Tips/Info Sebelum Masuk Kolej Matrikrikulasi :)


alhamdulillah, tarikh hari ini 27 mei kan?? kalau tak silap ifah, hari jugak tarikh daftar masuk matrik sesi 2013/2014 bagi pelajar SPM batch tahun lepas. tak percaya?? KLIK SINI tok maklumat lanjut. haa caner?? betul kan?? :) pape pon sebelum terlupa, ifah nak ucap tahniah sangat-2 kepada adik-2 kita yang berjaya masuk+daftar sebagai student matrik. double tahniah kepada adik-2 yang berjaya masuk MATRIKULASI PULAU PINANG !! saya senior anda ! yeahh~ ^^ **excited gtu ifah ni kan, hikhik~ so, disini ifah nak bagi sedikit info dan tips tentang matrik bagi sape-2 yang blurr sal matrik ni yerr.

COURSE DI MATRIK
  1. Modul 1 : Chemistry, Biology, Physics, Mathematics
  2. Modul 2 : Chemistry, Physics, Mathematics, Science Computer  **modul ifah :)
  3. Modul 3 : Chemistry, Biology, Mathematics, Science Computer
  4. Akaun : Prinsip Perakaunan, Mathematics, Ekonomi, Pengajian Perniagaan 
  5. Subjek tambahan : Dinamika, Agama, Kokorikulum 

TEMPOH PEMBELAJARAN DI MATRIK 
  1. Pengajian Satu Tahun (PST) - 2 sem  **ifah dapat yang ni :)
  2. Pengajian Dua Tahun (PDT) - 4 sem

BILIK BELAJAR
  1. Kuliah - disini merupakan tempat korang mendapat SUMBER UTAMA untuk semua subjek. ia menempatkan lebih kurang 100-200 lebih student (bergantung pada luas kuliag masing-2). kat sini korang kena belajar cepat sikit sebab kebanyakan lecturer tak tunggu student dah sebab dyeorang kena cover+habiskan silibus yang banyak tu seperti yang dijadualkan. so, korang kena la pandai-2 survive okei. tips yang ifah boleh bagi kat sini, korang kena belajar salin nota cepat-2 and better prepare awal-2 dulu topik yang korang akan belajar sebelum masuk kuliah :)
  2. Bilik Tutorial - kat sini korang akan belajar macam dalam kebiasaan dalam bilik darjah. dont worry, disini korang boleh bertanya+bincang dengan cikgu tutor masing-2 kalau ada topik or subtopik yang korang tak paham dalam kuliah and cikgu tutor akan terangkan balik. dalam bilik ni jugak jugak tempat korang buat latihan dan kuiz(bergantung pada matrik kowt **tak sure :D
  3. Lab/Praktical - haa, yang ni pon macam bilik makmal yang biasa korang masuk. kat sini korang akan buat experiment dengan cikgu lab masing-2. dalam lab ni jugak korang akan buat quiz(kimia,fizik) yang markahnya 10% diambil kira tok membantu korang dalam exam Peperiksaan Semester Program Matrikulaasi (PSPM). so, buat betul-2 yerr, try to get full mark kalau nak selamat :D
  4. Makmal Komputer - ni tempat belajar dan praktikal bagi budak-2 yang ambik subjek sains komputer(modul2 dan modul3). kat sini jugak tempat tok korang akan buat quiz sains komputer :)
**dewan kuliah

**bilik tutorial

**lab/praktikal

**makmal komputer
DUIT TOK BELAJAR  
haa~ yang ni korang jangan risau sebab bila korang dah sah-2 jadi student matrik, automatik jugak pihak kementerian pelajaran akan tanggung pembelanjaan korang kat sini. diaorang akan bagi elaun kat korang sebanyak RM250 sebulan. korang just perlu pergi kat ATM and keluarkan kan duit, thats all ! so, skaligus jugak korang tak payah susah-2 nak berhutang dengan PTPTN yerr. pape pon, nasihat ifah pandai-2 la berjimat yer, jangan sampai sebelum akhir bulan duit dah lesap semua :)

 **mesin ATM (tu ifah tgh cucuk duit, hikhik)
TEMPAT MAKAN DAN TEMPAT BELI BARANG 
tentang tempat makan dan tempat korang nak 'shopping', dunt worry. semua dah disediakan :) kat matrik ada cafe tok student beli makanan, so tak payah nak susah-2 keluar matrik tok cari sesuap nasi yerr, hehehe~ macam di sekolah kita sebelum ni, kat matrik ni jugak ada koperasi sebagai tempat korang 'shopping' dan beli barang-2 keperluan korang seharian. topup pon ad dijual disana, jangan risau yerr :)

TEMPAT MENGADU :D
so, bagi sape-2 yang kuat mengadu aka komplain tuh, pejabat Hala Ehwal Pelajar (HEP) ialah tempat sesuai tok korang mengadu yerr. just p kat sana, isi borang dan korang boleh teruskan aduan anda. kepada yang sakit-2 pon, korang bole refer kat sini duk tanya apa-2 yang berkaitan yer :)

CARA PEMAKAIAN 
secara keseluruhan ifah rasa, semua kolej matrikulasi di Malaysia nih menetapkan baju kurung dan kasut bertutup sebagai syarat tok pergi ke kuliah. so, jangan nak mengada-2 nak pakai baju selain dari yang disuruh yerr. satgi ada jugak yang akan kena saman or sound. kalau nak pakai jugak pakaian selain dari tu, korang boleh pakai selepas waktu kuliah okei :)

TEMPAT BERSUKAN
hidup di matrik ni bukan la kejam sangat nak biarkan korang belajar berterusan tanpa ada aktiviti lain kan. so, korang jangan risau. di matrik jugak ada disedaikan tempat tok korang release-kan tension lepas belajar. contohya, padang bola sepak, court tenis, court badminton dan macam-2 lagi.

OUTING
haa, yang nih ifah tak berani nak komen banyak-2 sebab semuanya bergantung pada kolej matrikulasi masing-2. tapi setahu ifah, mana-2 matrik pon ada tetapkan masa tok student keluar outing. biasa nye hujung minggu la. tapi kalau tanya cara pemakaian nak outing or dengan sape boleh outing, yang tu ifah rasa better korang tanya pihak matrik masing-2 yerr.

KEMUDAHAN DALAM BILIK
nak p matrik, korang tak perlu susah-2 nak angkut meja, kerusi, almari dan katil korang sekali yer sebab pihak matrik dah sediakan semua tu untuk korang. just better tok korang bawa cadar, selimut, sarung bantal, hanger dan baldi sendiri yer. iron kena bawak ke?? haa~ yang ni depend pada matrik masing-2 sebab ifah dulu, ifah bawak sendiri sebab bilik iron kat kompel ifah tak berfungsi. mesin basuh baju?? kalau tak silap ifah, ada disediakan bagi setiap kompel. korang hanya perlu kumpul+simpan duet siling banyak-2 yer sebab sesetengah mesin basuh tak terima duk kertas.

KONKLUSI : setakat ni sahaja tips dan info yang mampu ifah kongsi dengan korang semua. hope boleh bagi sedikit sebanyak manfaat tok korang yerr. kalau ada apa-2 yang tak paham, boleh komen kat bawah or mesej di MUKABUKU ifah. SELAMAT BERJAYA ! wassalam :)

1 comment :

Setiasmile said...

tahniah kerana berjaya ke matrik.. semoga berjaya.. xmo malas2.. rjin2 jmpe lecturer dan bertnyakan soalan... Modul 2 adalah modul yang paling mudah dimatrik... in shaa ALLAH.. bittaufiqa wannajah... =D