accident live depan mata :(

haii sahabat readers dan bloggers. saat ifah menaip entry ni, ifah dan famili baru jer pulang dari ziarah saudara di Jeli dan Tanah Merah sempena musim raya ni. nak dijadikan cerita, on the way pulang ke rumah tadi, ifah singgah sebentar di kedai runcit tok beli barang keperluan. dan kebetulan, berhenti sebuah kereta myvi putih betul-betul dihadapan kereta kami. oleh kerana kereta myvi tu berada depan, kakak yang masa tu jadi driver beri laluan kepada kereta myvi putih tu tok bergerak dulu. dengan sekelip mata jer, dhoommmm !! kereta myvi putih tuh dirempuh oleh kereta proton perdana dari arah yang sama semasa buat U-turn. Allahh ! Allahh ! kelihatan kereta myvi tuh berpusing 360 darjah. ya Rabbi, terlintas terus dalam hati bagaimana agaknya driver kedua-dua buat kereta tuh. tapi alhamdulillah, dengan izin-NYA kelihatan driver kedua-dua buah kereta tuh keluar dari kenderaan masing-masing dalam keadaan yang elok. Allahuu, first time seumur hidup dapat tengok accident live depan mata, ngeri kottt :( kondisi kedua buah kereta tuh, kelihatan kereta proton perdana tuh remuk teruk dibahagian depan manakala kereta myvi hanya remuk sedikit bahagian sisi sebelah driver. pape pon, semoga kedua-dua driver tuh dapat selesaikan kes ni secara tenang dan elok, in sha Allah. ni la sedikit sebanyak pengalaman ifah hari ni yang dapat ifah kongsikan dengan korang. segala yang baik itu datang daripada Allah Yang Esa, yang kurung itu kelemahan diri ifah sendiri. wassalam~ :)

gambar dari pakcik google, tapi keadaan kereta proton perdana tu lebih kurang macam gambar ni

No comments :