Segmen : Pencarian Bloglist SETAHUN by ifah dafila


TAMAT

Selamat petang semua ! memandangkan ifah baru jer re-new blog ifah. in sha Allah, kali ni ifah nak anjurkan Segmen Pencarian Bloglist SETAHUN yang 100% sponsornya dari ifah sendiri. segmen ini akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori MUSLIMIN dan MUSLIMAT. so, automatiknya pemenang juga terdiri dari 2 kategori iaitu 6 orang blogger muslimin dan 6 blogger muslimat. pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL dan RANDOM

Tujuan ifah adakan segmen ini untuk mengeratkan lagi ukhwah fillah antara para blogger disamping untuk memudahkan ifah ber-blogwalking blog korang. hopefully, segmen ni mendapat sambutan. okei la, dengan lafaz BISMILLAH, ifah memulakan segmen ni, jemput join yer :)
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Blogger Malaysia
  • Follow blog ifah (di sidebar)
  • Follow twitter ifah *kalau sudi :)

  • Klik button love di bawah ni (pliss clear cookies dulu dan tunggu habis loading, LIHAT TUTO)
  •         
  • Buat entry bertajuk "Segmen : Pencarian Bloglist SETAHUN by ifah dafila"
  • Copy URL banner dan backlink pada entry ini
  • Tinggalkan link entry anda di komen ENTRY INI SAHAJA. DONE ! :)
HADIAH
Top Referral x2 (Muslimin/Muslimat) : Bloglist SETAHUN+Review blog SEMINGGU+Badge KHAS+topup RM5 *bergantung pada jumlah peserta
Random x 10 (Muslimin/Muslimat) : Bloglist sebulan + Review 3 hari

TARIKH TAMAT : 31 Ogos 2013


 nak jadi TOP REFERRAL? apa tunggu lagi, rajin-rajin la promote yerr. nak tag sahabat blogger anda pon boleh, tapi nanti kasi tahu dia eaa. wassalam :)

Segmen : Deno Short Giveaway



TAMAT : 31 Ogos 3013

KLIK PADA BANNER

4 Kemalangan dalam sekelip mata ONLY di GERIK *-*

alhamdulillah, walaupun perjalanan kali nih berlaku sedikit kesulitan pada mulanya, ifah dan famili selamat tiba di perlis dengan selamat ^_^ hah, nak story jugak ni. sepanjang perjalanan ifah dari kelantan ke perlis, dalam waktu yang pendek, HANYA di gerik jer ifah terserempak dengan 4 kemalangan yang berbeza lokasi. ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa takutnya ifah rasa time tuh. dengan keadaan yang berkabus, jalan licin, hujan lebat, sejujurnya saat tu hanya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa *-* 
okei lah, meh ifah nak story mory sikit sal 4 accident yang ifah cakap kat atas tuh. first accident, melibatkan 3 buah kenderaan kalau tak silap ifah, 2 buah daripada kenderaan tuh hancur teruk dalam gaung dan yang lagi sebuah, hanya remuk sedikit dibahagian enjin kereta. second accident nih melibatkan kereta myvi putih yang memang totally scary sebab ianya berlaku bak kata orang masih 'hot' lagi dan paling tak sangka kebetulan masa ifah lalu area situ, mangsa a.k.a driver kenderaan tuh tengah panjat keluar dari kereta dia, huhs ! pape pon hopefully, dia tak mengalami pape kecederaan serius, aamiin ! third accident nih melibatkan kereta proton vios yang terbabas dalam longkang tepi jalan. alhamdulillah, sekilas yang ifah sempat lihat tuan empunya kereta tuh dalam keadaan yang selamat jer. last accident pulak melibatkan 2 buah treler minyak bertembung dan masuk dalam gaung. time ifah lalu area accident tuh, pihak bomba tengah berusaha nak angkat tangki treler tuh menggunakan train. pape pon, semoga Allah permudahkan segala usaha mereka, aamiin !
okei lah, dah panjang lebar ifah story sal pengalaman hari ni, sekarang masanya tok berehat. homestay pilihan famili ifah ialah Homestay Sri Idaman, Kangar, Perlis. alhamdulillah, harga sewa pon berpatutan disamping services yang not bad laa. ifah tinggalkan korang dengan pic homestay yang ifah tinggal yang sempat ifah snap yer, wassalam :)
BILIK TIDUR PEREMPUAN. kain sembahyang disediakan, xcaye tengok kt cermin almari tu hah :D


BILIK TIDUR LELAKI


RUANGAN DAPUR, luas dan santai jer :)


RUANG TAMU. err, okei tolong abaikan gambar abg ifah yg tgh khusyuk tgk tv tuhh ;D


