Tips Nak Atasi Sifat Amarah/Tak Puas Hati


Holaa sahabat readers ! In sha Allah, inspirasi dari Ilahi tok kali ni ifah nak kongsian 1 penyelesaian yang ifah amalkan untuk mengatasi sifat amarah/tak puas hati pada seseorang dan Alhamdulillah ianya berhasil tok diri ifah. So hopefully, ianya juga berhasil tok korang sahabat yang ifah sayangi Lillahitaala. SHARING IS CARING ;-) 

1.  Elakkan bersama dengan dia buat sementara waktu
Seperti yang kita tahu, bila sifat amarah atau rasa tak puas hati itu datang, secara langsung kita tak mampu nak atasi emosi kita pada tika itu so tak mustahil kalau kita stay pada situasi tegang tersebut, perkara yang lebih buruk seperti pergaduhan atau pertengkaran bakal terjadi.

2.  Ambil wudhuk
Wudhuk itu sendiri kalau kita faham maksudnya menyucikan diri daripada kekotoran zahir mahupun batin.  so, pentingnya semasa berwudhuk, selain baca niat ambil wudhuk, sertakan sekali niat dalam hati dalam kita menyuci seluruh anggota badan kita. KLIK SINI, untuk lihat niat ketika berwudhuk.

3.  SOLAT dengan KHUSYUK
Sebelum menunaikan solat, mulakan dengan istighfar beberapa kali dan selawat keatas Nabi SAW. Ini sebagai cara kita nak mencari balik ketenangan sebelum memulakan solat. Tika solat, cuba hayati betul-betul maksud bacaan dalam solat dan in sha Allah, permasalahan yang kita hadapi tadi tak akan mengganggu konsentrasi kita dalam solat

4.  Baca Al-Quran dengan KHUSYUK
Sejurus menunaikan solat fardhu atau sunat, ambil sedikit masa untuk membaca kitab suci al-Quran. Sungguh ifah nyatakan, dalam solat dan membaca al-Quran kita kan rasai satu perasaan yang amat amat amat tenang. Baca dengan penuh toma’ninah dan semangat, in sha Allah masalah yang kita hadapi tadi akan lenyap seketika

5.  Fikir dengan HUSNUZON, fikir Allah sedang menguji IMAN kita
Sungguh ifah akui nak ber-HUZNUZON saat emosi kita terganggu memeng agak susah kan tapi tak mustahil kalau kita tekad untuk melakukannya. Ingat sahabat ! Allah itu Maha Adil, tak akan DIA jadikan sesuatu itu tanpa hikmahnya yang tersendiri. Perbanyakkan istighfar tika prasangka buruk yang kita fikiri.

6.  Muhasabah diri
Cuba fikir balik sikap peribadi kita seharian, mungkin tanpa kita sedari kita juga pernah sakiti hati insan lain. So, jangan mudah menyalahkan orang lain 100%, kita sendiri ada kurang dan salahnya. Cuba perbaiki diri sebagaimana kita nak orang lain turut melakukan perkara yang sama.

7.  Cari jalan penyelesaian yang baik
Masalah pergaduhan/perselisihan faham tak akan settle kalau salah seorang tak mengalah, betul tak? Yes ! ifah tahu, setiap dari kita punya sikap ego yang sangat tinggi. Paling susah tok kita mengucapkan kata maaf kepada orang lain kan, lebih-lebih lagi ianya ternyata bukan salah kita. Honestly ifah cakap, walaupon pada permulaannya susah untuk kita memulakan suatu kebaikan itu tapi lepas je kita melakukannya, kita akan rasa subhanallah perasaan yang sungguh aman dan tenang. ingat teman, takpe kita jadi loser di mata orang, asal kita jadi winner dimata Allah :)


Mabruk ! Kak Maria Elena Dapat Baby Girl :)

holaa sahabat readers ^_^ okei, straight to the point, menjadi rutin harian ifah bila dah ada dapat line wifi tuh, cepat-cepat buka instagram semata-mata nak skodeng pic baby boy kak Dena Bahrin dan baby girl kak Irine Nadia yang mashaAllah comel dan cun melucun sangattt. tapi you know that, hari ni buka jer instagram woww ! macam tak percaya, ifah jumpa gambar nih laa ;D 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaa ! haa, korang kenalkan siapa gerangan lelaki tuh? yuppp! tu la suami kak Maria Elena, antara blogger  dan vlogger terkenal. tapi baby siapa yang dia dukung tuh? haa, nak tahu jawapannya, baca noti ig kak Maria yang ifah screencapture khas tok korang ;)


alhamdulillah ! rupanya tu baby kak Maria dan suami. waahhh ! mabruk jiddan kak Maria Elena sebab dah selamat bergelar ibu kepada seorang puteri yang comel ni. ifah doakan semoga baby girl kak Maria Elena menjadi anak yang solehah suatu hari nanti, aamiin ! tak sabar nak tengok gambar baby girl kak Maria yang seterusnya. keep waiting !! ;D 


