AIR MATA PEREMPUAN MISKIN



Kemiskinan bukan kehinaan. Miskin juga adalah nikmat dan anugerah Allah. Nikmat yang tidak dapat dimiliki oleh orang kaya.
Imam Tirmizi meriwayatkan seorang lelaki bani israel bernama kifl. Setiap hari mabuk dan berzina dengan wanita yang baru. Suatu hari, apabila seorang wanita masuk dalam biliknya dalam keadaan menangis.

Kifl       : kenapa kamu menagis? aku tidak memaksa untuk kamu datang.
Wanita : kifl, aku bukanlah wanita murahan. Aku masih perawan tetapi kemiskinan telah memaksa aku untuk melakukan.

Allahu akhbar! "Apabila orang-orang kaya menyekat harta mereka dari orang-orang miskin maka anak-anak perempuan orang miskin akan menjadi pelacur"!!
Hari ini, harta zakat tidak sampai kepada orang miskin. Harta sedekah diberikan kepada orang yang berpura-pura memerlukan maka tidak hairanlah jumlah pelacur semakin bertambah. Apabila orang kaya tidak mengeluarkan zakat maka wanita-wanita miskin akan mula menjadi hina!

Wanita : kifl, aku wanita yang ada harga diri tetapi kemiskinan menjual harga diriku! Kemiskinan menjual harga diriku! Kemiskinan menjual harga diriku!
Kifl mula menangis.
Kifl     : Wahai saudariku, kamu datang dengan kemuliaan, dengan kemuliaan juga kamu pulanglah. kamu simpanlah duit yang akan berikan dan berdoalah untukku, aku orang yg jahat. "Kerana air matamu hari ini aku bertaubat"

Apabila perempuan itu pulang ke rumah terus kifl telah meninggal. Kalaulah kifl mati sebelum bertaubat maka tidak ada siapa-siapa yang akan mandikanya, kafankanya kerana dia orang yang jahat.
Tetapi kerana "air mata perempuan miskin" kifl telah bertaubat.
Pada pagi esoknya apabila orang ramai melihat rumah kifl tulisan besar telah tertulis:

ان الله قد غفر لكفل
"Sesungguhnya Allah SWT telah mengampuni kifl, solatlah jenazahnya, dia adalah teman-ku"

Allahu akhbar, adakah kamu masih malu dengan kemiskinanmu? Adakah kamu masih malu dilahirkan dalam keluarga miskin? Adakah kamu masih malu memiliki ibubapa yg miskin?
Kamu memiliki "Air mata yang mampu mengubah neraka kepada syurga".
Kamu memiliki "Air mata yang orang kaya tidak dapat memilikinya".
Maka jadilah kamu orang yang bersyukur.
Ucaplah Alhamdulillah.

BEWARE! Mesej Wassup yang Merosakkan Akidah




Assalamualaikum sahabat semua. In sha Allah mesej yang agak penting ifah nak sampaikan kat antum semua, mohon #takenote ye. Antum pernah dapat mesej seperti yang dibawah ni? 

 ↓
Surat Cinta Tentang Solat

✿ Bila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
✿ Anggaplah solat itu Pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu.
✿ Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau Bercerita dengan Allah.
✿ Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dgn Allah SWT.
✿ Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi.
✿ Bayangkan ketika "Azan berkumandang," tangan Allah melambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat denganNya.
✿ Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.
✿ Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya.
✿ Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hambaKu."
✿ Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila org mengusikmu."
✿ Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih.
✿ Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan.

MOHON JANGAN DISEBARKAN LAGI MESEJ INI. JELAS BERCANGGAH DENGAN AKIDAH UMAT ISLAM. 
AYAT DIATAS JELAS KUFUR !

Asbabnya seperti yang diterangkan kat bawah ni :

Banyak kalam kufur di dalam post diatas ini. Umat islam tidak boleh memandai-mandai dalam nak bermadah-madah dengan kata-kata yang nampak baik kepada Allah tapi hakikatnya menisbahkan sifat makhluk kepada Allah.

Nauzubillahi minzalik, lihatlah perumpamaan-perumpamaan yang dilakukan dalam post diatas jelas menyifatkan Allah dengan makhluk dan menyangkakan bahawa Allah itu seperti makhluk boleh melambai-lambai tangan, boleh tersenyum, ada sentuhan, boleh berbisik ke telinga dengan sebut aku cinta dirimu, berdiri gagah didepan manusia, dan lain-lain.

Maka mesti difahami akidah yang benar. Allah yang menciptakan makhluknya dan sifat makhluknya, Allah tidak seperti makhluknya. Kaedah yang perlu jelas adalah tidak boleh menyandarkan sesuatu sifat yang bukan datang dari alquran, hadis atau yang telah diijmakkan oleh para ulama tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah.

Jangan pernah sesekali memandai-mandai nak bermadah dengan nama Allah, ini bakal mengudang penisbahan makhluk kepada Allah. Bahkan kufur orang yang menyandarkan sifat makhluk kepada Allah. Tidak boleh berkata, Allah ada tangan melambai-lambai, berbisik dengan makhluknya dengan kata-kata dan lain-lain, ini sifat makhluk. Maha suci Allah daripada sifat makhluk.

Allah bukanlah jisim yang lathif (halus iaitu yang tak boleh dipegang dengan tangan) seperti ruh, angin, cahaya dan bukan jisim yang kathif (kasar iaitu yang boleh dipegang dgn tangan) seperti manusia, pokok, meja, kerusi, haiwan, dan lain-lain. Allah yang menciptakan jisim lathif dan kathif ini, Maha suci Allah daripada bersifat dengan keduanya.

