NAILAH AL-FARAFISHAH - Cinta Setia Seorang Isteri


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Nailah al-farafishah adalah srikandi islam terulung di zaman khalifah UTHMAN B. AFFAN, merangkap kekasih hati, penyejuk mata, isteri saidina Uthman B. Affan. Beliau memiliki akhlak yang terpuji sebagai muslimah dan wajah yang menawan hati setiap insan yang melihatnya. Beliau juga merupakan sayap kiri kepada perjuangan Khalifah yang sukar untuk ditukar ganti dan juga seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat kepada suami tercinta. Ayahnya seorang penganut agama nasrani, dan bukan dari golongan Quraisy.

Kecantikan rupa paras, kebijaksanaan dalam apa jua bidang, kefasihan lidahnya berbicara serta kematangan fikirannya dalam membuat keputusan menjadikan nailah tokoh srikandi Islam yang disegani di mata dunia. Subhanallah

Pernah berlaku peristiwa pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran hati Nailah. Beliau tidak pernah berjauhan dgn Khalifah, sentiasa memberikan semangat dan keyakinan kepada suaminya agar terus thabat dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci ini. Ketika itu pemberontak tidak henti-henti menyerang rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah-panah. Akibat dari peristiwa ini 3 orang telah terbunuh.

Walaupun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis dengan orang ramai agar tidak mencederakan Khalifah, namun ada juga yang mengingkarinya. Pembelotan tersebut diketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar. Ketika Muhammad bin Abu Bakar bersama seorang sahabat memanjat rumah Khalifah, Nailah menjengukkan kepalanya di tingkap tanpa menutupi rambutnya, lalu ditegur Khalifah Uthman: "Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku."

Namun Nailah tidak mengendahkan teguran tersebut kerana yang lebih penting baginya adalah menyelamatkan nyawa suami tercinta. Tatkala kedua-dua pembelot itu berada di hadapannya, Nailah sudah bersedia untuk melindungi suami yang dikasihi. Lelaki pertama cuba menyerang Khalifah dengan pedangnya, namun dihalang oleh Nailah dengan tangannya hingga putus jejari mulus Nailah. 


Kemudian Muhammad bin Abu Bakar menghayunkan pedangnya pula, tetapi ditahan oleh Nailah dgn tangan yang lain dan putus jejarinya lagi. Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu Bakar mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikam Khalifah. Tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan di hati, Muhammad bin Abu Bakar telah menyelar tubuh Khalifah Uthman hidup-hidup.

Namun apabila Muhammad bin Abu Bakar hendak memenggal kepala Khalifah Uthman, Nailah menahan tubuhnya bersama Syibah. Malangnya mereka berdua ditolak dan dipijak-pijak. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah, tidak seorang pun yang berani untuk menguruskan dan memandikan jenazah Saidina Uthman Affan.

Sehinggalah Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al- Uzza. Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Nailah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.

Peristiwa pembunuhan Khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru, ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini. Bagi mendamaikan antara puak ini, Nailah telah menghantar surat kepada Muawiyah yang berbunyi,
“Jika dua golongan dari kaum itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Sekiranya salah satu keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah mereka itu sehingga mereka kembali kepada Allah.” 

Surat tersebut dihantar bersama pakaian Khalifah yang telah koyak dan dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah yang dicabut oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan pembunuhan ke atas khalifah. Selepas kewafatan suaminya, Nailah terus diselubungi kesedihan yang teramat sangat sehingga datang Muawiyah meminangnya. Tetapi pinangan tersebut ditolak mentah-mentah, dan untuk mengelakkan dirinya terus dipinang, beliau telah mencabut dan mematahkan gigi sehingga orang ramai kehairanan.

Ada yang bertanya kepada Nailah,
“Mengapa kamu mematahkan gigi-gigimu yang cantik itu?”

Jawapan yang Nailah berikan,
“Aku tidak mahu kesedihanku terhadap Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku juga tidak mahu lelaki mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana yang telah diketahui oleh Uthman.”

