Dapat Job ! yeahh~


Alhamdulillah, setelah hampir sebulan keluar matrik and menjadi penganggur terhormat kat rumah, finally ifah dapat job !! Syukran jiddan-2 buat sahabat ifah yang tolong survey job tuh and recommend kat ifah. So, lepas ni tak ada la boring sangat life ifah. Kalau sebelum nih, emh tu diaa. kerja nya tidur, masak, makan, ber'blogging' and ber'facebooking'. Bosan yang amat. Dengan adanya peluang nih, boleh jugak ifah belajar cari duit sendiri kan, and yang penting cari pengalaman ^.^ 

Mesti korang nak tahu ifah dapat job apa kan?? dont worry, mehh ifah share dengan korang yer. Alhamdulillah, ifah tak ada la dapat kerja yang best-2 sangat kan, tapi bagi ifah kira da okei sangat la nih. Ifah dapat job jadi pengasuh aka guru taskabila dapat mesej dari sahabat tadi, punya la terkejut. Apa tak nya, sahabat ifah cakap tadi bukan setakat dia dah jumpa job tok ifah tapi dah 'confirm' kan ifah pon, just sekarang tunggu persetujuan ifah jer. Kalau ikotkan ifah kena lapor diri secepat yang mungkin tapi ifah minta excuses sebab hujung minggu ni ifah and kakak kena join kursus menjahit dulu selama 3hari. So, alhamdulillah sekali lagi, ifah diberi peluang and in sha Allah 1 JUN nanti ifah akan lapor diri. Pape pon, wish me luck okei. doakan ifah dapat sesuaikan diri dengan job nih and dapat bekerja dengan baik and dedikasi **agak-2 macam nak kerja betul-2 nih :D k la, sampai sini dulu post ifah kali nih. jumpa lagi pada post yang akan datang. daa~ :)




1 comment :

Mysara Ab Rahman said...

gud luk keje..keje bek2..pengasuh bdk tadika? perlukan kesabaran tu..hee