Keburukan Pearl atau Bubble Tea


salam hujung minggu sahabat readers. in sha Allah, inspirasi tok kali ni ifah nak share 1 lagi info yang amat penting tok pengetahuan korang semua. honestly sebelum ni ifah pernah terdengar ura-ura mengenai keburukan pearl or bubble tea, tapi ifah masih teragak-agak tentang sesahihan tersebut. so, lepas baca beberapa sumber artikel berhubung kes nih, hasilnya korang boleh baca sendiri. semoga perkongsian ni dapat membuka mata korang untuk membuat pilihan yang lebih elok :)

  1. Memakan pearl atau bubble tea adalah sama dengan memakan plastik kerana Pearl dibuat dari serbuk casava yang membawa kepada kerunan sianida.
  2. Protein Sekoi(Mullet) di tambah didalam ramuan pearl ini untuk menambah kekenyalan dan ketahanan pearl. Protein Sekoi(Mullet) ini adalah sejenis bedak plastik and again, it is a plastik!!! Plastik tidak boleh dihadam oleh badan kerana PLASTIK adalah TOKSIK maka ia akan menjadi bahaya didalam tubuh badan kita.
  3. Menurut pakar-pakar, terdapat banyak mineral berbahaya didalam penggunaan pearl ini antaranya plumbum, arsenik, tembaga dan banyak mineral berbahaya yang akan membawa kepada penyakit jantung dan pembuluh darah, Barah, Asma, memjejaskan IQ kanak-kanak dan lain-lain kombinasi penyakit yang merbahaya.


  4. Pengambilan berlebihan akan memberi pelbagai kesan kepada kesihatan kita seperti kerosakan buah pinggang dan sakit jantung.
  5. Bukan sekadar wujudnya karsinogen biphenyls aspolychlorinated, ada juga bahan lain seperti styrene, acetophenone dan brominated yang mana seharusnya bahan itu tidak ada dalam bahan makanan. Menurut pengkajinya, Manfred Moller bahan tersebut secara perlahan akan mengganggu kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf dan kekacauan sistem endorkin.
  6. Menghisapnya melalui sedutan yang besar, bebola kenyal itu akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Atas faktor kesihatan, Jerman sudah mula memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk itu.
bagi korang yang ingin mengetahui info yang lebih tentang pearl/bubble tea nih, boleh KLIK SINI. always remember ! islam sentiasa ingin yang terbaik buat umatnya, wassalam :)

AWAS KAUM WANITA !



56 wanita meninggal dunia kerana mereka menggunakan satu pad tunggal untuk satu hari. memakai pad sepanjang hari adalah tak selamat kerana bahan kimia yang digunakan dalam tuala Ultra ,yang menukarkan cecair ke gel. Ia menyebabkan kanser di dalam pundi kencing & rahim.

Jika masa penggunaan berpanjangan darah menjadi hijau & kulat yang terbentuk masuk ke dalam rahim dan badan. Oleh itu, sila cuba menggunakan pad yang diperbuat daripada kapas dan jika anda menggunakan pad ultra, tolong tukar dalam tempoh 5 jam, sekali.

AIIMS Kick-off "kanser payudara".
Cuci bra setiap hari. Elakkan memakai bra berwarna hitam pada musim panas. Jangan memakai bra semasa tidur. Jangan memakai coli di bawah wayar sangat kerap. Sentiasa tutup dada sepenuhnya dengan tudung atau selendang anda apabila anda berada di bawah pancaran sinaran matahari. Sila gunakan Deodorant bukan perspirant. Ini adalah satu mesej perkhidmatan awam dari Hospital Kanser Tata.

Tolong tidak berasa malu untuk menghantar mesej ini kepada wanita dan kanak-kanak lelaki juga supaya mereka boleh berkongsi dengan isteri dan rakan-rakan mereka, yang mereka sayangi. Kesedaran anda amatlah penting dan dihargai. silakan forward/copy mesej nih.

Niat Ketika Berwudhuk



Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

disini, ifah sertakan sekali doa selepas berwudhuk buat tatapan antum semua, moga Allah permudahkan segala urusan kita semua, in sha Allah. ISLAM itu INDAH ! ^_^