Kata-kata tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaannya kepada suami tercinta yang telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri. Nailah juga banyak menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya.

Juga tidak ada perkahwinan ke-2 dalam hidupnya selepas Khalifah Uthman. Nailah Al- Farafishah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang dan Islam tercinta di zamannya.
Wallahu a'alam.

UMMU WARAQAH BINTI NAUFAL - Imam Para Wanita di Zamannya



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Beliau merupakan puteri kepada Abdullah bin al-haris bin Umair bin Naufal al-Anshariyah. Dia dikenali dengan gelaran Ummu Waraqah binti Abdullah atau dikenali dengan nama Ummu Waraqah binti Naufal dinisbahkan kepada datuknya.

Wanita yang Mulia
Dia termasuk dalam kalangan wanita yang paling mulia pada ketika itu. Rasulullah SAW telah mengunjunginya beberapa kali dan baginda memberikannya gelaran asy-Syahidah. Ummu Waraqah ialah wanita yang mempunyai ghirah(semangat) yang tinggi terhadap islam dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah.
Oleh kerana itu, dia tidak terhalang untuk berjihad bersama kaum muslimin dan mendapat pahala mujahidin. Semasa Rasulullah SAW hendak berangkat ke Perang Badar, Ummu Waraqah berkata kepada Rasulullah SAW , "Wahai Rasulullah SAW, izinkanlah aku berangkat bersamamu supaya aku dapat mengubati orang yang tercedera antara kamu, merawat orang sakit dan semoga Allah SWT mengurniakan syahadah kepadaku."
Kemudian Rasulullah SAW menjawab ,"Sesungguhnya Allah akan mengurniakan kamu Syahadah kepadamu, tetapi tinggallah kamu di rumahmu kerana sesungguhnya engkau adalah syahidah."


**gambar hiasan semata

Mahir dalam Membaca Al-Quran
Ummu Waraqah binti Naufal turut mengumpulkan al-Quran dan mahur membacanya. Disebabkan itu Rasulullah SAW memerintahkan supaya dia menjadi imam bagi para wanita untuk mereka. Disebutkan dalam al-Musnad dan as-Sunan daripada hadis Abdul Rahman bin Khalad daripada Ummu Waraqah menyatakan bahawa Rasulullah saw berkunjung ke rumahnya dan memberikan seorang muazin untuknya. Abdul Rahman berkata:"Aku melihat muazin tersebut seorang lelaki yang sudah tua."
Rumah Ummu Waraqah RA menjadi rumah Allah di dalamnya didirikan solat lima waktu. Alangkah terhormatnya wanita yang menduduki kedudukan sebagaimana seorang wanita mukminah seperti Ummu Waraqah RA..
Ummu Waraqah sentiasa istiqamah menjaga syariat Allah sehingga beliau dibunuh oleh hamba dan jariahnya(hamba perempuan) yang telah dijanjikan untuk dimerdekakan oleh Ummu Warakah sendiri setelah beliau meninggal dunia. 


Kebenaran Sabda Rasulullah SAW
Tiba-tiba waktu pagi Umar bin al-Khattab berkata:"Demi Allah aku tidak mendengar suara bacaan al-Quran daripada ibu saudaraku semalam."
Kemudian Umar ra masuk ke rumahnya namun dia tidak melihat apa-apa(Ummu Waraqah). Apabila dia masuk ke biliknya ternyata jasad Ummu Waraqah telah dibungkus dengan kain ditepi rumah. Dia telah meninggal dunia. Umar berkata:"Alangkah benar sabda Rasulullah SAW bersabda , "Marilah pergi bersama-sama kami untuk mengunjungi wanita yang syahid."
Seterusnya Umar RA naik ke atas mimbar dan menyampaikan berita tersebut dan sera.ya berkata: "Bawalah dua orang hamba tersebut kepadaku yang telah membunuh Ummu Waraqah." Setelah dua hamba itu mengaku telah membunuh Ummu Waraqah, Umar memerintahkan supaya kedua-dua hamba tersebut disalib. Mereka berdualah orang yang pertama sekali disalib dalam sejarah islam.
Semoga Allah merahmati Ummu Waraqah. Semoga Allah membalas semua kebaikannya dengan istiqamah membaca al-Quran dan mengumpulkannya. Dia adalah imam para wanita di zamannya yang sangat rindu untuk berjihad dengan harapan mati jihad untuk mendapat pahala mujahidin. Akhirnya Allah mengabulkan permohonannya dan dia mendapat kedudukan yang terbaik di sisi Allah dan Rasul-Nya.
Wallahu a'alam

