Final Piala FA 2013 (TRW vs JDT) ;D


assalamualaikum semua, apa khabar sahabat ifah sekalian?? hopefully sihat sejahtera hendaknya. so, straight to the point, ifah percaya kat laman sosial korang, facebook mahupon twitter, saat nih heboh kenalan korang duk update status pasal bola kan?? tak caye? ce online jap tengok. mungkin ada yang sampai nak gadoh-2,emh-2 ! apa laaa~ tak sporting langsungkan diaorang tu. bola, bola jugak, maruah diri, agama kena la jaga kan. btw, nak jugak tahu, korang sokong pasukan mana?? KELANTAN or JOHOR?? ifah sebagai anak jati kelantan semestinya SETIA dengan THE RED WARRIORS ! yeahhh, gomo kelate gomo ! siapa yang sokong kelantan, ce angkat tangan, kita geng ! ;D papepon sure saat nih jalan sekitar KL mesti sesak dengan penyokong setia dari kelantan dan johor. menjelang piala akhir Piala FA 2013 yang bakal berlangsung kurang 4 jam dari sekarang, ifah yakin banyak ramalan, baik dari penyokong mahupon jurulatih dari kedua-dua belah pihak telah dibuatkan. ada yang cakap kelantan akan menang dan ada jugak sebaliknya. pape pon bagi ifah, kedua-dua pasukan ada kehebatannya yang tersendiri dan sememangnya perlawanan malam nih amat sengit. tapi menang kalah suku kira. bila cakap menang, memang semua orang nak menang tapi apa guna menang kalau kedua-dua belah pihak mahupon penyokong sendiri ada yang tak puas hati kan. so, hopefully sebagai salah seorang penyokong bola, ifah berdoa moga perlawanan malam ni berlangsung dengan jayanya dan jujur tanpa ada permainan taktik kotor. harap jugak tak ada pergaduhan yang akan berlaku, in sha Allah. akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ! hikhik~ promote iklan kerajaan jap ;D ifah tinggalkan korang dengan sedikit detail tentang perlawanan malam nih yerr. jangan lupa tengok tau dan sama-sama kita sokong pasukan KELANTAN, hohohooo~

jenis perlawanan : Final Piala FA 2013
pasukan : Kelantan vs Johor (TRW vs JDT)
waktu : 8.40 malam
tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
saluran : TV2 dan Astro Arena 801

Penyokong menjadi saksi, BUKIT JALIL menjadi destinasi, dua pasukan punyai misi, Piala FA mahu dimiliki, KELANTAN FA tetap di hati ♥♥♥
"Hasbunallah wa ni'mal wakiil (cukuplah Allah menjadi Penolong kami & Allah adalah sebaik-baik Pelindung)." --QS.Ali'Imron:173--


Asal Usul Solat 5 Waktu ☼


salam jumaat buat semua sahabat ifah yang dikasihi. in sha Allah, sempena hari jumaat yang penuh barakah nih, ifah nak share sedikit info yang ifah jumpa tentang asal usul solat 5 waktu yang kita kerjakan sehari semalam. semoga info ni memberi sedikit sebanyak manfaat tok korang semua yerr. ingat !! SOLAT ITU TIANG AGAMA. Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisap oleh Allah Azza Wa Jalla pabila kita bangkit dipadang mahsyar nanti . jom sama-2 kita tengok+baca apa yang cuba ifah kongsikan kepada korang semua 



SUBUH :
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

# Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR :
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

# Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR :
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

# Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB :
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

# Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK :
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

# Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun..




4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA



Subhanallah, Maha Besar Engkau Ya Allah. terkejut pada mulanya bila baca tajuk artikel seperti dalam banner yang ifah tampal kat atas tuh. tu baru baca tajuk, tak baca lagi intipati+huraian artikel tersebut. paling sedih, bila disebut perkataan WANITA sebagai punca kaum adam masuk neraka, nauzubillah ! sedarkah kita, sejak azali lagi terciptanya kita oleh Rabbul Izzat berpasang-pasangan, bermaksud terciptanya hawa bersama adam. rela atau tak, sememangnya kaum adam memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. contoh terdekat yang boleh kita lihat, ayah kita sendiri. tanpa ayah, teramat MUSTAHIL tok kita lahir di dunia ni kan. justeru itu, tataplah balik wajah suci ayah kita. tanya pada diri, apakah sanggup kita menempah tiket neraka buat insan yang dah banyak berkorban buat kita selama ni? TEPUK DADA, TANYA IMAN~ [-_-]

"4 JENIS LELAKI YANG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA"

Pada hari akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu..
Siapakah mereka ini? Mereka adalah:

AYAHNYA.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak² perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak² perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

SUAMINYA.
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindakan isterinya. Bergaul bebas memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak pernah ditinggalkan, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

ABANGNYA.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang²nya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

ANAK LELAKINYA.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, ghibah, menggunj­ing dan sebagainya maka anak itu akan ditanya dan di pertangung jawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Allah SWT Berfirman:

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia, jin dan batu²...!!!"

