Sharing is Caring #Part 3

hola semuaa ! alhamdulillah, jumpa lagi tok entri Sharing is Caring dan in sha Allah kali ni untuk Part 3. ketinggalan pada Part 1 dan Part 2? jangan risau dear, just klik here okei, Part 1 dan Part 2. so, ce teka kali nih perkongsian menarik apa ifah nak share dengan korang? cepat, cepat ! siapa betul, ifah bagi coklat cadbury black forest :D 1, 2, 3. okei maaf, masa dah tamat tok meneka, ehehehe **just kidding okei ^_^

huhss, honestly agak gementar nak share benda alah ni dengan korang, sebab ianya ifah sendiri yang create. tapi pape pon alhamdulillah, ianya ILHAM dari DIA. actually benda nih hanya tok rujukan peribadi ifah jer. tapi bila pikir balik, apa salahnya ifah kongsikan dengan saudara seislam ifah yang lain kan. so, ifah cuba create seelok mungkin tok perkongsian buat korang. apa yang ifah cuba kongsikan?? in sha Allah, ifah nak kongsikan RUTIN HARIAN SEORANG MUSLIM yang boleh kita amalkan. tak faham?? ianya lebih kepada jadual ibadat fardhu dan ibadat sunat seharian gitu laa, ada faham? :D so, disini ifah sertakan 2 versi iaitu satu tok MUSLIMAT dan 1 lagi tok MUSLIMIN. so, kepada yang berminat nak copy or ambik tok jadual harian korang, dipersilakan yerr, ifah dengan seikhlas hati mengizinkan :) apa tunggu lagi, jom kita tengok benda alah yang ifah create nih ^_^

sila KLIK pada gambar kalau nak tengok secara jelas :)

versi kaum MUSLIMAT


versi kaum MUSLIMIN

amacam? okei x? maaflah kalau ada kurang sikit-sikit tu yer, ifah main buat jerr, hohoho. pape pon hopefully perkongsian kali ni pon dapat memberi sedikit sebanyak manfaat tok korang semua yer. sesama kita mencari MARDHOTILLAH dan topup amalan kita seharian, in sha Allah. okei lah, setakat ni dulu entri ifah kali nih. jumpa lagi tok entri seterusnya yer, wassalam semua ! :)

9 Jenis Sedekah


haii semua sahabat readers! alhamdulillah, untuk entri kali nih ifah nak share sedikit ilmu tentang sedekah. haaa, kalau sebut pasal sedekah mesti semua terus terbayangkan wang ringgitkan. mind set korang salah tuhh, ehehe. kalau korang survey kat pakcik google, banyak hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang jenis sedekah yang begitu meluas, tidak hanya bersyaratkan wang ringgit. in sha Allah dibawah ni, ifah listkan antara jenis sedeah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. jemput baca yerr :)

1. Tasbih, Tahlil dan Tahmid
Rasulullah SAW, menggambarkan pada awal penjelasannya tentang sedekah bahawa setiap tasbih, tahlil dan tahmid adalah sedekah. Oleh kerana itu mereka ‘diminta’ untuk memperbanyak tasbih, tahlil dan tahmid, atau bahkan dzikir-dzikir lainnya. Kerana semua dzikir tersebut akan bernilai ibadah di sisi Allah SWT. Dalam riwayat lain digambarkan:
Dari Aisyah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bahawasanya diciptakan dari setiap anak cucu Adam tiga ratus enam puluh persendian. Maka barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang dari jalan, amar ma’ruf nahi mungkar, maka akan dihitung sejumlah tiga ratus enam puluh persendian. Dan ia sedang berjalan pada hari itu, sedangkan ia dibebaskan dirinya dari api neraka.” (HR. Muslim)

2. Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Setelah disebutkan bahwa dzikir merupakan sedekah, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa amar ma’ruf nahi mungkar juga merupakan sedekah. Kerana untuk merealisasikan amar ma’ruf nahi mungkar, seseorang perlu mengeluarkan tenaga, pikiran, waktu, dan perasaannya. Dan semua hal tersebut terhitung sebagai sedekah. Bahkan jika dihayati secara mendalam, umat ini mendapat gelaran ‘khairu ummah’, karena memiliki misi amar ma’ruf nahi mungkar.
 Dalam sebuah ayat-Nya Allah swt. berfirman:“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” [QS. Ali Imran (3): 110]

3. Hubungan Intim Suami Istri
Hadis diatas menggambarkan bahawa hubungan suami istri merupakan sedekah. Satu pandangan yang cukup asing di telinga para sahabatnya, hingga mereka bertanya, “Apakah salah seorang diantara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan sedekah?” Kemudian dengan bijak Rasulullah SAW menjawab, “Apa pendapatmu jika ia melampiaskannya pada tempat yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskannya pada yang halal, ia akan mendapat pahala.” Di sinilah para sahabat baru menyedari bahawa makna sedekah sangatlah luas. Bahawa segala bentuk aktiviti yang dilakukan seorang insan, dan diniatkan ikhlas karena Allah, serta tidak melanggar syariah-Nya, maka itu akan terhitung sebagai sedekah.

4. Bekerja dan memberi nafkah pada sanak saudara
Hal ini sebagaimana diungkapkan dalam sebuah hadits: Dari Al-Miqdan bin Ma’dikarib Al-Zubaidi ra, dari Rasulullah saw. berkata, “Tidaklah ada satu pekerjaan yang paling mulia yang dilakukan oleh seseorang daripada pekerjaan yang dilakukan dari tangannya sendiri. Dan tidaklah seseorang menafkahkan hartanya terhadap diri, keluarga, anak dan pembantunya melainkan akan menjadi sedekah.” (HR. Ibnu Majah)

5. Membantu urusan orang lain
Dari Abdillah bin Qais bin Salim Al-Madani, dari Nabi Muhammad SAW bersabda, “Setiap muslim harus bersedekah.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana pendapatmu, wahai Rasulullah, jika ia tidak mendapatkan (harta yang dapat disedekahkan)?” Rasulullah SAW bersabda, “Bekerja dengan tangannya sendiri kemudian ia memanfaatkannya untuk dirinya dan bersedekah.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Beliau bersabda, “Menolong orang yang membutuhkan lagi teranaiaya.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Beliau menjawab, “Mengajak pada yang ma’ruf atau kebaikan.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Beliau menjawab, “Menahan diri dari perbuatan buruk, itu merupakan sedekah.” (HR. Muslim)

6. Mendamaikan dua orang yang berselisih
Dalam sebuah hadis digambarkan oleh Rasulullah saw.: Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda, “Setiap ruang-ruang persendian setiap insan adalah sedekah. Setiap hari di mana matahari terbit adalah sedekah, mendamaikan di antara manusia (yang berselisih adalah sedekah).” (HR. Bukhari)

7. Menjenguk orang sakit
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Ubaidah bin Jarrah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa yang menginfakkan kelebihan hartanya di jalan Allah SWT, maka Allah akan melipatgandakannya dengan tujuh ratus (kali lipat). Dan barangsiapa yang berinfak untuk dirinya dan keluarganya, atau menjenguk orang sakit, atau menyingkirkan duri, maka mendapatkan kebaikan dan kebaikan dengan sepuluh kali lipatnya. Puasa itu tameng selama ia tidak merosaknya. Dan barangsiapa yang Allah uji dengan satu ujian pada fisiknya, maka itu akan menjadi penggugur (dosa-dosanya).” (HR. Ahmad) 

8. Berwajah manis atau memberikan senyuman
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Dzar r.a. berkata, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menganggap remeh satu kebaikan pun. Jika ia tidak mendapatkannya, maka hendaklah ia ketika menemui saudaranya, ia menemuinya dengan wajah ramah, dan jika engkau membeli daging, atau memasak dengan periuk/kuali, maka perbanyaklah kuahnya dan berikanlah pada tetanggamu dari padanya.” (HR. Turmudzi)

