Pengorbanan Seorang Ayah :')

selamat pagi semua readers yang dikasihi. in sha Allah, pagi nih ifah rasa terdetik nak kongsikan sebuah kisah yang ifah baca dalam laman Facebook yang amat menyentuh hati kita para anak dan seterusnya pelajar yang masing-masing mempunyai seorang bapa. mohon hayati kisah ini sepenuh hati yerr, semoga memberi sedikit peringatan bermanfaat buat korang, in sha Allah :')



Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.

Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.

Hari ini cuti public cik..

Duit untuk anak pakcik ya?

Ya. Dia belajar di selangor - UIA.

Duit dimasukkan untuk anak pertama, berjaya.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada RM10-5keping, RM50, RM100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang RM100 keluar semula, 2 kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dalam porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal RM7 sahaja.
Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.

Pakcik itu berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dalam hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.

Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.
RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai.


Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk AYAH yang kita sanjungi, aamiin !! :'(

##pesanan akhir dari ifah sendiri, tiada insan yang sempurna di bumi Allah ini, tapi tiada insan juga yang tak mampu berusaha untuk jadi yang terbaik dalam hidupnya dan insan tersayang. Justeru itu, cubalah menjadi yang terbaik buat mereka tersayang, terutamanya insan yang menjadi tunggak utama lahirnya kita dimuka bumi ini, iaitu IBU dan AYAH kita, wassalam :')

3 comments :

Unknown said...

touch :'(

nurains said...

banyak tersebar cite ni kat fb kan. mmg menyayat hati :(

Unknown said...

sllu jd kt dri sndri..bkn ayh org lain tp ayh sndri..sbak jgk,,tp xtunjuk dpn abah..ap pun blaja j elok smpi dpt krja bgus..pstu bole bg abah duit pulak..
=)