Fiqh Aulawiyat? Apa tu?


Bismillahirrahmanirrahim.

Alkisahnya bermulaaaaa.......
Seminggu yang lepas ifah dan geng alumni NAIMIANS rancang untuk adakan satu liqa bersama murabbi sekolah kami. So, dengan izin-Nya planning punya planning bagai nak rak last-last setuju untuk adakan liqa tu seperti butiran dalam poster kat bawah ni.


TAPI, apa pulak kaitannya liqa ni dengan fiqh aulawiyat? Haaa, sabor2, nak cerita la ni :)

Nak dijadikan ceritanya, jengg jengg jengggg..........
Bila tiba hari kejadian, tengah ifah sesiap nak pergi liqa tu, ayah datang bilik bagitahu mama tak sihat and tak boleh bangun. Allahh, time tu automatik terkedu seketika. Rasa keliru dan bersalah. Masakan ifah nak cancel program tu on the spot macam tu  jer sedangkan ifah dah janji dengan semua dan ifah antara ajk program tu. Tapi mama lagi perlukan ifah. Kalau ifah pergi, siapa nak jaga mama. Ottoke?  (what should i do? *korean)

So, disini bermulanya ifah kena gunakan ilmu yang ifah belajar sebelum ni iaitu fiqh aulawiyat. Antum faham tak apa itu fiqh aulawiyat? Fiqh aulawiyat ini adalah kita mengutamakan apa yang lagi utama, fahimtum? 

Takpe, demi sahabat pembaca, disini in sha Allah ifah huraikan sedikit tentang fiqh aulawiyat yer, selebihnya nanti ifah buat entri lain sebab nota rujukan ifah tertinggal di rumah sewa di perlis, so tak ada sumber rujukan. Sorry nah, now lets check it out!



Fiqh aulawiyat berasal dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu fiqh dan juga aula. Fiqh bermaksud pegetahuan yang mendalam dan aula ialah yang terlebih utama. Maka pengertian fiqh awlawiyat ialah memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan.

Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang mesti didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan, sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya. Atau secara mudahnya disebut sebagai mendahulukan sesuatu yang lebih penting kerana yang lebih penting iatu lebih penting daripada yang penting.

Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat sebagai,
“menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.

So, setelah merujuk kepada fiqh aulawiyat tu, ifah memilih untuk tinggal dirumah untuk jaga mama. Yela, apa guna jugak ifah pergi liqa tu kalau hati tidak tenang fikirkan keadaan mama kan. Liqa dan sahabat boleh dicari lagi, tapi mama kita ada sorang jer kan. One more thing yang kita kena ingat, keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibu bapa. So, apa guna hidup kalau tak dapat kedua-dua keredaan tu kan :)

Sekian sahaja entri ifah untuk kali ni, sehingga kita jumpa lagi sahabat. Salam syawal ! Wassalam ^_^

Aku Terima Kau Kerana Allah



Dia pergi untuk melamar seorang wanita...
Di saat dia melakukan nazhor (melihat calon isterinya ) adalah wanita syar'i.
Calon isterinya bertanya : "Berapa hafalan Al-Qur'anmu ?"
Dia menjawab : "Saya tidak hafal banyak, tapi SAYA INGIN MENJADI LELAKI YANG SOLEH"
Dia lalu berkata kepada calon isterinya : "Kalau kamu ?"
Calonnya menjawab : "Saya hafal juz amma"
Calonnya kemudian bersetuju untuk menikah kerana merasakan dia ( lelaki yang datang melamar ini ) jujur.