9. Berlumba-lumba dalam amalan sehari-hari (baca: yaumiyah)
Dalam sebuah riwayat digambarkan: Dari Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Siapakah di antara kalian yang pagi ini berpuasa?” Abu Bakar menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah saw. bersabda, “Siapakah hari ini yang mengantarkan jenazah orang yang meninggal?” Abu Bakar menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah saw. bertanya, “Siapakah di antara kalian yang hari ini memberikan makan pada orang miskin?” Abu Bakar menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah saw. bertanya kembali, “Siapakah di antara kalian yang hari ini telah menengok orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah semua amal di atas terkumpul dalam diri seseorang melainkan ia akan masuk surga.” (HR. Bukhari)

haaa, see ! sedekah bukan hanya bergantung pada wang ringgitkan. benda yang simple seperti senyum pon merupakan sedekah, betapa ALLAH itu MAHA PEMURAH kan. so, apa tunggu lagi. jom perbanyakkan sedekah dalam kehidupan seharian kita. wassalam :)

The Result is ....


hola ! hola ! hola ! i'm here again for the last entry for today *oh my english o.O entri yang dinanti-nantikan oleh semua? eh perasan nye cik ipah nih, hohoho :D seperti yang dijanjikan dalam entri semalam, ifah akan share dengan korang samada UITM or USIM menjadi pilihan hati. selepas istikharah, fikir pro dan kontra dan refer nasihat dari famili, sahabat dan kenalan ifah, yang mungkin jugak anda. alhamdulillah, moga keputusan yang ifah buat ini adalah yang terbaik tok ifah dan insan lain jugak, in sha Allah. so, tak nak buat korang tertanya-tanya lagi. keputusannya ialah, duppdapp ! duppdapp ! duppdapp ! **sound effect sikit :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
alhamdulillah !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
UITM DIHATIKU ! :)
**tepuk tangan sikitt ^_^

Adam AF dan Fiza Elite selamat akad nikah ! ❤

mabruk alaik kak Fiza dan zauj, Adam AF ! alhamdulillah sepasang lagi saudara seislam kita berjaya mendirikan masjid dengan jayanya. dan sekali lagi mabruk buat kak Fiza sebab jadi artis yang paling femes dalam blog ifah sebab ni merupakan entri kedua ifah tentang kak Fiza, hohoho. nak tahu entri sebelum ni tentang kak Fiza, KLIK SINI :) 

alhamdulillah, sekitar jam 10.40 pagi tadi di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan sekali lafaz jer kak Fiza selamat bergelar zaujah kepada kepada Adam AF. Pasangan yang cun melecun ni dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap. 

ifah pada mulanya bila baca berita ni macam tak percaya pon ada tau, sebab yelar rasanya jauh beza peribadi pasangan mempelai ni. tapi siapa boleh jangka kan, JODOH ITU RAHSIA DIA dan sungguh indah. pape pon sesama kita doakan semoga masjid yang terbina ini berkekalan hingga ke jannah, in sha Allah. so, lastly ifah tinggalkan korang dengan beberapa foto perkahwinan Kak Fiza dan Adam AF yer. sungguh anggun kedua mempelai nih, jeles gituu. ehehehe, wassalam ! :)

 









POWER insan bergelar ibu :')

