Sajak Luahan Hati Dari Noor Dayana, Isteri Pertama Ashraf Muslim :')



haii sahabat blogger dan readers semua ! salam 9 ramadhan :) okei, entry kali ni memang berkaitan dunia hiburan kita tapi bukan itu yang cuba ifah highlight kan yer, bukan nak buka ruang gosip kat sini, just terdetik dalam diri ni nak kongsi luahan hati seorang isteri yang dimadukan tanpa kerelaan dihati. sebagai kaum hawa yang lemah, normal lah kalau ifah terdetik rasa sedih dan terharu melihat situasi Kak Dayana ni. semoga Kak Dayana diberikan ketabahan oleh-NYA tok menghadapi ujian ni, in sha Allah ! okei la, ifah tak nak cakap panjang lagi, jom kita baca sajak luahan hati dari Noor Dayana, Isteri Pertama Ashraf Muslim :')



Tak usah bicara tentang payung emas 
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana 
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yang disengajakan…

No comments :