Setelah menikah...
Si Isteri lalu memintanya untuk membantunya menghafal Al-Qur'an.
Sang suami berkata : "Mengapa kita tidak saling membantu dalam menghafal bersama-sama?"
Mereka lalu memulakan menghafal dengan Surath Maryam kemudian berikutnya dan berikutnya sehingga hafalan Al-Qur'annya selesai dan mereka berdua mendapat Ijazah hafalan Al-Qur'an.
Kemudian isterinya menawarkan : "Mungkin kita juga boleh memulakan menghafal Hadis-hadis Bukhari.."

Di sebuah kesempatan ketika dia menziarahi ke rumah mertuanya, sang suami mengkhabarkan kepada mertuanya bahawa anaknya sekarang sudah hafal Al-Qur'an Al-Karim, Alhamdulillah.
Mertuanya terkejut dengan apa yang dikatakan menantunya, dia lalu masuk ke bilik anaknya seraya memperlihatkan banyak kertas kepada menantunya.
Tersentak dan alangkah terkejut dan bingungnya sang suami, Isterinya ternyata memiliki ijazah hafalan Al-Qur'an dan Kutub Sittah (kumpulan kitab-kitab hadis) bahkan sebelum dia menikah dengannya.

SUBHANALLAH...
Dia tidak mempermasalahkan dari awal sedikitnya ilmu yang dimiliki sang calon suami, dan dia kemudian membantunya menghafalkan Al-Qur'an sebagaimana dia telah menghafalnya di saat dia merasakan bahawa memang sang suami adalah orang Soleh (Dia juga tidak berdusta ketika dia berkata saya hafal juz amma kerana dia tidak menafikan bahwa dia juga hafal surah yang lain).
Ya Allah jika kami bukan orang yang soleh maka kurniakan kepadaku isteri/suami yang solehah/soleh yang membantu kami, dan menjadikan kami dekat denganMu, dan jadikanlah kami orang yang solehah/soleh

Teks asalnya:
ﺫﻫﺐ ﻟﻴﺨﻄﺐ ﻓﺘﺎﻩ
وأثناء ﺍﻟﺮﺅﻳﺔ ﺍﻟﺸﺮﻋﻴﻪ
ﺴﺄﻟﺘﻪ ﻛﻢ ﺗﺤﻔﻆ ﻣﻦ ﺍﻟﻘﺮﺍﻥ الكريم
ﻗﺎﻝ ﻟﻬﺎ: لا أحفظ الشيء الكثير ولكن لي رغبة ان اكون عبدا صالحا
ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻬﺎ: ﻭﺍنتِ ؟!
ﻗﺎﻟﺖ: أﺣﻓﻈ ﺟﺰﺀ ﻋﻢ،
ﻭ ﻭﺍﻓﻘﺖ الزواج به ﻟﻤﺎ أﺣﺴﺖ ﺍﻧﻪ ﻓﻌﻼ ﺻﺎﺩﻕ .
ﻭ ﺑﻌﺪ ﺍﻟﺰﻭﺍﺝ ﻃﻠﺒﺖ ﻣﻨﻪ ﺍن ﻳُﺤﻔِِﻈﻬﺎ القرآن الكريم
فقال : لآبأس نتعاون على الحفظ معاً
ﺑﺪﺃ معا ﺑﺴﻮﺭﺓ ﻣﺮﻳﻢ
ﺗﻮﺍﻟﺖ ﺍﻟﺴﻮﺭ ﺣﺘﻰ ﺧﺘﻤﺖ ﺍﻟﻘﺮﺍﻥ ﻋﻠﻰ ناظريه
ﻭﺣﺼﻠﺖ ﻋﻠﻰ ﺍﻻﺟﺎﺯﺓ في الحفظ ﻭﺣﺼﻞ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻫﻮ كذلك..
وعرضت عليه: ﻣﻤﻜﻦ ﻧﺒﺪﺍ ﺑﺤﻔﻆ ﺍﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ
وفي احدى الزيارات الى بيت والدها اخبر ﺍﻟﺰﻭﺝ ﻭﺍﻟﺪ ﺍﻟﻔﺘﺎﻩ ﻗﺎئلا: ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﺑﻨﺘﻚ ﺣﻔﻈﺖ ﺍﻟﻘﺮﺍﻥ الكريم.
ـ ﺗﻌﺠﺐ الرجل ﻣﻦ ﻛﻼﻣ زوج بنته
ﻭﺩﺧﻞ ﻏﺮﻓﺔ ﺑﻨﺘﻪ ﻭﺍﺣﻀﺮ ﺍﻭﺭﺍﻕ كثيرة و وضعها امامه.
ويا لمفاجأة الزوج وذهوله.. زوجته ﻛﺎﻧﺖ ﻣﺠﺘﺎﺯﻩ ﺍﻟﻘﺮﺍﻥ الكريم ﻭﺍﻟﻜﺘﺐ ﺍﻟﺴﺘﻪ من قبل ان تتزوج به.
ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻢ ﺗﺤﺮﺟﻪ بدايةً ﻟﻘﻠﺔ ﻋﻠﻤﻪ وعملت على ان يحفظ مثلما تحفظ لما حست ﺍﻧﻪ ﺍﻧﺴﺎﻥ ﺻﺎﻟﺢ (ولم تكذب حين قالت انها تحفظ جز عم حيث لم تنفي حفظ ما سواه)
اللهم ان لم اكن صالحا فارزقني زوجة صالحة تعينني و تقربني إليك و اجعلني صالحا