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah swt berikan pada kita.


Short Segmen by Syiera !


Assalamualaikum 
 KLIK BANNER UNTUK JOIN !

HANYA SEMINGGU !!!  

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI

SABUN AQURA - 2x
WANG TUNAI RM 10 - 3x
BUKU ISLAMIK - 1x
BAWAL SATIN - 3x
NATURGO MASK - 1x
SHISEIDO WHITE MASK - 1x
INSTANT HIJAB - 3x

PEMILIHAN PEMENANG
100% RANDOM

GOOD LUCK !!!


|| KASIH HINGGA KE SYURGA ||



Ada sepasang suami isteri di mana isterinya adalah wanita yang sangat cantik tanpa cacat sedikit pun. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain.


Tidak lama kemudian, Si isteri dijangkiti penyakit kulit mengakibatkan kulit mukanya rosak teruk.

Pada saat itu, suaminya berada di luar negara. Dalam perjalanan pulang, suaminya kemalangan yg mengakibatkannya menjadi buta.

Dari hari ke hari..

Isteri yang pada mulanya cantik seperti bidadari berubah menjadi wanita yang sangat hodoh. Namun suaminya tidak dapat melihat.Mereka lalui kehidupan seperti biasa dengan penuh kasih sayang.

Selepas 25 tahun, si isteri meninggal dunia. Si suami sangat sedih sekali.

Selesai pengebumian, ada seorang pemuda menegurnya :
“pak cik buta, bagaimana pak cik mahu pulang sendiri?”

Si suami menjawab :
“Perlu kamu tahu bahawa selama 25 thn ini sebenarnya saya tidak buta.Semua itu saya lakukan agar tidak ada air mata dan kesedihan pada isteriku. Saya tahu wajahnya sangat menakutkan tapi itu tidak menjadi masalah kerana saya sangat mencintainya”


MasyaAllah, INDAHNYA cinta si suami kepada isterinya. alangkah beruntungnya seorang muslimah memiliki imam seperti si suami dalam kisah diatas ni. justeru itu, nak memilikinya tak susah, hanya perlu sedikit usaha iaitu jaga diri menjadi wanita solehah dan tawakal iaitu doa berterusan, in sha Allah DIA akan permudahkan segalanya. aamiin ! (♥♥,) 


Mid Year Giveaway by Fatin Diana


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Kelebihan Bulan Nisfu Sya'aban ☼



1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:
Pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 
4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah : Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
Sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya'ban Allah menambahkan air Zam Zam
8. Terbuka Pintu Langit 
Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu langit dan pintu rahmat dibuka dan Allah mengampunkan orang yang tidak mensyirikkannya. Riwayat menyatakan pada malam Nisfu Syaaban akan dibuka segala pintu langit ;
SUMBER : akuislam


Salam Nisfu Sya'aban ♥


Alhamdulillah ! Subhanallah ! Allahuakhbar ! Maha Suci ILAHI Rabbul Izzat, sedar tak sedar kita hari dah masuk pertengahan bulan syaaban kan, bersamaan jugak 15 Syaaban dalam kalendar Hijrah. Automatik jugak lepas masuk waktu maghrib tadi bermulalah yang dinamakan MALAM NISFU SYAABAN. wahh~ rasa baru jer masuk bulan Syaaban, berlalu bulan Rejab pon ifah masih rasa lagi. pape pon kepada semua sahabat muslim ifah, SALAM NISFU SYAABAN buat sahabat semua. sempena bukanya buku amalan kita yang baru nih, kita mampu lebih istiqomah menjadi hamba DIA yang lebih taat, aamiin ! ifah tinggalkan korang dengan sedikit info tentang AMALAN MALAM NISFU SYAABAN  

.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri).
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.
C. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.

sumber: shafiqolbu.wordpress

Si Meow Terima Padah? ╯.╰

Kalau korang masih ingat, baru beberapa jam lepas ifah usik korang sal makhluk yang tak diundang join ifah ber'facebook' tu kan. err~ mungkin sebab usikan yang membawa padah, lastly my 'meow' terima balasan?? eishh~ takk !! semua tu berlaku dengan izin-NYA okei. Balasan pe semua, tu DIA yang tentukan ◑_◐ hm alkisahnya lepas si meow 'menyibuk' dengan ifah, dia sambung aksi nakal dia ke sana sini. Ifah dan famili semua kat ruang tamu. 

