TCM? genap 2 bulan? apakah?

Assalamualaikum and holaa sahabat bloggers dan readers semua ! antum apa khabar? Doa dari ifah moga korang semua sihat sejahtera disamping insan tersayang, aamiin ! Alhamdulillah, sedikit masa yang terluang hari ni ifah nak kongsi tentang TCM. apa itu TCM? meh ifah terangkan yerr :)


Bagi sahabat bloggers or readers yang pernah ikuti entry blog ifah sebelum ini, **CLICK untuk review mungkin mereka dah tahu kot apa itu TCM. TCM ialah singkatan bagi rumah kedua ifah, iaitu TASKA CAHAYA MATA, huhuhu. Dan alhamdulillah, hari ni genap 2 bulan ifah bekerja kat sana, yeeaaa !! **happy 2nd annivermonth buat ifah ;D Macam-macam kerenah nakal dan comel penghuni disana yang ifah terpaksa 'face' setiap hari. Tapi kenapa pulak ifah cakap rumah kedua ifah sebab kat situ, ifah luangkan masa seharian lebih kurang sama banyak dengan masa ifah di rumah.  Nak tengok rupa rumah kedua ifah ni? jom skodeng gambar dibawah ni :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaa !! ni la rupa rumah kedua ifah, TCM :)

Usia kanak-kanak di TCM ialah sekitar 2 bulan hingga 4 tahun dan kebanyakan dari mereka merupakan anak guru kerana kebetulan taska ini ditubuhkan dibawah tajaan Koperasi Guru Wanita ( KOGUWAN) **seperti yang tertera dalam board, kalau korang nampak :). So, disini jugak ifah nak kongsi antara aktiviti seharian di TCM, jom terjah ! :)
7.00 pagi : kekanak ribena dah mula 'check in' taska 
8.00 pagi : sarapan pagi akan disediakan
8.45 pagi : kekanak akan dimandikan dan diberi mainan 
10.00 pagi : susu/milo serta tempat tidur akan disediakan untuk diaorang
10.30 pagi : kanak-kanak akan ditidurkan sambil diberi susu/milo setiap sorang
1.00 petang : makan tengahari bagi semua penghuni tetap TCM
2.00 petang : sekali lagi kanak-kanak ribena akan dimandikan
3.00 petang : kekanak akan dilepaskan diruangan mainan **dalam pengawasan kami ^^
4.00 petang : masa untuk kanak-kanak comel 'check out' dari TCM
4.30 petang : TCM sunyi sepi, ehehehe ;D
Tu lah antara sedikit sebanyak aktiviti harian di TCM sepanjang bulan Ramadhan. kalau bulan biasa, waktu untuk kanak-kanak ribena 'check out' dilanjutkan sampai kul 5.00 petang. Nak tengok rupa kekanak ribena di TCM? tunggu entry ifah yang seterusnya yerr. Tak sempat nak update sekarang sebab waktu berbuka dah nak masuk, jumpa lagi di entry akan datang okei. selamat berbuka kepada semua kaum muslim ! wassalam ;D

**here antara koleksi botol susu kekanak TCM ^^

No comments :