MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W ♥


in sha Allah, sempena bulan penuh mulia nih, ifah nak share sedikit info yang ifah dapat mengenai makanan kegemaran Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW. jom sesama kita baca dan amalkan sunnah Rasulullah ni. Marhaban ya Ramadhan :)


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi bersabda : “rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan”.

Rasulullah saw telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah saw bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air suam serta membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum pada waktu pagi.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata dan perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum cuka dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
IKUT CARA MAKAN RASULULLAH SAW SELARAS DENGAN KONSEP HALALAN THOIYYIBAH.

"Katakanlah(Muhammad),'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu'.."   [al-Imran:31]

1 comment :

ejulz said...

gud info..


Nak Kad Raya? Meh singgah sini ^_^ "GA Kad Raya 2013 by EJulz"