PORCH KERETA

Reunion geng KLATEY F2P1

holaa semua ! hohohoo, baru semalam ifah update tentang reunion di Teratak Naim, review entri klik SINI dan in sha Allah untuk entri kali nih, ifah nak update lagi tentang reunion, tapi kali ni dengan geng KLATEY F2P1. apa itu F2P1?? haa, itu nama praktikum ifah semasa di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. ada paham?? :D so, oleh kerana hari nih ifah tak berapa ada mood nak berceloteh panjang, ifah tinggalkan entri nih dengan foto kenangan reunion ifah dan geng Klatey F2P1. sudi-sudikan diri tok tengok foto ni yerr :)
ana uhibbuki fillah, in sha Allah :')
liena dan dini
geng NAKAMA yang tak cukup sorang ahli. heart all of you ! :')
otw lunch at Tarbus restoran. drive by ustaz nije :)

tu jer fotonya ifah?? ciput sangat, lol ! ehehehe, maaf la korang. ni jer yang ifah sempat upload tok hari nih sebab lappy buat perangai lagi *-* in sha Allah, ada masa yang terluang nanti dan lappy pon dah okei, ifah upload lagi eaa. tataa ! syukran jiddan sudi jenguk entri yang tak seberapa nihh, wassalam :)

Reunion dan Jamuan Hari Raya di Teratak Naim ^_^

alhamdulillah, syukur sangat kehadrat ILAHI sebab hari ni ifah berkesempatan tok berkumpul balik dengan sahabat-sahabat lama dan guru-guru masa menuntut di SMKA NAIM LILBANAT. walaupon ramai jugak yang tak boleh join berikut masing-masing ada kerja dan sesetengahnya masih di menara gading, tapi syukur majlis nih berjalan dengan lancar dan dapat sambutan yang menggalakkan dari guru-guru. tak larat nak cakap banyak, ifah tinggalkan korang dengan beberapa foto ifah, sahabat-sahabat dan guru-guru yang sempat ditangkap sebagai memori sempena majlis nih berlangsung. lest check it out ! ;D

sahabat seperjuangan ^_^

with mudiroh Teratak Naim 
reramai with our mudiroh yang sporting ! ;D

antara guru addmath terBAIKKK di Teratak Naim. Love you teacher !! <3

with cikgu azimah yang lemah lembut, admire you forever ! :)

guru kimia yang paling SPORTING di dunia ! heart you sir <3
with my BFF Naim, lama tak jumpa. rindu gilerr kot ;D

tasnim, gadis tertinggi dalam batch ifah. semua cikgu mesti ingat dia :D

kiah, sahabat yang paling baik dan mudah didekati :D

kami ada duit raya, korang ada?? ;D

i heart this picture alot ! ;D

ada gaya pro fotoghapher tak, ahaha :D

ukhwah fillah abadan abada, in sha Allah ;)

simbol 7 for batch 7-eleven <3

Give me FIVE ! 

no caption ! :P

lambang R4BIA !

peace ! ;D

semoga ukhwah kita tak akan pernah tamat sampai detik ini sahaja. in sha Allah, andai ada masa dan ruang, kita jumpa lagi okei ! heart all of you ! ukhwah fillah abadan abada. gonna MISS this moment :')

Sharing is Caring #Part 1

Salam berhujung minggu semua. in sha Allah, entri kali ni ifah nak kongsi kan sesuatu yang bermanfaat buat saudara seislam ifah. zaman sekarang tak mustahil bagi kita semua untuk mememiliki handfone yang canggih bertaraf seperti galaxy s4, iphone dan sebagainya kerana sememangnya kecanggihan gadget zaman sekarang untuk kita(umat ISLAM), jadi gunakanlah kelebihan yang kita ada ni untuk terus mencari MARDHOTILLAH, in sha Allah.

okei la, tipu kalau dah ada handfone korang tak download pape aplikasi kan? so, in sha Allah disini ifah nak sharekan 1 aplikasi yang sangat berguna tok kita(umat ISLAM). kepada yang ada niat nak download aplikasi AL-QURAN, ifah cadangkan korang download aplikasi IQURAN LITE. nak tahu kenapa ifah cadangkan aplikasi tuh? mestilah sebab ianya terbaik *bagi ifah la nak tahu apa yang terbaik, in sha Allah di bawah ni ifah kongsikan kebaikan aplikasi tu yang terbaik bagi ifah
KEBAIKAN IQURAN LITE 
  • semestinya, korang boleh baca Al-Quran dimana sahaja atau bila-bila jer 
  • free of charge *ni yang penting ;D
  • boleh download suara bagi setiap surah
  • boleh NOTE-kan ayat yang korang rasa penting
  • setiap hari jumaat, application ni akan ingatkan untuk baca surah Al-Kahfi

Haa, amacam? hebatkan aplikasi ni. banyak lagi kebaikan yang kita boleh dapat dari aplikasi tu, in sha Allah. bagi ifah, amat rugi bagi kita terutamanya umat ISLAM, tak memanfaatkan peluang nih sebaiknya. wassalam~ :)

 rupa aplikasi IQURAN LITE

'Terharu Ayah Terima Saya Anuti Agama Islam'




Ipoh : 'Saya terharu dan terkejut apabila ayah tetap menerima saya walaupun saya memilih untuk menganut agama Islam' kata seorang mualaf Muhamad Haikal Abdullah.

