Ustaz Azhar Idrus kemalangan jalan raya (5 gambar)



Subhanallah, baru semalam ifah kongsikan dengan korang pengalaman ifah tengok accident live depan mata, nak review entry tu, KLIK SINI. dan pagi ni kita dikejutkan lagi dengan accident yang melibatkan pendakwah femes kita, Ustaz Azhar Idrus. jom ikuti berita selanjutnya dibawah ni :)

Gambar dan punca Ustaz Azhar Idrus kemalangan - Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terbabit dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kampung Pengadang Baru, Terengganu selepas berlanggar dengan sebuah kereta proton iswara hitam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat berhadapan dengan bangunan Desa Murni. Ustaz Azhar Idrus dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bahagian depan kereta Voklwagen miliknya yang hancur. Pemandu proton iswara itu pula mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu pronton iswara yang keluar terus dari simpang tanpa melihat sebarang kenderaan dari sebelah kiri dan kanan. Nampak gayanya, Ustaz Azhar Idrus terpaksa mengeluarkan senyuman meweknya untuk meredakan keadaan orang ramai.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri melibatkan kereta Voklwagen milik Ustaz Azhar Idrus dan proton iswara. Korang lihat sendiri, kereta buatan malaysia hancur remuk berbanding kereta buatan luar negara. Tak hairanlah kenapa Ustaz Azhar Idrus dan isteri tak cedera.

1 comment :

Pencinta Fotografi said...

Alhamdulillah..Sume slmt.. Dugaan buat mreka..

Tapi sedih, dlm hal cmni msih ade yg kutuk ustaz..