Allah bukanlah jisim yang kecil seperti semut dan bukan juga jisim yang besar seperti gunung. Allah yang menciptakan jisim yang kecil dan besar, Maha suci Allah daripada bersifat dengan keduanya. Allah juga tidak bersifat dengan sifat makhluk (Aradh) seperti duduk, malu, tidur, lambai-lambai, sejuk, panas, penat, ngantuk, rindu, sedih, berbisik, senyum, dan lain-lain. Ini semua sifat makhluk, Maha Suci Allah daripada bersifat dengan sifat makhluk.

Tidak boleh membayangkan Allah di dalam fikiran kita kerana ini adalah kekufuran. Sesuatu yang dpt digambarkan di dalam fikiran manusia tidak lain tidak ianya adalah makhluk.



Kata Imam Ahmad bin Hanbal :

مهما تصورت ببالك فالله لا يشبه ذلك
Apa sahaja yg tergambar difikiranmu Allah tidak seperti itu.


Juga disebut oleh Imam Dzunnun Al-Misriy iaitu anak murid kepada Imam Malik :

مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك
Apa sahaja yg tergambar difikiranmu Maka Allah tidak sama seperti itu.

Inilah asas akidah umat islam bahawa Allah tidak sama dengan makhluknya drpd apa jua sudut sekalipun. 

قال الله: ليس كمثله شيء
Allah tidak sama dengan makhluknya dari apa jua sudut sekalipun. (Surah Assyura, ayat 11).

قال الله: ولم يكن له كفوا أحد
Dan tidak ada sekutu bagiNya. (Surah Al-Ikhlas, 112:4)

Umat Islam beriktikad Allah bukan jisim sperti mana yang telah dijelaskan tadi. Maka dilarang juga menisbahkan kepada Allah dengan penisbahan jisim dan sifat-sifat jisim. Allah pencipta bagi jisim, Dia tidak sperti jisim dan sifat jisim malah juga tidak berhajat kepada makhluknya.

Akidah umat islam juga Allah tidak mengambil manfaat daripada amalan hambanya. Allah tidak mula menjadi mulia apabila manusia melakukan ketaatan padanya bahkan Dia telah mulia tanpa terkait lansung dengan amalan hambanya kerana dia tidak berhajat pada amalan hambanya. Ini menafikan bahawa ada dakwaan bahawa Allah menjadi gembira, bangga, sejuk mata memandang amalan hambanya apabila mereka melakukan ketaatan padaNya. Wal'iyazubillah.

Allah juga tidak menerima mudarat daripada penderhakaan hambanya. Allah tidak sesekali jatuh martabat kemuliannya jikalau hambanya melakukan maksiat kepadanya. Bahkan makhluk yang menerima mudarat daripada maksiatnya sendiri. Ini menafikan bahawa ada dakwaan kata Allah sedih melihat hambanya tidak beramal, Allah rindu nak tengok hambanya beramal. Wal'iyazubillah.

Berhati-hatilah dalam postkan sesuatu, Harapnya selepas ini tiada lagi post-post agama yang mana kita tidak ambil dgn guru, tapi mahu juga nak postnya. Ingatlah, setiap apa yg dilakukan akan dipersoal di akhirat. Mengucaplah dua syahadah kembali kepada islam demi menjaga iman kita terus subur dalam jiwa. 

Akidah bukan untuk dibuat mainan, tapi untuk dijaga daripada terjatuh kedalam kekufuran. Maka orang yang tidak mempelajari akidah maka mudahlah mereka tersungkur dalam kehinaan kekufuran walaupun mereka tidak sedar dan jahil. Begitu juga ilmu agama bukan untuk dibuat mainan sebaran tapi ianya perlu kepada disiplin-disiplin tertentu dalam menyebarkannya untuk menjaga kesucian agama itu tersendiri dengan ketulinan ilmu yang sebenar iaitu sebarkan hanya apa yang diambil dari guru yang alim dan thiqah(yakin) dalam menyampaikan ilmu itu yang mana guru itu mengambil daripada guru-gurunya sehinggalah kepada Rasulullah.

Pelajarilah akidah yang mana dengannya kita mengenal Allah dan Rasulnya dan perkara-perkara yang menyebabkan terbatalnya iman iaitu bab riddah (murtad). Sebarkan kepada yang lain supaya mereka tidak lagi menyebarkan mesej kufur seperti ayat-ayat madah kufur diatas demi menjaga kesucian agama dan memelihara Nama Allah yang mulia daripada dihina dan dikeji dengan penisbahan makhluk kepadaNya...Lillahitaala.

Ahmad Aryan Akashah in the House !

