Apa maksud TAQDIM seseorang?


Assalamualaikum dan selamat petang sahabat pembaca :) Alhamdulillah, kita masih diberi nafas dan ruang oleh-Nya untuk terus melakukan aktiviti harian sebagai hamba-Nya. In sha Allah, untuk entri kali ni ifah nak hurai sedikit tentang tajuk yang tertera kat atas tu hah. Moga bermanfaat untuk semua, in sha Allah.

TAQDIM? Rasanya bila sebut perkataan tu, semua orang pernah dengarkan? jamak taqdim kan? No no no ! Bukan taqdim itu yang ifah cuba maksudkan. Ni tentang taqdim seseorang, fahimtum? Okei la, meh ifah hurai serba sedikit tentang hal tersebut.

TAQDIM yang ifah maksudkan ialah proses awal kepada pertunangan iaitu lebih kepada 'megikat/cop' seseorang untuk dijadikan yang halal buat kita. Penyataan hasrat itu melibatkan pertanyaan samada si wanita sudah berpunya atau sebaliknya. Bila dua pihak sudah setuju, barulah proses taqdim itu sah. Maksudnya nisa'(wanita) tadi telah pun diikat/bertunang secara tidak rasmi dengan si syabab(pemuda) yang mentaqdim tadi.

Dalam proses mentaqdim ni kebiasaannya status seorang syabab yang mentaqdim seorang nisa' tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali orang-orang yang tertentu atau orang tengah yang menguruskan proses tu. Hikmah yang ifah boleh nampak kat sini ialah andai kata proses ini tidak menjadi, in sha Allah ianya tidak akan mengaibkan mana-mana pihak sebab identitinya belum diketahui umum kan. Look! betapa terperincinya step yang dilakukan dan ternyata Islam itu sangat-sangat indah dan istimewa kan. Subhanallah :)
"Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui."(Surah al-Nur: 32)
So, bila ia melibatkan keputusan, potensi untuk berjaya dan tidak tu mesti ada kan, tapi selalunya potensi untuk memutuskan satu taqdim yang telah dilakukan itu sangat sukar kerana sebelum mentaqdim seorang nisa', biasanya si syabab perlu istikharah terlebih dahulu sebagai ikhtiar memohon petunjuk dari-Nya samada keputusan yang dibuat itu betul atau tidak, begitu jugak dengan si nisa' sebelum menerima lamaran si syabab, si nisa perlu istikharah terlebih dahulu untuk mendapat keputusan yang benar-benar solid. Bila step ini dilakukan in sha Allah keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pihak adalah yang terbaik dan in sha Allah tidak akan timbul rasa tidak puas hati atau permasalah yang lain dalam sesi taaruf untuk taqdim.

Bagaimana pula batas hubungan ketika si nisa' dan si syabab setelah taqdim?
Bila kita ikut step yang betul, in sha Allah sudah tentu adanya garis panduan yang boleh kita ikut. Apa dia? jawapannya hanya 1, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. So jawapannya selagimana belum akad nikah, belum halalnya hubungan antara seorang nisa' dan syabab, batas hubungan tetap perlu dijaga mengikut syariat yang dah ditentukan. 

Maksudnya si nisa' dan si syabab boleh untuk berhubung antara satu sama lain dengan syarat, melalui pengetahuan orang tengah. Asbabnya tindakan ini bagi mengelakkan dari berlaku perkara yang tak elok seperti zina hati, maksiat dan sebagainya sebabnya kita kena ingat, syaitan itu sentiasa licik nak menghasut kita kita jadi geng dia, nauzubillahi minzalik. Sebaliknya disarankan ketika masih dalam proses ini, pasangan tersebut kena terus melakukan istikharah dan berdoa, moga sentiasa dalam petunjuknya :)


Apa yang berlaku selepas proses taqdim? 
Biasanya selepas proses ni kedua-dua belah pihak akan terus ke proses yang seterusnya iaitu proses meminang secara rasmi. Dan bila proses meminang dah selesai, akan diteruskan dengan proses bertunang ataupun mungkin jugak mereka boleh teruskan ke proses yang kemuncak kepada hasratnya iaitu akad nikah. Begitulah perjalanan yang disarankan bagi pasangan yang berhasrat untuk mendirikan sebuah baitul muslim atau masjid.

Allahuu, bagi ifah sendiri, walaupun kita nampak step ni sedikit complicated tapi ini membuktikan betapa Islam itu menjaga setiap kebajikan umatnya. Dan membuktikan jugak betapa mahalnya harga sebuah pernikahan yang tidak dinodai dengan perkara maksiat. Jika sebelum berkahwin lagi hubungan dah terjaga, in sha Allah selepas kahwin pon begitukan dan moganya hubungan yang terbina kekal bahagia hingga syurga, aamiin. Terasa begitu istimewa, unik dan yang penting sekali bertuahnya kita berada dalam agama yang syumul ni, alhamdulillah ^_^

Ok la, rasanya setakat ni dulu explaination ifah tentang taqdim. Untuk yang lebih terperinci in sha Allah antum boleh cara lagi info tentang ni ye. Semoga sedikit ilmu ini bermanfaat untuk semua, aamiin :)
Rasulullah bersabda maksudnya:
"Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan."
 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


1 comment :

CuriousGal said...

Assalamualaikum, mengikut kefahaman saya proses taqdim merupakan proses mengenali sifat keperibadian pasangan masing2 secara overview.. betul ke? Lepas tuh, kalau berchatting dlm wassap berduan, salah ke? Kalau nak bermesej bagai.. garis panduan dia mcm mana? Mohon penjelasan huhu..