Bila Hidayah Menyapa

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan sungguh, Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, kemudian tetap dalam petunjuk.

(Surah Taha, ayat 82)

in sha Allah sedikit perkongsian dari ifah untuk sahabat pembaca sekali, semoga menjadi ikhtiar buat semua. Yang mana baik, silakan ambik dan yang buruk campak jauh-jauh ye :)

alkisahnya bermulaaa.....

Raya baru-baru ni, time ifah buat open house, alhamdulillah ifah terima kunjungan daripada saudara mara dan tak lupa jugak ada sahabat-sahabat lain yang datang berkunjung. And u know what, kejutan buat ifah bila dikunjungi oleh sahabat time main masak-masak dulu *zaman kecil-kecil ^_^ apa yang membuatkan ifah terkejut ialah her image, personality which was totally changed !

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.

Rasa terkejut dan gembira yang tak mampu terungkap. what happened actually? ifah cuba dekati dia. time tu rasa macam tak percaya lagi dengan penampilan dia yang sekarang. jauh beza dengan dulu.

mana taknya,
kalau dulu, dia seorang yang sangat suka makeup, kalau takada makeup terconteng kat muka, memang tak sah but now she was changed ! muka dia sangat suci dari kotoran make-up, and now terpancar her natural beauty. dia dah memang cantik n now lebih-lebih lagi :)

kalau dulu jugak, pakaiannya selalu tak cukup kain. tak habis dengan itu, dia rembat pulak baju adik-adik. kita yang tengok ni pon naik sembat. but now, everything was different ! dia datang dengan berjubah dan bertudung labuh. MashaAllah, sejuk dan tenang mata memandang.



ifah cuba selidik, apa yang terjadi hingga dia boleh berubah 360 darjah ni selain kita tahu sememangnya tu hidayah Allah tapi pasti ada asbabnya kan. So, dia cerita serba sedikit bahawasanya dia tergerak hati nak berubah sejak dia kerja dengan syarikat perpustakaan yang mencetak kitab-kitab agama.

alhamdulillah, siapa sangka dengan pekerjaan boleh menjadi asbab kita berubah. sungguh hidayah itu milik Allah. siapa tahu dia yang sebelum ni kita pandang jelek, sekarang mungkin jauh lebih baik dari kita. sekelip mata, yang berada dijalan yang bengkok mampu kembali lurus. Hebatnya kekuasaan Dia kan.