Salam alaik sahabat. Alhamdulillah, hari ni genap hari ni genap hari ke-6 Ahmad Aryan Akashah in the house ^_^ antum masih ingat lagi kan siapa yang ifah maksudkan ni? Tak ingat? eish eish eish, penangan makan semut banyak ni, huhuhu *just kidding :D Ahmad Aryan Akashah is my boyfriend. Yes, my little boyfriend. Tak percaya? tengok entri ifah yang sebelum ni, klik HERE. Sekarang percaya tak? kalau tak percaya lagi, sila tampor sikit pipi kanan sekarang :)

Alkisahnya sebelum ni akashah ni duduk dengan neneknya, sebelah ibu akashah disebabkan kesihatan mama ifah yang tak berapa mengizinkan untuk jaga akashah dan abi ibu dia pulak tak berapa yakin nak letak akashah kat nurseri. Dan sekarang sementara ifah masih cuti sem ni, ifah decided nak jaga akashah buat sementara waktu dan alhamdulillah abang pon on jer ^_^

So, here in sha Allah ifah nak kongsikan dengan antum pengalaman ifah jaga si kecil ni. Memang sangatt sangatt besttt tau, bak kata orang ambil pengalaman sebelum jadi umi yang sebenar suatu hari nanti, in sha Allah 

akashah ajak selpieee ^_^

Pertamanya akashah ni alhamdulillah, a very good baby boy. Dia sekarang dah masuk 4bulan dan badan pon dah makin sado :D Dia tak banyak ragam sangat dan secara keseluruhannya memang senang lah nak jaga. Dia hanya akan nangis time nak tidur dan lapar jer, thats all. Yang selebihnya dia suka ajak sembang, pott pett pott pett tak berhenti. Dan alhamdulillah jugak dia sangat mudah serasi dengan orang, terutamanya orang lelaki. Nasib baik jugak bukan perempuan kan, kalau tak naya ibu abi nak control akashah nanti :D

Si kecil ni jugak dah pandai meniarap dah sekarang and since dah pandai tu, memang takleh letak sikit mesti nak tergolek meniarap. Dah start meniarap tu, mula la aksi kuak lentang dia, macam-macam pesen ada, superman, cicakman, batman, pendek kata segala man la dia tiba :D Hingga la dia bosan atau penat then mula buat acah-acah nangis sebab nak suh orang angkat. Time tu, kalau tak angkat cepat-cepat, start la dia pasang load speaker maximum punya volume :3

opss! sory uncle aunty, tashah terseksi plak



Satu lagi, 'power'nya si kecil ni, start dia umur 3 bulan macam tu, dia dah pandai pegang botol susu sendiri dah. So, takyah kita lenguh-lenguh tangan nak pegangkan botol susu time menyusukan dia sebab dia sendiri akan capai botol tu dan pegang sesuka hati dia. Buktinya tengok gambar kat bawah ni hah :)

susu ni tashah yang unyer


Lastly ifah nak share waktu yang paling ifah suka tengok si kecil akashah ni iaitu waktu dia gelak dan tidur, time tu mashaAllah comel yang amattt, rasa tenang jer hati ni tengok, muka hamba Allah yang masih suci dari dosa :') Doa ciksu, moga Allah sentiasa merahmatimu sayang dan suatu hari nanti akashah mampu jadi insan yang berguna untuk orang sekeliling dan yang penting untuk AGAMA. In sha Allah, aamiin. Ingat, i'll always love u my dear 

So, setakat ni dulu kisah si kecil akashah yang boleh ifah share dengan antum, ifah tinggalkan antum dengan sedikit gambar kenangan dari a little caliph, ahmad aryan akashah. Till we meet again, in sha Allah, baiii

selamat malam bidadara ku sayang

Cintamu Sempurnakanku

Pengalaman hari ini, sepasang suami isteri datang ke kedai untuk mencari sepasang kasut. Seorang isteri yang cukup istimewa. Dengan kecacatan penglihatan, ditemani oleh seorang suami yang cukup setia menghargai pasangannya.
Si suami mengiringi si isteri memilih kasut. Lalu, terjadilah perbualan antara aku dengan mereka sepanjang sesi pemilihan kasut.



Suami : “Awak nak kasut warna hitam pink atau hitam kelabu?”

Isteri   : “Bagi abang, mana yang cantik?”

Suami : “Yang pink cantik. Sesuai dengan jubah awak.”

Aku    : “Encik, saya ambilkan saiz ya. Nak saiz berapa?”

Suami : “Isteri saya pakai saiz 8. Boleh tolong?”

Aku pergi ambilkan kasut. Dukacitanya, saiz 8 tidak ada. Yang ada cuma saiz 9.

Aku    : “Cuba try dulu. Ini pun hanya tinggal warna hitam kelabu.”

Isteri   : “Boleh saya cuba dulu, bang?”

Suaminya tunduk dan menyarungkan kasut pada kaki isterinya.

Suami : “Ha, cantik. Kena dengan awak.”

Isteri   : “Saya rasa saya nak kasut yang dekat depan tadi. Yang saya mula-mula cuba tadi, bang.”

Aku pun pergi ambilkan kasut yang dimaksudkan dan bagi kakak tadi cuba.

Isteri   : “Abang, saya nak yang ni.”

Suami : “Wah, ini lagi cantik awak pakai.”

Suaminya senyum saja. Namun, aku tahu suaminya lebih suka yang awal tadi dan harganya lebih mahal. Mahal belakang kira, yang penting isteri gembira.

Isterinya menyambung kata.

Isteri  : “Abang, sepanjang hidup saya, saya tak pernah tahu secantik mana kasut yang saya pakai. Semua yang cantik di mata abang, berganda cantiknya di mata saya. Saya cuma dapat rasa keselesaan kasut ini sahaja.”

Hampir saja aku menangis, namun dalam hati sudah pun berlinangan. Biasa cuma berlaku dalam cerita, tapi kali ni live depan mata. Alami sendiri.

Suami : “Baiklah, kita beli yang ni. Abang bayar sekejap.”

Isteri tersenyum bahagia. Walaupun tidak nampak di mata, namun bahagia terasa di hati.