Muhamad Haikal, 20 berkata, keputusan diambil untuk menganut agama Islam pada 2011 itu dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapanya kerana dikhuatiri bakal mendatangkan perbalahan

Saya mula menganut agama Islam sejak berusia 18 tahun dan ia hanya diketahui beberapa rakan baik

"Namun selepas beberapa bulan menganut agama Islam, perkara itu akhirnya diketahui oleh mereka apabila melihat saya mengerjakan solat Maghrib di dalam bilik", katanya pada majlis berbuka anjuran Persatuan Cina Muslim Negeri Perak, baru-baru ini.

Menurut Muhamad Haikal, pada mulanya mereka agak sukar menerima keputusan terbabit, namun apabila diterangkan secara baik, ibu bapa saya mula menerimanya dengan hati terbuka.

Ditanya mengenai pengalamannya berpuasa, Muhamad Haikal berkata, dia sudah mula berpuasa sejak berumur 13 tahun lagi ketika dia masih belum memeluk Islam.

Menurutnya, dia mengakui agak sukar untuk mengerjakan ibadat puasa pada peringkat awal, namun atas dorongan rakannya yang lain, dia berjaya menyempurnakannya.

**Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! alhamdulillah, syukur kehadrat ILAHI, bertambah lagi seorang saudara seislam kita. jom berdoa semoga Allah memperteguhkan iman saudara baru kita ni dan mampu menjadi seorang muslim yang sejati, aamiin ! :)

Jamuan Raya Office Ayah, Permai Chalet ;D

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua ! entri kali ni tak menarik pon, tapi just nak share dengan sahabat reader yang sudi skodeng dan baca entri ifah. hari ni, jumaat bersamaan 23 Ogos 2013, pejabat ayah ifah adakan majlis jamuan hari raya di Permai Chalet, Bachok, Kelantan. so, sebab ifah dan kakak-kakak ifah free, kitaorang ikut ayah join majlis tuh. actually, majlis ni lebih kepada jamuan hari raya beserta sekali jamuan hari keluarga bagi pejabat ayah, jadi banyak acara yang melibatkan kanak-kanak dipertandingkan. tapi bagi kami yang dah besar gedabak ni, hanya mampu tengok dan makan-makan jelar, ehehehe. uhh, rasa tak larat nak ngobrol panjang-panjang, ifah tinggalkan entri ni dengan beberapa gambar ifah sepanjang join majlis tu tadi. jemput skodeng yerr, wassalam ;D



Senarai Peserta Segmen : Pencarian Bloglist SETAHUN by ifah dafila

SENARAI PESERTA

Isu Syria : Tangisan 21 Ogos 2013 :'(

Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! tanggal 21 Ogos 2013, kita telah dikejutkan lagi dengan kekejaman Assad terhadap ribuan rakyat Syria yang tak bersalah, dan kali ini mereka menggunakan senjata kimia sebagai taktik untuk menyerang saudara kita disana. Allahh, betapa kejamnya mereka. ibarat langsung tiada rasa kemanusiaan dan perasaan dalam diri. semoga darah para syuhada' dan ribuan umat islam yang tak bersalah menjadi laknat kepada mereka, tentera As-Sisi, aamiin ! ifah tak nak cakap banyak lagi, in sha Allah dibawah ni ifah kongsikan beberapa gambar yang ifah dapat dari laman sosial Facebook berkaitan isu ini. biar gambar berbicara :'(
Seorang ibu yang mencari jenazah anaknya di Irbeen, Syria selepas serangan menggunakan senjata kimia yang membunuh ribuan rakyat Syria yang tidak berdosa. (Pinggir Bandar Damsyik)

MAHU atau TIDAK , Ayah ini tetap redha menghantar anaknya ke syurga. Allah :'(

Assyahid termuda berusia 15 hari dalam pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata kimia oleh Assad. (Pinggir Bandar Damsyik)

serangan Assad menggunakan senjata kimia semalam memang disasarkan ke arah penempatan orang awam yang sebahagian besarnya terdiri dari wanita dan kanak-kanak.

1187 syahid direkodkan setakat hari ini ( 21 Ogos 2013)

Allah ! Allah ! Allah ! setakat ni dulu gambar dan sedikit info yang ifah mampu kongsikan buat tatapan sahabat semua. ambil lah ikhtibar dari apa yang terjadi. persiapkan lah diri kita dengan ilmu secukupnya untuk menghadapi ujian yang makin mencabar.  lastly, dalam setiap sujud terakhir kita dan doa, jangan lupa mendoakan para syuhada' dan pejuang islam yang terus-terusan berjihad fisabilillah. dan semoga jugak Allah melindungi saudara seislam kita yag tak berdosa disana, aamiin ! semakin kau bunuh saudara seislam kami, semakin kami bangkit ! Allahuakhbar !