Sharing is Caring #Part 1

Salam berhujung minggu semua. in sha Allah, entri kali ni ifah nak kongsi kan sesuatu yang bermanfaat buat saudara seislam ifah. zaman sekarang tak mustahil bagi kita semua untuk mememiliki handfone yang canggih bertaraf seperti galaxy s4, iphone dan sebagainya kerana sememangnya kecanggihan gadget zaman sekarang untuk kita(umat ISLAM), jadi gunakanlah kelebihan yang kita ada ni untuk terus mencari MARDHOTILLAH, in sha Allah.

okei la, tipu kalau dah ada handfone korang tak download pape aplikasi kan? so, in sha Allah disini ifah nak sharekan 1 aplikasi yang sangat berguna tok kita(umat ISLAM). kepada yang ada niat nak download aplikasi AL-QURAN, ifah cadangkan korang download aplikasi IQURAN LITE. nak tahu kenapa ifah cadangkan aplikasi tuh? mestilah sebab ianya terbaik *bagi ifah la nak tahu apa yang terbaik, in sha Allah di bawah ni ifah kongsikan kebaikan aplikasi tu yang terbaik bagi ifah
KEBAIKAN IQURAN LITE 
  • semestinya, korang boleh baca Al-Quran dimana sahaja atau bila-bila jer 
  • free of charge *ni yang penting ;D
  • boleh download suara bagi setiap surah
  • boleh NOTE-kan ayat yang korang rasa penting
  • setiap hari jumaat, application ni akan ingatkan untuk baca surah Al-Kahfi

Haa, amacam? hebatkan aplikasi ni. banyak lagi kebaikan yang kita boleh dapat dari aplikasi tu, in sha Allah. bagi ifah, amat rugi bagi kita terutamanya umat ISLAM, tak memanfaatkan peluang nih sebaiknya. wassalam~ :)

 rupa aplikasi IQURAN LITE

No comments :