Orang selalu kata, “Beauty Is Pain”, “Behind everything beautiful, there has been some kind of pain.” Tapi bagi kakak tu, dia sudah pun merasai kesusahan dan keperitan hidup sejak azali lagi tanpa mengeluh. Bersyukur seadanya. Kita pula cuma fikir kemewahan semata-mata dan fikir itulah erti kebahagiaan, sedangkan mereka telah pun mencapai ‘kemewahan’ yang sebenarnya. Beauty is how you feel inside, and it reflects in your eyes. It is not something physical. Doakan mereka bahagia bersama hingga ke Syurga. Allahumma aamiin.

Semua ini bukti kebesaran dan kasih sayang Allah.
Kisah benar berlaku di Malaysia oleh: Muhammad Zaed 

sumber : Muhammad Rusydi

My Best Experience


Assalamualaikum dan salam sabtu sahabat sekalian. Apa khabar antum semua? doa ifah moga antum sihat sentiasa dan berada dalam rahmat-Nya selalu, aamiin :) Ok sahabat ! in sha Allah hari ni ifah nak share dengan antum tentang pengalaman ifah pada hari semalam. Pengalaman yang mashaAllah sangat best buat ifah ^_^
Pengalaman apa yang ifah cuba cerita ni? Haa, meh la nak citer. Alhamdulillah, seminggu yang lepas ifah ada baca satu mesej ni dekat wassup. Bila baca 2 3 kali, rasa macam best jer macam syok jer kalau ifah join. So fikir punya fikir last-last decided untuk bagi nama kat sahabat yang uruskan aktiviti tu. Nak tahu mesej apa yang baca? Ini mesej nya,

Info :
Aktiviti Riadah Memanah Kenal & Rasa
Tempat : Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Waktu : 9:30AM - 11:00AM
Tarikh : 14/08/15 ( Jumaat )
###MUSLIMAT Sahaja
#JurulatihMuslimin
- Admin Miss Mujahidah 

Yes, its all about archering! Bukan selalu ada peluang macam ni tau. Dah la FREE dan peralatan disediakan.Alhamdulillah, kiranya ifah pergi sana just bawah diri je, memang berbaloi kan untuk ifah join. Lagipon aktiviti kali ni pesertanya semua MUSLIMAT, so tak perlu risau bab ikhtilat. Just coach-nya jer muslimin sebab dia lagi berpengalaman dalam aktiviti ni dan diberi amanah untuk ajar kami asas memanah. And the most important things is, aktiviti ni kan Sunnah Nabi SAW. So sambil-sambil beraktiviti in sha Allah kita dapat pahala mengamalkan sunnah kan. In sha Allah, kat sini jugak ialah share sedikit sebanyak apa yang jadi sepanjang aktiviti tadi yer. Jemput baca :)

Tibanya ifah dan sahabat-sahabat peserta yang lain kat Masjid Kubang Kerian tu, pengurus aktiviti, adik Wan mintak kami berkumpul di lapangan padang dibahagian hadapan masjid. Kemudian, sampai jer kat situ, lepas coach taaruf serba sedikit tentang dirinya(adik asyraf) terus kami diperkenalkan dengan peralatan-peralatan asas memanah seperti busur, anak panah, standar memanah, bahagian-bahagian pada busur dan banyak lagi. Tapi ifah tak ingat semua pun, almaklum la masih baru kan :)

sesi perkenalan dengan peralatan memanah.

Lepas kami semua dah kenal serba sedikit peralatan memanah dan dah tahu cara-cara untuk memanah dengan betul, sekarang masa yang ditunggu-tunggu iaitu masanya untuk kami memanah! 
Alhamdulillah, sambil-sambil kami buat percubaan memanah yang pertama, coach ceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah dan kisah-kisah berkaitan memanah, memang superb ! Dan untuk pengetahuan antum, perkara yang paling menarik bagi ifah sewaktu join aktiviti ini ialah bilamana kami juga digalak untuk berzikir sambil memanah :)

Kami digalakkan untuk sebut Subhanallah ketika nak tarik busur,
Allahuakhbarbila dan lepaskan anak panah
Dan  Alhamdulillah bila panahan kami kena pada standar memanah.
That was really nice right? Bertambah-tambah pahala yang kita dapat, bukan hanya pahala amalkan sunnah Nabi malah pahala berzikir juga. 

Akhir sekali, secara keseluruhannya aktiviti ni memang sangat-sangat best. Kami diajar untuk lebih menggunakan naluri, kepekaan dan secara individunya bagi ifah aktiviti ni juga boleh dijadikan cara untuk kita release-kan tension. Tapi yang sedihnya ifah tak sempat nak belajar semuanya tentang memanah, maksudnya cara memanah ni sebenarnya ada banyak. Yang ifah belajar hari ni hanya yang paling basic, yang lain tu in sha Allah ada rezeki ifah join dan belajar lagi dilain masa. Lagipun tak risau sebab alhamdulillah ifah dah pon join secara rasmi dalam group pemanah muslimat kelantan, jadinya semua tentang next activity akan di-update dalam group tu. Kalau ada sahabat muslimat yang nak join sekali, boleh contact ifah okei :)

Dan untuk pengetahuan antum,misi ifah sekarang ialah nak kumpul duit bagi cukup untuk beli set memanah ni, i really love to have it! doakan ifah ye, i'm really falling in love with archery 

budak acah-acah power :D

lets do it together ^_^

alhamdulillah, peserta dah bertambah :)

gambar kenangan sebelum berpisah. in sha Allah, ada jodoh kita jumpa lagi

Along Sayang Ibu, Taknak Ibu Masuk Neraka

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman-teman pasal anak kecil yg berusia 11 tahun yang mulia ini.

Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu. Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas.

Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya". Arwah asyik mengira duit-duit raya yang diperolehinya. Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. 

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya, 
''Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?''

Ibu saudaranya bertanya, ''kenapa?''

Anak kecil ini menjawab. Dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini, semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota.

"Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan family kita semua. Sayang Ibu......ALONG"

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka... Takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadaNya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Allahumma aamiin, Al-Fatihah

sumber : Amir Muttakin. Hospital Ampang, Selangor

Kerana Kecantikan Aku Celaka

“Wahai suamiku, adakah di Makkah ini lelaki yang jika melihat wajah cantikku ini ia tidak tergoda?”

Tanya seorang isteri kepada suaminya, sambil bercermin. Sedang dia sangat mengagumi kecantikan yang terpantul di kaca itu.

“Ada”, jawab sang suami.

“Siapa?”, kata isterinya.

Ubaid bin Umair, jawab suaminya.

Sang isteri diam sejenak, dia merasa tercabar untuk membuktikan bahwa kecantikannya akan mampu menggoda lelaki itu.

“Wahai suamiku,” katanya merayu.

“Bolehkah aku membuktikan bahwa aku dapat membuatkan Ubaid bin Umair berlutut di depanku?”

Sang suami terkejut dengan permintaan yang melampau itu. Tetapi dia sendiri juga merasakan rancangan isterinya itu akan menjadi sesuatu yang menarik, untuk menguji kesolehan seorang ulama,
“Silakan, aku mengizinkanmu”.

Setelah menghias diri sedemikian rupa, berangkatlah wanita itu mencari Ubaid bin Umair di Masjidil Haram.

Ubaid adalah seorang ulama yang lahir semasa Rasulullah saw masih hidup. Nama lengkapnya Ubaid bin Umair bin Qatadah Al Laitsi Al Junda’i Al Makki. Beliau wafat pada tahun 74 hijriyah.
Saat menjumpai Ubaid, wanita itu berpura-pura meminta nasihat. Dia beralasan keperluannya amat penting, dan memintanya beralih ke penjuru masjid. Sesampainya di sana, wanita itu membuka purdahnya dan kelihatanlah wajahnya yang cantik laksana bening rembulan.

“Apa yang kau lakukan?” kata Ubaid melihat kejanggalan wanita tersebut.

“Sungguh, aku mencintaimu. Aku hanya ingin jawapan darimu,” sergah wanita itu, terus berusaha menggoda Ubaid.

“Sebentar,” kata Ubaid. Kini nadanya mulai naik.

“Ada beberapa pertanyaan yang jika kau menjawabnya dengan jujur, maka aku akan menjawab pertanyaanmu tadi.” sambung Ubaid lagi.

“Baik, aku akan menjawabnya dengan jujur.” balas wanita itu.

Pertama, seandainya Malaikat Maut datang menjemputmu saat ini, apakah engkau senang aku memenuhi ajakanmu?” tanya Ubaid.

Wanita itu tidak menyangka akan mendapatkan pertanyaan yang langsung mengingatkannya dengan kematian, kemudian menjawabnya: 
“Tidak”.

Kedua, seandainya saat ini engkau berada di alam kubur dan sedang didudukkan oleh Malaikat Munkar dan Nakir untuk ditanya, apakah engkau senang aku penuhi ajakanmu?” tanya Ubaid lagi.

“Tidak”, jawabnya wanita itu.

Ketiga, seandainya saat ini semua manusia menerima catatan amalnya dan engkau tidak tahu apakah kau akan mengambilnya dengan tangan kanan atau tangan kiri, apakah engkau senang jika aku memenuhi ajakanmu?

Tidak”.

Keempat, seandainya saat ini seluruh manusia dibawa ke timbangan amal dan engkau tidak tahu apakah timbangan amal kebaikanmu lebih berat atau justeru amal buruknya yang lebih berat, apakah engkau senang jika aku memenuhi ajakanmu?”

“Tidak”.

Kelima, seandainya saat ini engkau berada di hadapan Allah untuk diminta pertanggungjawaban atas semua nikmatNya yang telah dianugerahkan kepadamu, masihkah tersisa rasa senang di hatimu jika aku memenuhi ajakanmu?”

“Demi Allah, tidak”.

“Jika begitu wahai wanita, takutlah kepada Allah. Betapa Allah telah memberikan segalanya kepadamu.”

Kini dia tidak mampu menahan air mata, Tadi dia datang ke Masjidil Haram berpura-pura meminta nasihat, kini ia benar-benar mendapatkan nasihat yang benar-benar menyentuhnya. Sesampainya di rumah, sang suami terkejut melihatnya bersedih, 

“Apa yang terjadi wahai isteriku?” kata suaminya.

“Kita ini termasuk orang yang celaka,” jawab wanita itu.

Kemudian ia mengambil wudhu' dan solat.
Hari-hari berikutnya, ia berubah drastik. Ia tidak lagi membanggakan kecantikannya. Dia tidak lagi suka berdandan di setiap malam. Dia berubah menjadi ahli solat dan puasa. Subhanallah.


Suka ifah ingatkan kepada diri ifah sendiri dan sahabat, kecantikan fizikal yang kita miliki saat ni hakikatnya milik Dia yang anytime Dia boleh ambik. Ianya sekadar pinjaman wahai sahabat sekalian. Dan sungguh pada Allah, kecantikan fizikal itu tiada erti pape pon sebaliknya yang Allah lihat ialah HATI kita. Wallahu a'alam.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada HATI-mu" 
(HR MUSLIM)

.:: Pintu Tawaduk ::.