Subhanallah ! Allahuakhbar ! itu yang mampu ifah ungkapkan sebagai permulaan bicara tok entri kali nih. yess ! seperti tajuk entri diatas, ifah nak kongsi apa yang ifah alami hari nih.
macam yang korang baca entri ifah sebelum nih, ifah sekarang dalam situasi agak DILEMA sebab terpaksa membuat pilihan samada nak teruskan pengajian di UITM or terima tawaran degree di USIM dan ada jugak masalah-masalah lain. kalau ikutkan nasihat famili, in sha Allah USIM menjadi pilihan. tapi tu lah, honestly ifah agak takut sikit nak ambil risiko terpindah ke USIM sebab kos yang ifah dapat tu agak tough. lagipun alhamdulillah setakat nih ifah dapat follow kos networking yang ifah belajar kat UITM sekarang, sebab sebelum ni pon ifah dah ada basic sikit tentang komputer sains nih. so, tu yang menimbulkan lagi rasa tak  pasti dalam diri ni.
nak dijadikan cerita, pagi tadi mama ada call ifah dan sememangnya dah boleh agak mesti mama nak bertanyakan hal nih. walaupun pada mulanya tak sedia nak bagi jawapan, tapi mungkin dalam situasi tertekan ditambah pulak dengan rindu, dengan berlapang hati ifah terima panggilan mama. Allahuu, dengar jer suara mama, dada terus rasa sebak, hohohoo **anak manja la katakan :D korang tahu pe, belum ifah sempat explain pape lagi mama dah guna kuasa VETO dia dengan beri nasihatnya yang subhanallah ! mampu menghilangkan tekanan yang ifah alami seminggu ni hanya sekelip mata. yess ! hanya sekelip mata, honestly kita tak tipu taoo :') Alhamdulillah ya Allah, itulah keajaiban yang Engkau berikan buat insan bergelar IBU. dengan nasihat dan pandangan yang panjang lebar dari mama, alhamdulillah finally i got the answer for all my questions. simple-kan? Allah itu Maha Besar, sentiasa ada tok membantu hamba-NYA dan MAMA merupakan insan yang dihantar oleh-NYA tok tolong kita. Allah ! Allah ! Allah :')
terima kasih mama atas segala ungkapan, bicara yang terucap buat anakanda mama yang bongsu nih. ANA UHIBBUKI FILLAH ABDAN ABADAN ya UMI ! in sha Allah, segala nasihat dan pesanan mama tadi akan ifah ingat sampai bila-bila :') so nak tahu jawapan apa yang ifah dapat? nantikan entri terakhir sal DILEMA nih, esok in sha Allah. jumpa lagi ye duhai sahabat, selamat malam. wassalam~ ^_^

wo ai ni, i love you, aku cinta padamu, ana uhibbuki fillah, de amore mama ! <3

PRO dan KONTRA

haii ! i'm back with new entry ! :D based on tajuk kat atas tuh, Pro dan Kontra apa yang cuba ifah sampaikan yerr?? haaa ! in sha Allah entri kali nih merupakan sambungan bagi entri ifah yang sebelum ni UiTM vs USIM, review KLIK SINI. so, here ifah nak kongsikan Pro dan Kontra kedua-dua Universiti yang ifah sempat listkan. jom terjah ! :)

PRO
  • Universiti pilihan utama
  • Pilihan famili
  • Suasana yang lebih islamik
  • Boleh belajar Bahasa Syurga, bahasa arab
  • Peluang tok jadi Pendakwah, Ustazah lebih cerah

KONTRA
  • Yuran membelajaran agak tinggi
  • Belum tentu dapat tukar kos
  • Pengajian selama 4 tahun
  • Kos yang dapat, agak tough  *kalau xdapat tukar kos
  • Sedikit ketinggalan dalam stadi dan aktiviti lain


PRO
  • Yuran rendah
  • Kos yang skop kerjaya yang luas - in sha Allah
  • Lecturer mostly sporting
  • UiTM akan lebihkan student sendiri untuk pilih sebagai pekerja
  • Pengajian selama 3 1/2 tahun
  • Dah melibatkan diri dalam usrah, aktiviti U

KONTRA
  • Maybe more sosial compared tu USIM
  • Universiti low standard? *yang ni xkesah sgt 

alhamdulillah, setakat nih tu jer list Pro dan Kontra kedua-dua U yang sempat ifah listkan. kalau ada yang lain, in sha Allah akan diupdate kemudian. kalau korang ada pendapat lain or nak kongsi pengalaman, dipersilakan yerr. wassalam :)

