Fiza Elite Kini Sudah Berhijab :)


Alhamdulillah, mungkin berkat bulan Syaaban dan bulan Ramadhan yang makin tiba. Seorang lagi pelakon tempatan kita yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah dengan berhijab penuh seperti kebanyakan artis wanita yang lain.

Fiza membuat pendedahan itu menerusi laman Instagramnya dengan menyatakan, “memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia”.

Wahh, cantik sangat-sangat tengok kak Fiza nih berhijab kan. makin berseri-seri gitu. not only her, semua muslimat kalau mengenakan tudung, memang cantik sangat. just same like us right? :D

Hopefully, kak Fiza istiqamah dengan penghijrahannya ini dan semoga karier lakonannya berkembang maju dari masa ke semasa dan berharap jugak makin ramai pelakon tempatan kita mendapat hidayah tok bertudung sebab ramai daripada mereka yang menjadi idola remaja masa kita. Jadi, tak salah mereka menunjukkan teladan yang elok bagi peminat mereka. Sama-sama la kita doakan yerr, in sha Allah ! :) jom kita tengok beberapa gambar kak Fiza yang cun melecun nih mengenakan hijab ^^








“Sesungguhnya persoalan tabarruj (mempertontonkan aurat) bukan masalah ringan karena hal itu tergolong perbuatan dosa besar.” (Nasihati li Nisaa’, hal. 95)