“Dan Allah mewahyukan kepadaku agar kalian saling merendah diri agar tidak ada seorang pun yang berbangga diri pada yang lain dan agar tidak seorang pun berlaku zhalim pada yang lain.” 
(HR. Muslim no. 2865)


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Setelah bertahun-tahun menuntut ilmu, seorang pemuda menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk mengajar akan ilmu yang telah beliau pelajari akan tetapi dihalang oleh ayahnya. Ayahnya menyuruh pemuda itu untuk pergi ke pasar mencari orang yang lebih rendah kedudukan daripada dirinya.

Maka pemuda itu pergi ke pasar dan mencari seseorang yang lebih jahil dari dirinya. Akhirnya beliau menjumpai lelaki tua yang sedang memegang botol arak, lalu tibanya waktu solat seluruh penduduk di pasar pergi ke masjid menunaikan solat. Sekembalinya dari solat, pemuda itu mendapati lelaki tua itu masih memegang botol arak dan juga tidak menunaikan solat. Berkata di dalam hatinya pasti ini lebih jahil dariku. 

Sebelum mendekati lelaki tua itu terdetik di hati pemuda itu mengatakan,
"Lelaki tua ini jauh lebih tua dari aku, dia telah islam dulu sebelum aku, mungkin saja ini baru hari pertama melakukan dosa sedangkan mungkin bertahun-tahun sebelumnya dia melakukan amal kebaikan. Jika beliau meninggal mungkin timbangan pahalanya lebih berat daripada dosanya. "

Pemuda itu meninggalkan lelaki tua itu dan teruskan mencari. Akhirnya pemuda itu bertemu dengan seekor anjing dan berkata,
"Pasti saja aku lebih mulia dari anjing ini, anjing ini tidak berakal." 

Lalu terdetik dalam hatinya,
" Yaumal Mahsyar kelak, aku akan disoal di hadapan Allah SWT tetapi anjing ini tidak, aku akan dihisab oleh Allah tetapi anjing ini tidak, aku akan melintasi titian sirat tetapi anjing ini akan hilang begitu sahaja menjadi debu. Andai aku gagal melintasi titian sirat nescaya diriku lebih hina dan anjing ini lebih mulia daripada aku."

Beliau pulang ke rumahnya ditanya oleh ayahnya,
"Kamu sudah jumpa orang yang jahil dari kamu..?" 

Balas pemuda itu,
" Tidak, aku tidak jumpa seorang pun yang jahil daripada aku melainkan aku merasa diriku lebih jahil dari orang lain."

Kata bapanya, 
" Sesungguhnya kamu telah masuk kepada pintu Tawadduk, keluarlah untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat."

Kisah daripada : Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

RUFAIDAH BINTI SAAD AL-ASALMIYA -Pakar Jururawat Muslimah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Setelah Rasulullah menyampaikan risalah Islam, ramai tokoh2 islam di bidang ilmu pengetahuan lahir. Pada saat itu islam memegang peranan penting di semua bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, astronomi, matematik dan bahkan di bidang kesihatan. Antara mereka yang pakar dalam bidang perubatan ialah, Ibnu Qoyyim Al-Jauzy, Ibnu Sina( Avicenna ), Abu bakar Ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), Imam al Ghazali, Abu Raihan Muhammad Al-Biruni.
Tak ketinggalan untuk dunia kejururawatan juga tersenarai tokoh muslimah yang ikut membantu Rasulullah SWT dalam mengubati kaum Muslimin yang cedera iaitu RUFAIDAH BINTI SAAD Al- Asalmiya, Ummu Attiyah, dan masih banyak lagi tokoh ilmu pengetahuan dan kejururawatan yang lain sama ada pada zaman Rasulullah mahupun sesudah itu.

Tokoh Kejururawatan
Banyak jururawat Muslim tidak mengenal Rufaidah binti Saad Al-Asalmiya, mereka lebih mengenal tokoh kejururawatan yang berasal dari dunia barat(England) iaitu Florence Nighttingale. Sebelum agama Islam menguasai dunia barat, dunia barat saat itu mengalami zaman kegelapan dan kebodohan disebabkan tindakan dari pihak gereja yang lebih banyak menguntungkan mereka. Tapi disisi yang lain iaitu di Semenanjung tanah Arab, Islam telah di ajarkan oleh Rasulullah tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang seterusnya mengalami kemajuan terutama dalam dunia kejururawatan. Hal ini menunjukkan Rasulullah bukan hanya menjadi seorang tabib tapi dalam ajaran Islam, bahkan Baginda turut sampaikan ilmu yang mengandungi ajaran dan nilai kesihatan seperti: pentingnya menjaga kebersihan diri (Personal Hygiene), menjaga kebersihan makanan, mencuci tangan, ibadah puasa, berwudhu dan lain sebagainya.

Rufaidah binti Saad al-Asalmiya memiliki nama lengkap Rufaidah binti Saad Al Bani Aslam Al-Khazraj yang tinggal di Madinah. Beliau dilahir di Yathrib pada tahun 570 Masihi dan wafat pada tahun 632 Masihi. Beliau termasuk dalam kaum Ansar iaitu golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan beliau mempelajari ilmu kejururawatan saat membantu ayahnya. 
Ketika kota Madinah berkembang, Rufaidah binti Saad mengabdikan dirinya merawat kaum muslimin yang sakit dan membina khemah di luar Masjid Nabawi. Dan sewaktu berlaku perang Badar, Uhud, Khandaq, beliau menjadi sukarelawan dan merawat mangsa yang cedera akibat peperangan tersebut. Beliau juga mendirikan hospital di medan perang lapangan sehingga terkenal saat perang dan Rasulullah SAW pun memerintahkan agar mangsa yang cedera dibantu olehnya.