UiTM vs USIM o.O

alkisahnya bermula *chewahh ayatt, tak leh belah :D bila dah lama tak update entri, gini la gamaknya, excited lebih. atototoo *-* okei la, straight to the point. in sha Allah, entri kali nih ifah nak share dengan korang DILEMA yang ifah tengah hadapi sekarang. DILEMA apa? haaa, meh la nak cerita nih.

alhamdulillah, hari khamis baru-baru nih ifah dapat panggilan dari pihak Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) tok mengemaskini balik borang rayuan yang dah ifah hantar. so, dengan sedikit rajin, dah settle masalah tu semua, ifah try check balik result rayuan kat page USIM, tup-tup keluar noti cakap 'maaf sukacita dimaklumkan anda tidak ditawarkan, blablabla' okei kira ifah pasrah jela kat situ, tak ada rezeki kot nak belajar kat sana lagipon memang dah jatuh hati kat kos di UiTM nih, kos networking ^_^

nak dijadikan cerita, hari jumaat(semalam) ifah dapat panggilan sekali lagi dari pihak USIM yang menyatakan ifah dah ditawarkan tok sambung degree kat sana. hah? apakah? check semalam(hari khamis) tak dapat pon. okeii tak apa, try check sekali lagi dah hasilnya, here !!

tadaaa ! thats was result when i checked once again **oh no ! broken english?? *-* tapiii, tarikh daftar tuh dah lepas? yess ! i know that, tapi ifah dapat PENGECUALIAN tok daftar lewat, hohoho. special kan kita :D  **wekk! perasan jer minah nih :P so, sekarang ni masalah nyer, ifah terpaksa buat pilihan samada nak stay kat UiTM ARAU dengan kos networking yang honestly bestt sangat ATAU pindah ke USIM dengan kos sains aktuari dan pengurusan risiko yang dulunya U pilihan hati? ya Rabbi, konfius nyerr. jalan yang terbaik sekarang sebagai umat Nabi Muhammad, buat istikharah. yess ! i must do it. semoga Allah tunjukkan pilihan dan jalan yang terbaik tok ifah. doa-doakan ifah jugak yerr. nak tahu ifah pilih UiTM or USIM, tunggu next entri okeii  ! :D jumpa lagi nanti, wassalam :)

Sharing is Caring #Part 2

hola ! hola ! hola ! alhamdulillah, bersua kembali kita tok entri kali ni. so, agak-agak korang kali ni ifah nak share story mory sal apa yerr? ce teka? ce teka? siapa betul, meh ifah kasi coklat sebiji, ehehehe. in sha Allah, kali ni ifah bukan nak share story tau tapi ifah nak share something yang in sha Allah amat, terlalu dan sangat bermanfaat kepada sahabat ifah yang dikasihi **over hiperbola ;D apa yang ifah cuba nak share nih boleh dikatakan sambungan Sharing is Caring #Part 1, review KLIK SINI

okei, seperti #Part 1, kali ni juga ifah nak share aplikasi gadget yang amat berguna tok kita, umat islam. kalau sebelum ni, ifah share aplikasi Al-Quran, kali ni ifah nak share pulak aplikasi mathurat iaitu, m-Mathurat. haaa, kalau ifah sebut sal mathurat nih, korang fahamkan apa bendanya? ada yang tak faham? err, meh ifah terang serba sedikit sal mathurat ni yer. mathurat merupakan himpunan doa dan ayat-ayat zikir yang kita boleh amalkan setiap hari. kebiasaannya ia dibaca pada waktu pagi dan sebelah petang. in sha Allah, mathurat juga merupakan ibadah dan boleh dikatakan juga 'makanan' rohani kita supaya lebih mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. 
tak nak cakap panjang lebar lagi, dibawah ni ifah sertakan antara kelebihan yang boleh kita peroleh dari aplikasi m-mathurat ni yer.
KELEBIHAN M-MATHURAT
  • boleh dibaca dimana sahaja dan bila-bila masa **wanita ma'zurah juga boleh baca 
  • free of charge 
  • boleh memainkan suara yang dialunkan oleh Ustaz Don Daniyal 
  • ada terjemahan bagi setiap zikir 
  • ada fadhilat zikir
alhamdulillah, tu sedikit sebanyak kelebihan aplikasi m-mathurat yang cuba ifah ketengahkan. selebihnya, kalau nak tahu, try la download dulu aplikasi ni yerr ;D ifah berani jamin, korang tak akan nyesal punya la. tu pon kalau korang cuba menggunakan aplikasi ni sebaik mungkin. sesama lah kita mencari MARDHOTILLAH, in sha Allah. oh ye, sebelum ifah terlupa, tok info yang lebih lanjut, korang boleh skodeng laman web m-mathurat yang dibina khas oleh admin aplikasi ini sendiri, KLIK SINI. selamat men-download ! wassalam~ ;-)
logo aplikasi m-mathurat

