KISAH BENAR ! pohon rambutan depan rumah sujud? :')

**gambar dari pakcik google 

in sha Allah, entry kali ini ifah nak share peristiwa tentang apa yang terjadi semalam. semalam? ye semalam, bersamaan 25 Ramadhan. dengan izin-NYA, lebih kurang pukul1.30 pagi semalam. otw dari bilik kakak ifah, dari area ruang tamu ifah terpandang pohon rambutan di depan rumah. Subhanallah ! Allahuakhbar ! terpana seketika melihat pohon rambutan tu. ifah mula mendekati jendela dan tengok betul-betul keadaan pohon rambutan tu. MashaAllah, memang mata ifah tak silap lagi, pucuk-pucuk rambutan tu kelihatan tunduk, sujud gitu menghala ke tanah. bukan satu pucuk, tapi kelihatan semuanya tunduk gitu. Allahh ! Allahh ! hati terus sebak melihat kebesaran ILAHI. mungkin ini petanda malam ni malam Lailatul Qadar? Wallahu a'lam, yang itu tetap menjadi rahsia Allah buat kita kerana DIA ingin menguji tahap keimana kita, hamba-NYA. so, back to story, dengan laju ifah terus capai handfone dan snap beberapa keping gambar pohon rambutan tu dan terus panggil kakak ifah yang kebetulannya belum tidur saat tu. ye ! kakak ifah sendiri cakap yang pohon rambutan tu seolah-olah tunduk, pucuk dia kelihatan sujud. Allahuakhbar ! :')

nak dijadikan cerita lagi, ifah dengan rasa sebak bercampur gembira terus update berita gembira ni kat laman facebook dan twitter. niat hati hanya nak berkongsi detik gembira dan teruja ni dengan sahabat yang lain. ifah cuba upload gambar pohon rambutan tu di twitter, tapi pelik, selalu failed. cuba guna ikhtiar lain dengan bluetooth gambar berkenaan ke lappy ifah tapi Allah Maha Besar, banyak kali ifah bluetooth gambar yang sama, tapi masih tak ada dalam folder bluetooth. Allahh, kenapa ni? tak pernah terjadi macam ni sebelum ni. ya Rabbi, apa yang cuba Engkau sampaikan?? ==' dibawah ni ifah sertakan print screen status yang ifah  update di laman FB ifah pagi tadi.


**kepada yang tak puas hati, boleh terjah FB ifah DI SINI

so, kesimpulan yang ifah nak buat disini. malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar tetap menjadi rahsia ILAHI buat kita hambanya. kenapa? sebab DIA nak uji setakat mana kesungguhan kita beribadat kepada-NYA. cerita yang ifah share ni berdasarkan pengalaman ifah semalam, bukan bermaksud ifah yakin semalam ialah malam Lailatul Qadar kerana sesungguhnya saat itu dirahsiakan dari pengetahuan kita. papepon, selagi mana masih ada kesempatan buat kita beribadat di 10 malam akhir ni, jangan miss. carilah ketenangan di sebalik 3/4 malam di 10 malam akhir :) ifah tinggalkan entry ni dengan info antara petanda-petanda malam Lailatul Qadar. wassalam~ 

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar
1) Semua tempat akan menjadi terang benderang
2) Malam itu hujan akan turun
3) Keesokan harinya matahari akan pucat dan suasana menjadi sejuk
4) Kedengaran ucapan salam dari para Malaikat yang turun
5) Ada yang melihat pokok-pokok sujud/rukuk
6) Ada yang berkata doa dimakbulkan

4 comments :

Nurul Atiqah said...

Subhanallah. Bersyukurlah. Walaupun tak diketahui lagi, tapi... bestnyaaaa.

Patutlah nak bangun qiam susah sangat semalam. Biasa okay je.

Allahurabbi.

♥ Lia Abdillah ♥ said...

ummi lia pon ade rse atnde2 malam tu.

sha (chirp chirp) said...

wallahualam. syyukurlah kalau mmg betul2 kejadian tu. hanya org terpilih yg dapat merasa.

yaya c domo said...

wuh.. masya Allah... huhu.. indahnya