drive sendiri pergi sekolah, oh my ! (⊙_◎)



Alhamdulillah, sebenarnya ifah dah hampir setahun menjadi pemegang lesen P kereta. Tapi tu la, naluri penakut tu menebal sangat dalam diri ni hah, so lesen tu jadi jadi perhiasan jela dalam purse pelangi ifah. Ikot kata akak, mewarisi sifat gemuruh mama kot, ehehehe =P nak dijadikan cerita, hari nih ifah kena pergi sekolah menengah tok ambil sijil SPM ifah yang dulu. So, dengan baik hatinya ifah tolong akak reverse kereta tapi memang tu la kerja ifah kebiasaannya bila duk rumah nih. Jadi tukang reverse kereta, hikhik~ tapi kira ok la tu kan daripada tak drive langsung ^^ Ce nak turun dari kereta lepas reverse tu, akak tahan and tak bagi turun. Dia paksa ifah tok drive kereta hari ni, alamakk ! kata akak, kalau tak cuba sekarang sampai bila nak pandai kan. So, pikir punya pikir lastly ifah setuju nak drive tapi dengan syarat akak kena duk sebelah **penakut punya pasal, apa tak nya first time ni +-+

Permulaan drive tadi alhamdulillah semua ok, tapi jengg-3! time duk kat traffic light, bila lampu bertukar jadi hijau, ce ifah nak jalan enjin kereta tetiba mati. oh no ! mama kat belakang punya kalut, apa tak nya kat belakang kereta ifah panjang lagi kereta duk beratur. Apa lagi, ifah cepat-2 start enjin balik, tup-2 lampu dah bertukar jadi merah. Dengan tak sengaja, kaki ni pulak tertekan pedal minyak, apa lagi kereta pon jadi pecut laa. Bayangkan time tuh lori dari arah kanan ifah dah nak bergerak tapi sempat lagi ifah lalu, berdebar hanya DIA yang tahu. Fuhhh, tu la saat yang paling ngeri buat ifah sepenjang drive nih. Tapi pape pon syukur alhamdulillah, semua selamat. Huhs, kalau gini gaya nya memang tak drive la ifah lepas nih. trauma sudahh~

drive-lah seperti anda mahu hidup lagi keesokan harinya
**pesanan dari penaja :D


  

No comments :