Tutorial : Scroll Bar Berwarna

  1. Dashboard > Template > Edit HTML
  2. Sentak Ctrl+F atau kepada yang over rajin macam ifah, tekan jer F3 kat atas bahagian keyboard
  3. Cari kod dibawah ni
]]></b:skin>
  1. Dah jumpa? copy kod dibawah ni pulak

::-webkit-scrollbar {

height:12px;
width: 12px;
background: #ffffff;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #ff3399;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
border: 1px solid #ffffff;
  1. Paste-kan kod tadi DI ATAS kod ]]></b:skin>
  2. Siap paste, preview template. Dah puas hati, boleh klik SAVE template and DONE ! ;D
NOTE !
Kod biru = warna background scroll korang
Kod ungu = warna scroll blog korang

Untuk pilihan kod warna, boleh KLIK SINI. Selamat mencuba :)

END of MDS :)

alhamdulillah ! alhamdulillah ! alhamdulillah ! sedar tak sedar hari ni dah last day for MDS, yeaaa ! apa itu MDS? MDS ialah singkatan bagi Minggu Dendam Siswi, hohoho. just kidding okei, yang sebetulnya MDS ialah Minggu Destini Siswa a.k.a minggu orientasi bagi pelajar baru macam kita-kita nih **tangan dibahu, mata pandang atas :P macam biasa, jadual sepanjang minggu nih mak aihh, packed kalah Perdana Menteri **hiperbola ! hiperbola ! ;D oleh kerena ifah ter-'over rajin' nak story sal jadual harian ifah sepanjang minggu MDS nih, kat bawah ni pic jadual MDS ifah, dipersilakan korang skodeng sendiri okei ;D


tamatnya MDS ni jugak bermaksud dengan rasminya sekarang, ifah bergelar mahasiswi UiTM Perlis, hola! hola! hola! mabruk buat diri sendiri dan sahabat seperjuangan yang lain :) wahhh ! tua dah kita rupanya yerr, dah boleh jadi mak orang, ahahaha. tapi INGATT ! disini penentu kerjaya masa depan kita nanti. so, mohon sedikit masa tok doakan ifah dan sahabat yang lain semoga kami berjaya graduate kt sini sebagai first class honour, in sha Allah ! aamiin :) okei la, tak larat dah nak potpet panjang kali nih, so ifah tinggalkan korang dengan gambar yang ifah sempat snap curi-curi time MDS yerr. lets check it out ! wassalam~ ;D

kuliah maghrib di Masjid An-Nur

 berpakaian rasmi with tudung UiTM sempena Majlis Perasmian di Dewan Seri Semarak


heart u my dearest rumate ! ;D

snap sebelum Majlis Perasmian bermula ;D

Pemenang Segmen : Pencarian Bloglist SETAHUN by ifah dafila



sebelum ifah umumkan pemenang Segmen : Pencarian Bloglist SETAHUN by ifah dafila, ifah mohon ribuan maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang atas sebab-sebab tertentu. so, tak nak cakap panjang lagi, pemenang ialah : 

TOP REFERRAL :