So, nak dijadikan cerita. Kakak tetiba terasa nak p tandas, otw nak p tandas akak lalu sebelah mesin basuh dan tup-tup akak tengok seperti ada sometime sedang berpaut kat hujung dalam mesin basuh. my meow !!  (⊙▂⊙)  bayangkan dalam mesin basuh tu penuh dengan air, si meow yang masih kecik tenggelam dalam tuu. Akak cepat-2 angkat dia dan panggil kitaorang. Ya Allah sebak tak terkata time tuhh  (╥﹏╥) akak balut dia dengan kain, bila ifah try pegang dia masyaAllah menggeletar kuat dia seluruh badan. Akak lap seluruh badan dia, sementara tuh ifah pulak p iron kain tok balut dia. Nak bagi dia rasa hangat sikit. lepas balut dia dengan kain yang di'iron', ifah letak dia disisi ibunya dan cepat-2 dia hisap susu ibu dia. Alhamdulillah, mungkin hikmah susu ibu, badan si meow dah kurang menggeletar. huhs~ lega sangat !! dan paling menyeronokkan bila bangun pagi tadi, tengok si meow kembali aktif cam biasa. Alhamdulillah, syukur sangat ya Tuhan. Love you alot meow !! muaahhh~ (♥♥,) 

sebab terlalu kalut sampai tak sempat nak ambil gambar masa kejadian. so hasilnya meng'copy' gambar dr pkcik google tapi lebih kurang sama dengan the real one, beza hanya mesin basuh ifah ada air =='



my lovely 'meow'


Tetamu Tak di Undang Join Ber'facebook' (⊙▂⊙)


amaran ! kepada yang sedang ber'facebook' sekarang nih, sila tutup lappy anda sekarang ! baru sekejap tadi, time ifah duk asyik ber'facebooking', tetiba datang 1 makhluk yang tak di undang datang join ifah ber'facebook'. terkejut tak terucap ifah time tuh, terkedu seketika ! ifah sempat snap gambar benda tu ber'facebook', nak tengok?? jom ! **yang lemah semangat, better tutup mata dengan tangan dan intai antara celah jari kalau nak tengok jugak ^^ 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng ! jeng ! jeng !
nih dia makhluk tuuu~ tangkap diaa ! :D

**bila si meow join ber'facebook', ini la gamak nyerr**

jangan marah yerr, niat nak gurau ajerr. smile cket cam gini ! 




**comey nyer korang smilee :D **

Demam :'(


Haii semua, korang apa khabar?? doa ifah moga korang sentiasa sihat dan selamat dalam peliharaan DIA, aamiin ! :) sedar tak sedar dah 2 3 hari ifah tak aktif blog and laman sosial yang lain, berikutan kesihatan ifah yang tak berapa nak elok sekarang nih. demam+selsema sikit  ╯.╰  ni pon sebab rindu sangat dengan blog, tu yang gatal tangan nak on9 sat ٩(-̮̮̃-̃)۶ 

Hmm kalau korang perasan, cuaca sekarang makin tak menentukan, kejap hujan, kejap panas terik. boleh sakit kepala dibuatnya, bebudak kat taska yang ifah jaga pon ramai yang selsema dan demam, tu yang ifah pon turut sama berjangkit, LOL ! ^.^ tapi memang kesian sangat tengok diaorang dan kesian jugak kepada sesetengah ibu bapa yang sanggup skip kerja 2 3 hari sebab nak bawak anak diaorang p klinik. Tapi tak apa lah, anak kan tanggungjawab ibu bapa. Tu menunjukkan betapa sayang dan caring nya ibu bapa terhadap anak mereka kan  ♥‿♥ So, nasihat ifah tok korang, time cuaca tak menentu nih, jaga kesihatan elok-2 yerr. Banyakkan minum air kosong, kalau rajin makan la vitamin sikit yerr. Biar badan sentiasa bertenaga, sihat dan boleh protect diri dari sakit tapi ingatt !! tu semua hanya ikhtiar kita tao, sakit sihat pe semua datang dari-NYA. Pape pon syafakillah/syafakallah buat sahabat-2 yang mungkin sekarang nih senasib dengan ifah. Be strong okei, sakit itu ujian. sakit jugak penghapus dosa kita ◕ ‿ ◕ wassalam~


Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).  

Segmen Doodle Comel by Fizgraphic

segmen doodle?? wahhh !! menarikk~ nak join, nak join. comey kowt doodle nihh. jom mencuba nasib :D


KLIK ON BANNER
nickname : ifah dafila
warna baju : pink terang 
warna tudung : pink muda **sory ngengada cket ^^

TAG :

18 Sebab Jin Merasuk Manusia


Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.


