SCARY ! swear tak nak naik dah~ :-[


In sha Allah, kali nih ifah nak share story yang SCARY jiddan-2 yang ifah lalui kelmarin dan mungkin korang pon pernah lalui saat geting camni. Kalau ada sahabat blogger perasan, 2 3 hari lepas ifah tak aktif ber'blogging' sebab ifah heading to nilai, negeri sembilan. Ifah gerak pergi sana dengan bas jer, dan planning pada mulanya nak balik dengan flight tapi tak jadi sebab kakak ifah dah beli tiket bas K** .

Okei, dipendekkan cerita, permulaan otw nak balik pon dah tak brape nak elok. Apa tak nya, ifah dan family terpaksa tunggu bas tu 4 jam tau tak, 4 jam ! ya Allah, sakit hati betul. Pastu time duk dataran nilai tu pulak, ada pulak geng-geng mat rempit duk lepak kat situ dan terjadi satu situasi dimana ada beberapa orang geng mat rempit tu macam nak gadoh jerr. Allahuu~ time tu hanya DIA yang tahu betapa takotnya ifah dan semua yang ada kat area situ tapi alhamdulillah semua settle bila ada polis peronda mai.

Lastly, kira-kira pukul 11 malam gitu, bas K** tu tiba dan ditakdirkan ifah dapat seat paling hadapan. permulaan bas bergerak tu okei lagi, tapi 3jam kemudian. Ya Allah ! rasa macam bukan naik bas, tapi naik kapal terbang !! Astagfirullahalazim, ifah langsung tak boleh tidur dah lepas tu. tengok pakcik driver tu drive, mak aii memang rasa macam nyawa ifah dan penumpang lain dihujung tanduk dah. Dengan jalan yang licin dan sempit, selekoh pulak tajam, pakcik tu slamber jer drive laju. banyak kali enjin bawah bas tu berlanggar dengar tar jalan, bunyi cukup menakutkan. Memang ada terlintas yang bas yang ifah naik tu akan eksiden kejap lagi. Time tu, ifah tak putus-putus mengucap dan ingat DIA. Honestly, masa tu rasa memang dah tak ada harapan nak selamat dah. Mungkin sebab ngantuk, alhamdulillah finally pakcik driver tu berhenti makan sat dan mula tukar driver lain.

Ya Allah, punya hati ni lega tak terkata. Lepas tu baru ifah boleh tidur dengan tenang, dan alhamdulillah ifah selamat sampai rumah kira-kira pukul 9 pagi gitu. So, tu sedikit pengalaman yang ifah mampu kongsi dengan korang. kepada yang nak beli tiket bas lepas ni, BEWARE yerr ! pilih bas yang korang pernah naik sebelum ni dan rasa selamat. wassalam~ (◑_◐) 

**nak tahu bas apa yang ifah naik? haa~ kalau korang ada baca berita tentang 3 student yang meninggal sebab bas eksiden baru-baru ni, bas tu lah yang ifah naik  ๏̯̃๏ 


3 comments :

Nur Eliza Illani Abdul Aziz said...

taktau,..tapi nak tau,..bas ape bas ape??

btw, sy dh follow awk.

Sya Chot .. said...

sya,selama 4 tahun jadi anak perantau..dr n9-p.pinang..now degree n9-kedah xada apa yg xbaik berlaku..cume bas rosak tu ada 2x..sama2 kte doakan,moga perjalanan kite nk menuntut ilmu tu,di lindungi dan dirahmati olehnya.lps ni,pilih bas betul2 yer..:)

azman Arsad said...

tak pernah naik bas lagi.. sanggup naik motor aje walaupun untuk perjalanan jauh