Rufaidah binti Saad juga melatih beberapa kumpulan wanita untuk menjadi juruwarat dan dalam perang Khibar, mereka meminta izin kepada Rasulullah untuk mengikut di barisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang cedera dan Rasulullah pun mengizinkannya. Maka disinilah bermula dunia perubatan dan kejururawatan pada zaman itu.

Sentuhan Kemanusiaan
Rufaidah binti Saad al-Asalmiya juga memberikan perhatian terhadap aktiviti masyarakat, termasuk kepada anak yatim, pensakit yang mengalami gangguan jiwa. Beliau mempunyai kepribadian yang luhur dan empati sehingga memberikan pelayanan kejururawatan kepada pesakitnya dengan baik dan teliti. Sentuhan sisi kemanusiaan ini penting bagi seorang jururawat(nurse), sehingga aspek teknologi dan kemanusiaan (human touch) jadi seimbang.

Sebagai tambahan pengetahuan, perkembangan kejururawatan didunia islam atau lebih tepatnya lagi di negara Arab Saudi dapat digambarkan sebagai berikut:
1. Pada masa penyebaran Islam(The Islamic Period) pada tahun 570 hingga 632 Masihi, bidang kejururawatan seiring dengan perang kaum Muslimin atau jihad(holy wars), dan pada masa inilah Rufaidah binti Saad memberikan sumbangannya kepada dunia kejururawatan. 
2. Masa setelah Nabi (Post Prophetic Era) pada tahun 632 hingga 1000 Masihi iaitu jugak setelah kewafatan Nabi, pada masa ini lebih di dominasi oleh kedoktoran dan mulai muncul tokoh-tokoh Islam dalam dunia kedoktoran seperti Ibnu Sinna (Avicenna), Abu bakar ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), bahkan Ar-Razi sendiri menulis dua karangang tentang "The Reason why some persons and common people leave a physician even if he is clever."
3. Masa pertengahan (Late to Middle Age) pada tahun 1000 hingga 1500 M. Pada masa ini negara-negara Arab membangun hospital dengan baik dan mengenalkan rawatan orang sakit, dan di hospital ini telah memperkenalkan konsep pemisahan antara bilik rawatan lelaki dan perempuan dan sampai sekarang banyak diikuti semua hospital diseluruh dunia.
4. Masa Modern pada tahun 1500 hingga sekarang. Pada masa inilah rawatan-rawatan asing dari dunia barat mulai berkembang dan mulai masuk kenegara Arab. Namun, pada masa ini salah seorang perawat bidan muslimah pada tahun 1960 yang bernama Lutfiyyah Al-Khateeb yang merupakan perawat bidan arab Saudi pertama yang mendapatkan Diploma Keperawatan di Kairo,  ia mendirikan institusi kejururawatan di Arab Saudi.
Sekian sahaja kisah Rufaidah binti Saad al-Asalmiya yang mampu ifah kongsi buat semua, moga memberi manfaat sedikit sebanyak buat antum. in sha Allah :)

sumber :
1. Buku 44 Wanita Solehah Dambaan Syurga
2. Up Soul
3. Ummu Hanik 

Siapa Jodoh Kita?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Assalamualaikum dan salam 25 syawal sahabat semua. Alhamdulillah untuk setiap hembusan nafas yang masih dipinjamkan oleh Sang Pencinta buat kita. Bila tengok tajuk entri ifah kali ini, lagi sekali ifah talk about jodoh? Cinta? Well, sorry for that. Tapi bagi ifah, in sha Allah selagi mana ianya berguna dan sebagai perkongsian yang elok bagi sahabat yang lain, apa salahnya kan. CINTA itu FITRAH. Dan setiap dari kita itu memiliki CINTA. Lagipon serius talk, OUR LIFE is ALL ABOUT LOVE, right? siapa setuju, say alhamdulillah ^_^

Apa bukti atau hujah yang ifah cakap macam tu? hujahnya ialah andai kata tiadanya cinta seorang hamba itu terhadap Sang Pencipta, hidup ini tak ada guna kan? Dan bilamana kita dah jatuh cinta, segalanya kita akan lakukan untuk mempertahankan rasa cinta tersebut, termasuk mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Cinta kepada Tuhan adalah yang paling utama, barulah diikuti dengan cinta kepada Rasul, ibu bapa dan yang lain-lainDan in sha Allah, yang lain-lain tu la yang cuba ifah huraikan untuk entri kali. Moga bermanfaat untuk semua, aamiin :)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku.”
(QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)

Sahabat yang dihormati,
Kakak ifah ada sebut, bila seseorang itu mula memasuki usia 18-25 tahun, waktu ini adalah waktu kemuncak bagi kehidupan seseorang itu bilamana mereka mula nak pelajari sesuatu yang baru, termasuk mencari erti 'berpasangan', dengan erti kata lain tarikan terhadap kaum berlainan jenis. Dan pada waktu ini jugak kita boleh tengok berapa ramai yang kecundang tapi ada jugak sesetengah yang berjaya. Kecundang terhadap apa? Kecundang dengan hawa nafsu sarakah yang mula menguasai diri.