Doa ifah semoga sahabat ifah tu kekal istiqomah dalam penghijrahannya dan semoga sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. in sha Allah, aamiin :)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya."

(Surah Al-Kahf, ayat 17)

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

***********************************************************************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.


PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
                         
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

.:: Hilangnya Janji ::.


Kebanyakkan kita berjanji bila keadaan tu tak berlaku lagi.

Kita berjanji akan setia.

Kita berjanji kita akan tetap sama-sama.
Kita berjanji kita akan maintain-kan apa yang kita rasa sampai bila-bila.
Kita berjanji semuanya akan sama.
Kita berjanji yang kita tak boleh tak ada sesama kita.

Dan masa pun berlalu.
Tuhan mula uji satu persatu.
Adakah kita masih macam dulu?
Adakah rutin kita masih sama macam selalu?
Adakah kita masih bercakap dan berbual macam dah tak cukup waktu?
Adakah kita ni masih relevan untuk bersatu?
Walau macamana kita mempertahankan kenyataan bahawasanya tak ada apa yang berubah termasuklah sayang.. Tapi percayalah, orang yang kita taburkan janji-janji dulu paling senang nampak apa yang berubah.

Mungkin masa berjanji tu kasih sayang tengah berada di puncak, seminit pun rasa rindu, tak jumpa 2-3 hari pun rasa hidup bercelaru habis dah. 

Tapi mungkin satu yang mungkin kita lupa.
Kita lupa untuk berjanji dengan PENGHARAPAN. PENGHARAPAN kepada siapa? 
Kepada yang membenarkan setiap janji itu tertunai dengan izin dan rahmatNya.

Saat itu, pabila janji mula dimungkiri, hati mula memberontak mempertikai itu ini.
Ujian itu sebenarnya supaya kita mengetahui bahawa Allah Rabbul Izzati sangat tidak menyukai hambaNya yang berharap selain daripadaNya

Maka itu DIA menghalangi dari janji itu tertunai dan ianya semata-mata agar kita kembali megikat janji setia pertama kalinya kepada yang mengaburkan janji.

Maka itu, berhentilah berjanji tanpa rasional hingga mengenepikan Yang Maha Mendengar,
berjanjilah dengan namaNya dengan sepenuh ikhlas dan PENGHARAPAN

Kita, mungkin tak berubah.
Tapi keadaan yang berubah.
Al-fatihah buat diri sendiri.

Ainun Mardhiah (Bidadari Tercantik di Syurga)


Ainul Mardhiah ialah seorang bidadari yang paling cantik di syurga yang Allah ciptakan untuk sesiapa yang mati syahid berjuang di jalanNya. Secara bahasa Ainul Mardhiah bererti mata yang diredhai. Setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keridhaan di hati. Subhanallah :)

Kisah Ainul Mardhiah diceritakan dalam Hadits Nabi riwayat Tirmidzi : 

Ketika pagi hari di bulan Ramadhan, Nabi sedang memberikan targhib (semangat untuk berjihad) kepada pasukan Islam. Nabi pun bersabda, 
"Sesungguhnya orang yang mati syahid karena Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di surga". 
Salah satu sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi penasaran. Namun, karena malu kepada Nabi dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini tidak jadi mencari tahu lebih dalam mengenai Ainul Mardhiah.
Waktu Zuhur sebentar lagi, sesuai sunah Rasul, para sahabat dipersilakan untuk tidur sejenak sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya pun sahabat yang satu ini tidur terlelap dan sampai bermimpi. 
Di dalam mimpinya dia berada di tempat yang sangat indah yang belum pernah ia kunjungi sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik yang belum pernah ia lihat sebelumnya. 

Ia pun bertanya kepada wanita tersebut,
"Di manakah ini?". 
"Inilah surga.",jawab wanita itu. 

