Salam Syaaban :)


Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
subhanaAllah, Maha Suci Tuhan Rabbul Izzat. sedar tak sedar hari ni dah masuk bulan Syaaban kan. begitu cepat masa berlalu. terasa macam baru jer masuk bulan Rejab, tup-2 hari ni dah 2 Syaaban dah. dan automatik sebulan je lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak pulak. wahhh~ rasa tak sabar pulak nak puasa =D pape pon syukur alhamdulillah, sebab kita masih diberi kesempatan oleh-NYA tok bertemu dengan bulan Syaaban pada tahun 2013 bersamaan jugak dengan 1434 Masihi. tahun depan belum tentu lagi kan :') 

seperti yang kita tahu, bulan Syaaban merupakan bulan Rasulullah SAW dan bagi kita sebagai umat Nabi Muhammad, berbagai ganjaran yang tersedia untuk setiap amalan yang kita kerjakan disamping sebagai persiapan diri untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. seperti sabda Rasulullah SAW : " Tahukan kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? " Para sahabat menjawab : "Allah dan Rasul-Nya mengetahui. " Baginda bersabda : " Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya. " Subhanallah, begitulah banyaknya kebaikan bulan Syaaban seperti yang Rasulullah sabdakan. in sha Allah, jika diberi kesempatan, untuk post akan datang ifah akan share dengan sahabat sekalian tentang kelebihan dan keutamaan bulan Syaaban yerr. sebelum terlupa, SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAABAN buat sahabat sekalian. sama-samalah kita memeriahkan bulan Rasulullah SAW dengan perbanyakkan ibadat sunnat disamping ibadat wajib. wassalam~ :)



No comments :