Kenapa ifah berani cakap macam tu? Sebabnya, kalau kita tak pandai kawal hawa nafsu, dengan mudah kita akan terperangkap dalam kancah maksiat sebagai contoh masalah kapel yang sememangnya kita tahu hukum kapel sebelum nikah itu adalah HARAM, sekali lagi ifah ulang, HARAM. Dan bila dah mula kapel, potensi gejala yang lebih teruk akan berlaku lagi besar , contohnya hamil anak luar nikah, lari dari rumah dan sebagainya.

Tapi kadang-kadang kita tak boleh salahkan mereka 100% sebab bagi ifah, keadaan semasa jugak menjadi punca utama terjadinya hal sebegitu. Mana tak nya, bila buka jer laman sosial, berlambak gambar-gambar dan status-status orang kapel, dating dan tak kurang jugak yang dah perkahwinan, yang di-show off. 

Laaa, takkan nak tunjuk yang halal pon salah? Yes! ifah faham, ianya bukan la menjadi satu kesalahan tapi rasanya tidak perlu nak update setiap moment kita dengan suami/isteri tersayang kan, sebab kita tak tahu mungkin ada sahabat-sahabat kita yang masih belum diberikan rezeki untuk memiliki semua tu dan mungkin jugak ada yang Allah tak mengizinkan dia memilikinya disini. Dan ini secara tak langsung boleh membuatkan diri mereka memberontak untuk mendapatkan hal yang sama? Bukankah itu boleh mengeruhkan lagi keadaan? So, jangan biarkan diri kita menjadi punca terjadinya hal tersebut okei.

Sebelum ifah meneruskan kalam, jom kita baca firman Allah SWT yang bermaksud :
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”
 [Yaa Siin 36:36]
Look! Allah SWT itu Maha Adil kan? sungguh Dia dah menjanjikan setiap dari kita ini ada pasangan masing-masing. Dan janji Allah itu pasti sahabat, BELIEVE on HIM. Cuma mungkin kita yang kurang sabar dan kurungnya nilai kebergantungan pada-Nya. Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” 
[QS. Ar. Ruum (30):21].


Sahabat yang dikasihi Allah SWT,
Jodoh itu bukan sesuatu yang bilamana kita teringin, terus akan dapat tapi sebaliknya JODOH IS ALL ABOUT THE RIGHT TIME. Jodoh itu terkadang akan datang pada waktu yang kita tak sangka, dengan orang yang kita juga tak jangka, tempat yang mungkin kita rasa tak sesuai tapi 1 kita kena ingat, pada Allah semua itu adalah tepat pada masanya. Dia lagi kenal kita berbanding diri kita sendiri dan semestinya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tadi ifah ada menonton satu drama english dalam astro, maaf ifah lupa tajuknya apa but the point is, 1 mesej yang amat berguna yang ifah dapat dari drama tu adalah seramai mana kita cuba tarik perhatian seseorang untuk suka, meminati kita, tapi percayalah hanya seorang sahaja yang akan tertarik kepada kita. Siapa? Dia lah jodoh kita.

Logiknya ialah jodoh kita mungkin tertarik terhadap apa yang ada pada kita yang mungkin bagi orang lain tiada istimewanya tapi istimewa bagi dia dan itulah yang membezakan jodoh kita dengan yang lain. Sungguh percaturan Allah itu adalah yang terbaik, Dia ciptakan kita dengan keistimewaan yang tersendiri yang mungkin ada pada kita dan tak ada pada orang lain, begitu juga sebaliknya.

So, ifah ingatkan sekali lagi bahawa tak ada guna atau senang kata sia-sia kita berhias, cuba menarik perhati lelaki/perempuan lain untuk dekati kita, sebabnya yang akan tertarik pada kita hanyalah seorang iaitu, JODOH kita, yang akan menerima kita seadanya seikhlas hati. Jadi alangkah lebih baik sekiranya kita simpan segala kecantikan kita, keistimewaan kita hanya untuk yang layak kan, sebab itu jauh lagi berbaloi.
Tapi persoalannya, Siapa orang tu? Bila akan jumpa? Dimana? Mungkin soalan ini yang bakal timbul dalam diri kita. Jawapannya hanya 1, itu semua RAHSIA ALLAH SWT yang Maha Mengetahui saat dan detik yang sesuai untuk kita perolehnya. Kalau bukan disini(dunia), mungkin dia sedang menanti kita disana(syurga), in sha Allah. Yakinlah. 

Akhir kalam jujur dan ikhlas dari ifah, suka ifah ingatkan JODOH itu adalah CERMINAN DIRI KITA. Kalau nak jodoh yang soleh/solehah, kita dulu kena berusaha kearah tersebut okei. And the most important thing is Carilah Cinta Allah terlebih dahulu dan in sha Allah cinta si dia bakal menyusul. Cuba sibukkan diri dengan cinta kepadaNya dan in sha Allah cinta yang lain akan datang tanpa kita duga. Percayalah sebab ifah sendiri pernah alami situasi ni tapi itu tak bermaksud ifah dah bertunang atau dah kahwin okei, ianya hanya sekadar pengalaman yang Allah bagi pinjam. Sungguh JANJI DIA itu PASTI :)
Allah tak pernah lambat. Cuma kita yang kurang sabar. Sabar lah sekejap. Nikmat Allah tu mesti ada untuk kita. Ya, untuk kita yang bersabar. Itu janji Allah.
Takdir mengatasi kehendak. Selamat mencari CINTA :)