Keburukan Shisha


haii sahabat readers and bloggers sekalian, salam 11 ramadhan. hm korang perasan tak sehari dua ni kecoh tentang pengharaman shisha. seperti yang kita tahu, dalam islam sendiri, setiap perkara yang diharamkan itu kerana terdapat sebab-sebab tertentu contohnya mampu memudaratkan kesihatan kita dan mungkin juga orang lain. so, bagi ifah tiada apa yang perlu dipersoalkan. dan disini, in sha Allah ifah nak share sedikit info yang ifah jumpa tentang keburukan shisha. jom sesama kita baca :)
Antara beberapa kajian saintifik yang boleh dijadikan rujukan  tentang keburukan shisha ialah:
1)     Berasaskan satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Tembakau di Britain pada 2010 mendapati menghisap shisha memberi risiko yang jauh lebih bahaya dari menghisap rokok tembakau. Kerana kandungan tembakau herba(bahan tambahan) di dalam shisha memiliki kecenderungan untuk menyimpan kandungan karbon monoksida empat hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding menghisap rokok tembakau.
2)    Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ‘World Health Organisation (WHO)’ pula, jumlah asap yang dihidu oleh penghisap shisha ini dalam satu sesi memakan masa yang agak lama (lebih dari sejam) adalah bersamaan dengan jumlah 100 hingga 200 batang rokok biasa. Kajian tersebut juga menunjukkan, jumlah asap yang dihisap pula bersamaan dengan 1 hingga 6 liter shisha setiap kali menghisap dan jumlah ini jauh lebih banyak daripada asap rokok.
3)    Pihak Agensi Anti-tembakau Perancis (OFT) dalam hasil kajian yang dikeluarkan, mendapati shisha dikaitkan dengan jumlah karbon monoksida yang tinggi dan bersamaan dengan sekali hembusan 52 batang rokok. Penghisap shisha akan terdedah pada jumlah bahan racun yang tinggi seperti tar, nikotin, dan Karbon monoksida berbanding asap dari rokok. Kajian ini dilakukan oleh  ‘Laboratoire National d’Essais (LNE)’ di Perancis.
4)    Sementara itu, pihak agensi ‘Niche Tobacco Advisory Group, NTAG’ dari Utara England juga merasakan perlu satu kempen mendidik kefahaman dan salahfaham mengenai menghisap shisha yang perlu dilakukan kepada pihak orang awam. Kempen kesihatan ini berdasarkan kesan buruk yang akan dihadapi oleh penghisap sisha ini.
Kesimpulannya, menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok) dan bukti saintifik akan kemudaratannya juga jelas. Walaupun, tiada kajian secara ‘prospektif’, pendedahan asap rokok yang keterlaluan dan jangkamasa yang lama itu sangat memberi impak yang negatif kepada sistem pernafasan individu yang menghisapnya.
Dalam Al-Qur’an, Allah SWT telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Kita juga yakin bahawa menghisap shisha ini termasuk dalam kategori memudaratkan dan membazir. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt :
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

sumber : imedik 

No comments :