RANDOM :
semua peserta yang menyertai :)

kepada pemenang TOP REFERRAL, sila pm ifah butiran berikut DI SINI, terima kasih :)
nama :
url entry :
alamat rumah :
no fone :

mabruk buat semua peserta dan pemenang ! thanks jugak sebab sudi join segmen ifah yang tak seberapa ni. kalau ada kelapangan dan rezeki lagi, in sha Allah di masa akan datang ifah akan anjurkan lagi segmen yang lebih gempak dan menarik okeii. nantikan ! ^^,

Tutorial : Effect Pada Gambar (membesar bila di-cursor)

Selamat pagi semua ! in sha Allah, kali nih ifah nak share tutorial effect pada gambar yang apabila kita halakan cursor pada gambar, ia akan membesar. tak paham eaa? okei, ce korang try halakan cursor kat gambar dibawah ni. haaa, nampak tak perubahan disitu? yupp ! itu lah yang ifah nak ajar kali nih. lets check it out ! :-)
  1. Dashbord > Template > Edit Template
  2. Tekan Ctrl + F atau F3 button.
  3. Cari kod dibawah
<head>

  1. Dah jumpa? copy kod dibawah ini pula
<style>
.post img:hover {
-o-transition: all 0.3s;
-moz-transition: all 0.3s;
-webkit-transition: all 0.3s;
-moz-transform: scale(1.2);
-o-transform: scale(1.2);
-webkit-transform: scale(1.2); }
</style>
  1. Paste-kan kod tadi DI BAWAH kod <head>
  2. Siap? ok jom, kita try preview template dulu. jadi tak? kalau menjadi, tepuk tangan sikit tok diri sendiri, yeaahhh ! you did it ! DONE ;)

UiTM Perlis, here i am ! :)

holaa semuaa ! selamat petang dan salam berhujung minggu. hari ni tanggal 1 September 2013, alhamdulillah ifah dengan selamat dan jayanya melangkah kaki ke Universiti Teknologi Mara, Perlis ! **tu diaa, ayat xleh bla. ahaha :D pape pon alhamdulillah sekali lagi sebab DIA permudahkan segala urusan ifah pagi nih. paling tak sangka, tempoh pendaftaran kt UiTM Perlis nih settle tak sampai seminit tao, ahahaha. sumpah demi Allah, ifah mulanya tak percaya gak sampaikan berkali-kali tanya pengurus pendaftaran tuh, betul ke dah settle? betul ke? betul ke? just tunjuk surat tawaran dan settle? dia dengan yakin, jawab YA ! tapiiiiiiii.....**hah, ni ayat paling kita tak suka *-* bak kata pengurus tu lagi, ni hanya pendaftaran sementara, pendaftaran sebetulnya masa orientasi nanti. lerrr, patut la laju sangat. sementara jer pon. alahaiii ! ^^,
okei lah, dah settle pe semua tadi ifah apa lagi, terus angkut semua barang dan check in kolej kediaman. alhamdulillah, rezeki ifah daftar 'olok-2' awal, so ifah finally dapat kolej kediaman yang baru, yeaaa ! KESINAI 1 namanya ;D dan alhamdulillah jugak, bilik ifah pon pada aras 1 ajerr. so, tak ada la jenuh nak naik tangga lepas nih, hohohoho. settle kemas bilik seciput, dengan kebenaran pihak kolej, ifah dan famili keluar sat p bandar kangar tok beli keperluan last. siap beli pe semua, ifah kembali ke UiTM hampir pukul1 petang.
seperti biasa moment paling tak suka, masa nak berpisah dengan famili, sobx ! :'( hampir 4 bulan duk rumah, sape tak berat hati nak berpisahkan, hukhuk ==' be strong ifah ! u're here for study ! to achive your goals and be useful and successful muslimah oneday, in sha Allah ! okei lah, masa tok melayan perasaan jap dan berehat. pukul5 nanti dah start hari orientasi. jumpa lagi tok entri akan datang okei, in sha Allah. wassalam :')