CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT


alhamdulillah, dengan izin DIA ifah nak kongsi sedikit info lagi tentang special-nya hari jumaat :) kalau minggu lepas, ifah share tentang kelebihan hari jumaat **klik pada tajuk entry :) in sha Allah tok post kali nih ifah nak share info tentang amalan-amalan sunat hari jumaat pulak. jom sama-2 kita tengok senarai amalan tersebut, and teramat rugi kalau kita tak mengamalkannya. semoga kita sentiasa dalam pemeliharaan DIA, in sha Allah :)
✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.   ++(HR Ibnu Majah)++




1 comment :

Unknown said...

in sha Allah, pahala akan berlipat ganda kalau kita ikhlas menjalankan setiap ibadahnya. :)