|| KASIH HINGGA KE SYURGA ||



Ada sepasang suami isteri di mana isterinya adalah wanita yang sangat cantik tanpa cacat sedikit pun. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain.


Tidak lama kemudian, Si isteri dijangkiti penyakit kulit mengakibatkan kulit mukanya rosak teruk.

Pada saat itu, suaminya berada di luar negara. Dalam perjalanan pulang, suaminya kemalangan yg mengakibatkannya menjadi buta.

Dari hari ke hari..

Isteri yang pada mulanya cantik seperti bidadari berubah menjadi wanita yang sangat hodoh. Namun suaminya tidak dapat melihat.Mereka lalui kehidupan seperti biasa dengan penuh kasih sayang.

Selepas 25 tahun, si isteri meninggal dunia. Si suami sangat sedih sekali.

Selesai pengebumian, ada seorang pemuda menegurnya :
“pak cik buta, bagaimana pak cik mahu pulang sendiri?”

Si suami menjawab :
“Perlu kamu tahu bahawa selama 25 thn ini sebenarnya saya tidak buta.Semua itu saya lakukan agar tidak ada air mata dan kesedihan pada isteriku. Saya tahu wajahnya sangat menakutkan tapi itu tidak menjadi masalah kerana saya sangat mencintainya”


MasyaAllah, INDAHNYA cinta si suami kepada isterinya. alangkah beruntungnya seorang muslimah memiliki imam seperti si suami dalam kisah diatas ni. justeru itu, nak memilikinya tak susah, hanya perlu sedikit usaha iaitu jaga diri menjadi wanita solehah dan tawakal iaitu doa berterusan, in sha Allah DIA akan permudahkan segalanya. aamiin ! (♥♥,) 


4 comments :

P#eoniX said...

cerita yang menarik ntok dikongsi....heheheh...nice!!!

Cahaya Kebaikan ♥ said...

:')

sha dhira said...

hebatnya cinta si suami itu... :)

kucen master said...

Nseb bek x kantoi masa istri dia idop.klu x mesti istri dia kcik ati