Andai rasa diri ada ciri-ciri tersebut, cepat-cepat pergi SCAN dengan yang pakar yerr. pegang pada 1 hal, dia jugak makhluk Allah, tak perlu terlalu takot padanya. sesungguhnya kita sebaik-baik kejadian Allah SWT :)

PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD :')


Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “


Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]




Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda:


“Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.” 
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Selamat Hari Bapa ♥


Haii semua sahabat ifah blogger ifah yang cun melecun =D korang apa khabar? hopefully, semua sihat sejahtera. In sha Allah. so straight to the point, korang ingat tak apa yang istimewanya hari ni, tanggal 16/6/2013. Tak ingat?? eishh eishh, mehh sini nak ketuk kepala tu sikit **kidding kidding =D ada pulak tak ingat yerr. Hari ni HARI BAPA SEDUNIA la sayangg. So, apa tunggu lagi sayanggg sekalian?? yang belum wish kat ayah korang tuh, cepat-2 bangun dari depan lappy or komputer korang masing-2 and pergi serbu ayah korang and wish SELAMAT HARI BAPA !! alhamdulillah, wujudnya hari istimewa macam ni mengingatkan kita balik bahawa BAPA kita merupakan insan yang terpenting dan istimewa dalam hidup kita kan. tanpa pengorbanan BAPA and tak lupa jugak MAMA kita, maka automatik kita tak akan wujud didunia yang fana ni. So, peringatan dari ifah tok semua dan tok diri ifah sendiri, hargailah IBU BAPA kita selagi diaorang masih bernafas disisi kita. ingat !! BERKAT ALLAH BERGANTUNG PADA BERKAT IBU BAPA. disini, ifah jugak nak ambil kesempatan tok wish SELAMAT HARI BAPA kepada AYAH ifah, MOHD ASHRI. terima kasih ayah sebab jadi ayah yang terbaik tok ifah dan famili. terima kasih atas segala pengorbanan ayah tok kami. doa ifah moga ayah panjang umor tok terus beribadat kepada-NYA, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat-NYA, aamiin ! IFAH SAYANGG AYAH till JANNAH. muahhh~ 


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu membenci bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir. 

~(Riwayat Muslim)~

Segmen 24 HOURS by Nurul Nizam


CLICK on BANNER

due date :
 16 / 06 / 2013 jam 8 malam

Kerna Sekeping Kopiah



Diceritakan oleh Imam Muda Asyraf :

Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tp harus sedar diri. Tak cukup inci. 

Satu peristiwa yg membuatkan saya begitu kagum dgn seorang brader yg sy temui di surau KLIA.

Dlm salah satu harinya, sy solat di surau trsebut. Kemudian sy berselisih dgn seorang brader yg keluar dr surau dgn memakai kopiah. Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika sy pergi ke rak buku di surau tersebut, sy terlihat tergantungnya beberapa kopiah yg seakan2 menyamai kopiah yg dipakai brader sebentar td. Dlm hati sy terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"...

Namun, sy cuba perbetulkan sangkaan sy. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.

Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika sy di KLIA utk menyambut sedara pulang dr umrah, sy dipertemukan sekali lg dgn brader berkopiah yg sama dgn brader kelmarinnya. Sy tidak pasti, adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan. Yg pasti sy bkn ahli "dua alam".

Sy terus menyapa beliau. "Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?" Jawab beliau, "Sy tinggal di Batang Kali Selangor. Sy dtg sini sebab kelmarin sy terlupa. Bila sy solat, sy pakai kopiah surau. Lepastu terlupa nk pulangkan semula. Sebabtu sy dtg sini nk pulangkan semula"...

Terkejut biawak sy dibuatnya. Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA. Jaraknya dari Batang Kali ke KLIA dalam 103 KM menurut google maps. Dahla brader tu dtg semula ke KLIA naik motor shj. Beliau sanggup bawa motor berpuluh2 kilometer utk sekadar memulangkan kopiah cabuk yg diambil tanpa sedar.

Inilah contoh brader yg beriman. Dia tahu itu bukan miliknya.

Benarlah org yg beriman ia tak pernah tergugat utk mengambil harta yg haram. Walaupun ia bernilai 10sen sekalipun.

Itulah perbandingan org yg beriman. Kerana persoalan halal dan haram, seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yang bukan haknya, walau sebesar kopiah sekalipun. Berbanding org yg jauh dr keimanan. Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yg diambil haknya org lain bernilai jutaan ringgit sekalipun.

Ya Allah, jadikan kami insan yg warak.. Insan yg 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan...Semoga kami tergolong dalam insan yang Engkau lindungi ya Tuhan, aaminn ! 



Sesungguhnya, Allah tidak melihat bentuk badan dan rupamu, namun melihat pada niat dan keikhlasan hatimu.

(HR Muslim)