana kerana dibawah puisi itu tertulis “May Allah bless u Dayana”.

Allahuu~ disini ifah mohon maaf atas kesilapan ifah yang mungkin khilaf seperti yang lain yang menyangka sajak itu ditulis sendiri oleh kak Dayana. bawah ni ifah sertakan penyataan Ana Hawana, penulis sebenar sajak tu berikutan isu terbabit. jom sesama kita baca.


puisi ana hawana bukan nukilan dayana Puisi Sedih Untuk Ashraf Muslim Bukan Ditulis Dayana

Ana Hawana mengesahkan bahawa puisi itu bukan lah dari Dayana dan tidak mahu puisi itu mengeruhkan lagi keadaan dan menambah kekusutan kak Dayana ketika melalui saat-saat yang sukar kini. sama-sama kita doakan semoga kak Dayana mampu tabah dalam mengharungi ujian dari ILAHI buat dirinya. sekali lagi, maaf dari ifah atas tersalah post info berkaitan isu ini. asiff ala kulli hal ! yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang itu datang dari diri ifah sendiri. wassalam~