Kemudian sahabat ini bertanya lagi, 
"Apakah Anda Ainul Mardhiah?". 
"Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau Anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang beristirahat di bawah pohon yang rindang itu." 
Didapatinya oleh sahabat itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali lipat dari wanita pertama yang ia lihat. 
"Apakah Anda Ainul Mardhiah?" 
"Bukan saya ini penjaganya. Kalau Anda ingin bertemunya di sanalah singgasananya." 
Lalu sahabat ini pun pergi ke singgasana tersebut dan sampailah ke suatu mahligai. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat dari wanita sebelumnya yang sedang mengelap-ngelap perhiasan. Sahabat ini pun memberanikan diri untuk bertanya. 

"Apakah Anda Ainul Mardhiah?" 
"Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya penjaganya di mahligai ini. Jika Anda ingin menemuinya, temuilah ia di mahligai itu." 

Pemuda itu pun beranjak dan sampailah ke mahligai yang ditunjukkan. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat dari wanita sebelumnya dan sangat pemalu. Pemuda itu pun bertanya. 

"Apakah Anda Ainul Mardhiah?" 
"Ya, benar saya Ainul Mardhiah" 

Pemuda itu pun mendekat, tetapi Ainul Mardhiah menghindar dan berkata, "Anda bukan seorang yang mati syahid." 
Seketika itu juga pemuda itu terbangun dari mimpinya. Dia pun menceritakan ceritanya ini kepada seorang sahabat kepercayaannya yang dimohonkan untuk merahasiakannya sampai ia mati syahid. Komando jihad pun menggelora. Sahabat ini pun dengan semangatnya berjihad untuk dapat bertemu dengan Ainul Mardhiah. Dengan izin Allah beliau pun akhirnya mati syahid. 
Di petang hari ketika buka puasa, sahabat kepercayaan ini menceritakan mimpi sahabat yang mati syahid ini kepada Nabi. Nabi pun membenarkan mimpi sahabat muda ini dan Nabi bersabda, "Sekarang ia bahagia bersama Ainul Mardhiah". 

Agungnya Ainul Mardhiah ini pun menginspirasi kumpulan nasyid UNIC untuk menciptakan lagu khusus dengan judul Ainul Mardhiah dengan lirik yang sangat menyentuh hati.
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

.:: JODOH adalah CERMINAN DIRI ::.



Seandainya Kamu Menjaga Iman, Solat, Akhlak dan Ikhtilat, In shaa Allah Jodohmu Begitu Jugak.
Seandainya Kamu Sedang Memperbaiki Diri, Maka Jodohmu Juga Sedang Memperbaiki Diri. 
Ingin Yang Baik, Ubah Diri Kita Dahulu Dan Berusaha Jadi Yang Baik. In shaa Allah. 
~Inni Akhafullah~

“Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.” 
(QS. An-Nur: 26). 

so, jom jadi yang lebih baik ^_^ tapi ingat ! niat tu biar betul nah. niat tu biarlah bukan sekadar nak dapat jodoh yang baik tapi nak dapat tempat di mata-Nya, nak raih mardhotillah :) sebab, 1 yang kita kena ingat. berubah kerana makhluk itu tak kekal lama tapi berubah kerana Allah itu in sha Allah one day Dia akan hantar orang yang baik-baik untuk kita. in sha Allah :)

.:: Raya 2015 ::.


Salam Syawal & Salam Aidilfitri sahabat semua ! تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ :)

alhamdulillah, hari ini baru ifah berkesempatan nak post tentang raya tahun ini. btw, alhamdulillah raya tahun ni sangat sangat meriah dan seronok bagi ifah. nak tahu kenapa? hah, meh nak cite ^_^

firstly, alhamdulillah sebab dapat ahli keluarga baru. yeayyy ! alhamdulillah, ahmad aryan akashah nama diberi. he is actually my first #fruitson. nak tahu lebih lanjut tentang my sweet handsome akashah? boleh tekan sini ^_^

kashah pon pandai selfie jugak macam uncle & aunty semua :P


secondly, sebab only in this raya, ifah buat 3x open house. Allahu, penat takyah sebut la, memang penat to infiniti, huhuhu *hiperbola lagi :D tapi alhamdulillah penat tu sangat sangat berbaloi sebab boleh eratkan ukhwah antara saudara dan sahabat yang dah lama tak bersua. now, in sha Allah ifah kongsikan sedikit memori sepanjang ketiga-tiga open house ifah tu. lets check it out ! :)


