.:: Uhibbuki Fillah ::.

Sering aku mendengar kata ini “Cinta”, bahkan mungkin sejak masih hingusan. Tapi kata “Cinta kerana Allah” aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah. Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu? Jika sekarang aku mengatakan “Temanku, aku mencintaimu kerana Allah”,

Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku? Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan? Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu… Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah… Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu… Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu... Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu… Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh… Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu... Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu… Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu… Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu… Ketika aku menjaga rahsiamu… Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan…

Dan ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan…
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Teman, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”? Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah… aamiin.

Nabi SAW bersabda :
“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

November 7, 2012 at 5:27pm