salam maaf dari ifah buat bloggers dan readers :(


salam 11 ramadhan sahabat bloggers and readers semua. kalau korang perasan ifah ada post entry sal sajak luahan hati kak Dayana, isteri pertama aktor tempatan Ashraf Muslim berikutan kontroversi Ashraf Muslim yang dikatakan berpoligami. terlepas pandang? KLIK SINI tok review. TAPI berita terbaru yang ifah dapat, sebenarnya sajak tu bukan ditulis oleh kak Dayana tapi sebaliknya  ditulis oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Ana Hawana di laman sosial Facebooknya namun disalah erti oleh orang ramai dan menganggap puisi itu dari kak Dayana kerana dibawah puisi itu tertulis “May Allah bless u Dayana”.

Allahuu~ disini ifah mohon maaf atas kesilapan ifah yang mungkin khilaf seperti yang lain yang menyangka sajak itu ditulis sendiri oleh kak Dayana. bawah ni ifah sertakan penyataan Ana Hawana, penulis sebenar sajak tu berikutan isu terbabit. jom sesama kita baca.


puisi ana hawana bukan nukilan dayana Puisi Sedih Untuk Ashraf Muslim Bukan Ditulis Dayana

Ana Hawana mengesahkan bahawa puisi itu bukan lah dari Dayana dan tidak mahu puisi itu mengeruhkan lagi keadaan dan menambah kekusutan kak Dayana ketika melalui saat-saat yang sukar kini. sama-sama kita doakan semoga kak Dayana mampu tabah dalam mengharungi ujian dari ILAHI buat dirinya. sekali lagi, maaf dari ifah atas tersalah post info berkaitan isu ini. asiff ala kulli hal ! yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang itu datang dari diri ifah sendiri. wassalam~

1 comment :

aswadz said...

apa2 pun, mmg puitis puisi tuh.