RAYA PERTAMA 
#1syawal

half of my big famili :)

 red & maroon in the house :)

 incomplete sibling without my second brother :/



RAYA KEEMPAT 
#4syawal

sahabat sekolah rendah

we're the geng




RAYA KEENAM
#6syawal

sahabat alumni dr uitm arau :)

bergambo bersama tuan rumah 

liqo dirumah kak afiah

thats all sedikit sebanyak kisah Raya 2015 yang mampu ifah share dengan semua. in sha Allah, ada rezeki ifah share lagi dalam next entri okei. sekali lagi, Salam aidilfitri, jangan lupa puasa 6 jugak yer :)

Dari Abu Ayyub al Anshari RA, Rasulullah SAW bersabda : 

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawwal, maka dia seperti puasa sepanjang tahun”. 
[Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Dawud, at Tirmidzi, an Nasaa-i dan Ibnu Majah].

Uhibbuka Ahmad Aryan Akashah

Bismillahirrohmanirrohim...

in sha Allah dikesempatan yang ada ni, ifah nak share sedikit berita gembira dengan antum semua. alhamdulillah, hampir 4 bulan yang lepas ifah officially become ciksu! yeayyyy! alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. hati rasa gumbira yang amat sangatt. kalah parent dia pulak kan, ehehehe. almaklumlah kita anak bongsu, tak ada adik. tu yang over load excited :D 

jujurnya awal-awal tu timbul la jugak rasa tak percaya yang ifah dah ada anak menakan *bahasa org utaqa tapi tu lah, syukur alhamdulillah rezeki famili Wansri tahun ni dengan bertambahnya seorang lagi ahli baru ^_^

alkisahnya alhamdulillah tanggal 12 April 2015, jam 5.44ptg dengan berat 3.47kg lahirnya seorang lagi khalifah Allah yang diberi nama Ahmad Aryan Akashah bin Mohd Khalid :) akashah dilahirkan dengan cara normal di Hospital Kulim dan alhamdulillah kak nadia(kak ipar) pun tak mengalami apa2 kesulitan time lahirkan akashah.

so, nak tahu tak asal usul nama akashah yang panjang tu? inilah alkisahnyaaaa :) 

Ahmad, nama ini hasil persetujuan 1 famili sebab macam yang kita tahu, asal usul nama ahmad/muhammad itu adalah dari nama junjungan besar Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW. in sha Allah, dengan berkat nama baginda, moga akashah jadi hamba yang soleh, aamiin :)

Aryan tu pulak pilihan parent dia sendiri yang memberi maksud kekuatan/kuat.

last sekali, Akashah. nama ini dipilih oleh parent ifah a.k.a tok ma & tok ayah kepada akashah. mama ifah ambil nama ni sempena nama sahabat Nabi yang dijanjikan syurga.

okei la, sebelum ifah tutup entri untuk kali ni, ifah lanja sikit gambo akashah nah. lets check it out ^_^

tadaaa! holaa aunty & uncle, nama saya ahmad aryan akashah ^_^
**akashah umur sehari**

akashah & ciksu
**1/5/15 (hari cukur akashah)**

akashah datang melawat tok ma & tok ayah
**umur 2bulan**

akashah & ummi
**3hari nak masuk 3bulan**

akashah & tok ayah
**hari raya 2015**

last dari ciksu, uhibbuka my little boyfriend, Ahmad Aryan Akashah. moga membesar jadi anak yang soleh buat abi dan umi dan hamba yang taat pada Tuhannya, in sha Allah aamiin. moga jugak kalau ada rezeki, jadi seorang hafiz ye sayang ^_^