Stop Menghakimi Orang Lain :')


haii sahabat blogger and readers semua. ok straight to the point, entry kali ni ifah nak komen berkaitan kes adik Puteri Awani yang jadi buah mulut semua orang baru-baru ni. tak perlu tanya, mostly korang semua mesti pernah tengok video Puteri Awani ni kan. okei-2, tahu la ifah ni ketinggalan zaman sikit, tapi tak kesah. na buat jugak entry sal ni, hohoho~ ni just komen ifah tentang video nih, so rasanya tak ada masalah kan :) okeilah, sempena bulan mulia dan penuh barakah ni, ifah seru diri sendiri dan sahabat sekalian, udah-udah la tu mengata+mengumpat sal orang lain yerr. tak rasa rugi ke kita bagi pahala free kat orang yang kita umpat? lebih-lebih lagi bulan puasa ni hah, nak berlapar sajer tanpa pahala disisi ILAHI? lumrah manusia, tak pernah lepas dari buat silap sehari-hari, mungkin hari ni hari dia, esok lusa sape tahu hari kita pulak kan. senang cerita, cuba letakkan diri kita di situasi Puteri sekarang ni. dia pon hanya insan biasa, yang kadang kala khilaf dengan silap sendiri, khilaf dengan perasaan cinta monyet tu. dan ifah yakin setiap daripada kita ada rasa ingin mencintai dan dicintai kan? just yang bezanya cara kita nak kawal semua tu dalam bentuk yang dihalalkan atau sebaliknya. kalau dalam islam, semestinya KAPEL ITU HARAM. back to this case, rasanya tak adil bagi dia untuk kita terus mencari salah dia dan langsung tak bagi peluang tok dia berubah. pendekatan yang elok bagi kaum sahabat semuslim, cubalah kita cegah benda seperti ini dari terus terlaku pada anak remaja muslim kita utamanya. yang terdekat, cuba awasi semua ni terjadi pada adik beradik kita, saudara terdekat kita and lastly masyarakat kita. tunaikan tanggungjawab kita sebagai saudara seislam. stop mencari aib orang dan cuba muhasabah diri kita sendiri. kalau perlu kita nasihat, nasihatlah dengan sewajarnya dan bijaksana. itu yang dituntut dan diajar dalam agama suci kita, ISLAM. okei la, ifah tak nak komen panjang lebar lagi dah, ni pon dah berderet yang korang kena baca, hohoho~ setakat ni dulu entry ifah tok kali ni, ifah tinggalkan korang dengan penjelasan dari EX-bf Puteri Awani, dan penjelasan dari Puteri Awani sendiri. bukan minda, buka hati, husnuzon yang penting ! yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan diri ifah sendiri. wassalam :)




nak baca lebih lanjut, boleh KLIK SINI

"Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, dan sekiranya masih tidak mampu maka hendaklah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah SWT bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)". - (Surah Ali Imran, ayat 110).

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

1 comment :

nurul ezzatie zulkarnain said...

Ezzatie tak tengok pun video tu. Tapi adalah dengar-dengar cerita. Then masuk blog adik ni and baca komen yang dia dapat. Hurm, yang mengutuk pun semua tak berani letak nama sendiri.