aku dan demam panas :')


holaa sahabat readers dan bloggers semua ! hari ni genap seminggu kita menyambut lebaran dan genap seminggu jugak ifah keluar dari hospital, hohohoho. 2 minggu tak ber-blogging, rasa macam berbulan-bulan **hiperbola sikitt ;D tapi honestly, memang rindu sangat nak ber-blogging, rindu nak baca entry korang tapi apa kan daya, kesihatan tak mengizinkan baru-baru ni ==' so, amacam raya korang tahun ni?? best tak?? banyak dapat duit raya?? lebaran tahun ni buat ifah sederhana sahaja, berikutan orang sibuk nak sambut raya, ifah sibuk dengan demam panas. nak tahu tak cerita selanjutnya tentang ifah dan demam panas?? **cewahhh, bunyi macam eksklusif gituuu, ahahaha kalau nak tahu, jemputlah baca entry ni sampai habis yerrr ;D

so, alkisahnya bermula petang raya first tu orang lain sibuk duk jejalan ziarah situ sini, ifah terlantar atas katil. panasnya badan, mak aiihh tak yah cakap la. rasa macam dah separuh masak gamaknya. first time seumur hidup, berpakaian hari raya tapi terlantar atas katil. muahahahaaa, nasiblah badan *-* oleh kerana malam tu tak tahan sangat, mama decided nak bawak p klinik pada mulanya tapi pusing punya pusing satu bandar pasir mas, 1 habuk klinik pon tak bukak. apa tak nya, jam pon dah pukul10 malam, raya pertama pulak tuh, mana ada doktor nak bukak klinik. doktor pon nak beraya jugak, iyer dokk?? ;D so, last-last terpaksa serbu hospital lati, pasir mas. sampai hospital, tu diaaa punya ramai manusia. doktor pulak ke hulur ke hilir, berjalan macam tak cukup tanah dah. kesian pulak den nengok. tapi tak apa, setiap titisan peluh diaorang demi menjalankan tugas merawat pesakit, in sha Allah akan dikira oleh Yang Maha Kaya :)

back to story, siap daftar pe semua, ifah dan kakak tunggu di ruangan menunggu. tunggu punya tunggu, dengan habis style dah ifah duduk, selepas 2 jam kemudian baru boleh masuk bilik rawatan. mak aiihhh, lama kemain doktor ni hah. tapi tak salahkan doktor, dia nak berkhidmat malam raya ni pon dah cukup baik kan. syukur ifah syukur ! **terima kasih doktorku sayang ;D so, masuk bilik rawatan, ingatkan terus dirawat pe semua tapi rupanya tak. ifah terpaksa tunggu sekali lagi berikutan doktor terpaksa handle 1 kes emergency sorang remaja lelaki yang cedera agak parah terkena mercun. dipendekkan cerita , last-last buat pertama kali dalam sejarahnya ifah terpaksa ditahan oleh doktor untuk diambil ujian darah dan dimasukkan air. dan dibawah inilah hasilnya

sakit wooo masa doktor cucuk jarum tuhh. swear, tak nak masuk hospital dah lepas ni *-*

so, inilah sedikit sebanyak tentang ifah dan demam panas. menarik tak? grrrr, tak menarik eaa? okei takpe, nantikan episode seterusnya 'aku dan demam panas', in sha Allah ada sambungannya nanti. tunggu tao! ;D okei la, sebelum ifah akhiri entry kali ni,  rasanya masih belum terlambat tok ifah wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin buat semua sahabat bloggers dan readers semua. andai kata ifah ada buat salah silap sepanjang bergelar sahabat bloggers korang ni, sepuluh jari ifah susun tanda maaf buat kalian. 0-0 okeiii? wassalam~ ;)

No comments :