11/07/2013 ? apa yang terjadi ?

tarikh 11/07/2013?? apa yang pentingnya dengan tarikh ni?? honestly, kalau tanya ifah, memang ifah tak tahu apa pentingnya pada tarikh tersebut. nak dijadikan cerita, tengahari tadi terima 1 mesej yang tak tahu siapa penghantarnya. mesej tu tulis cmni

RM0.00 UPU : Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Ijazah melalui http://upu.mohe.gov.my/ atau TAIP : UPU RESULT [NOKP] & SMS KE 15888
ahhh?? okei FINE ! baru sedar, hari ni result UPU dah keluar. ya Allahh, caner ifah boleh tak sedar?? hati mula gelisah, TAPI last-last decided tak nak check lagi. tunggu balik dari tempat kerja la, takot jugak keputusan yang diterima tak seperti yang diharapkan, kang tak pasal-pasal nangis depan budak. malu kottt  (►.◄) tapi nak lari kemana kan, lastly kena check jugak. ifah check guna fon dan ini jawapan balas yang ifah terima :

RM0.20 UPU : 940528****** Tahniah, anda berjaya ditawarkan program EC14 di UITM. Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran 
gedebakkkk ! automatik luruhnya hati ifah time baca mesej tu. Allahhh~ kecewa hanya Tuhan yang tahu. USIM yang di idamkan, UITM yang datang. nangis tak berlagu pon dah tak ada guna. okei fine ! mulai sekarang, mula terima hakikat yang ifah bakal bergelar siswi UITM, say baibai to USIM  (╥﹏╥) tak apa la, REZEKI KITA RAHSIA ALLAH, so mungkin rezeki ifah di sanakan. be positive ! ingat, ALLAH tak pernah silap dalam menentukan nasib hamba-NYA  ╯.╰ 

 hasil cek online, ni jawapan nya *-*


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" 

[Surah al-Baqarah ayat 216]

2 comments :

latifah zainal said...

betul,mungkin rezeki adik dekat uitm..tahniah ok..

ahmad said...

ok la tu dpt uitm.. sy nie lagi jauh kena ums.. ermmm.. btw sy pun ade apply usim gak..hehe xdpt gak