'Terharu Ayah Terima Saya Anuti Agama Islam'




Ipoh : 'Saya terharu dan terkejut apabila ayah tetap menerima saya walaupun saya memilih untuk menganut agama Islam' kata seorang mualaf Muhamad Haikal Abdullah.

Muhamad Haikal, 20 berkata, keputusan diambil untuk menganut agama Islam pada 2011 itu dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapanya kerana dikhuatiri bakal mendatangkan perbalahan

Saya mula menganut agama Islam sejak berusia 18 tahun dan ia hanya diketahui beberapa rakan baik

"Namun selepas beberapa bulan menganut agama Islam, perkara itu akhirnya diketahui oleh mereka apabila melihat saya mengerjakan solat Maghrib di dalam bilik", katanya pada majlis berbuka anjuran Persatuan Cina Muslim Negeri Perak, baru-baru ini.

Menurut Muhamad Haikal, pada mulanya mereka agak sukar menerima keputusan terbabit, namun apabila diterangkan secara baik, ibu bapa saya mula menerimanya dengan hati terbuka.

Ditanya mengenai pengalamannya berpuasa, Muhamad Haikal berkata, dia sudah mula berpuasa sejak berumur 13 tahun lagi ketika dia masih belum memeluk Islam.

Menurutnya, dia mengakui agak sukar untuk mengerjakan ibadat puasa pada peringkat awal, namun atas dorongan rakannya yang lain, dia berjaya menyempurnakannya.

**Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! alhamdulillah, syukur kehadrat ILAHI, bertambah lagi seorang saudara seislam kita. jom berdoa semoga Allah memperteguhkan iman saudara baru kita ni dan mampu menjadi seorang muslim yang sejati, aamiin ! :)

1 comment :

Pencinta Fotografi said...

Alhamdulillah..Bertambah saudara kita.. :)