mimpi itu petunjuk dari Ilahi?? ♥



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

in sha Allah kali nih ifah nak share story sal mimpi. kalau cakap sal mimpi, semua pernah mimpikan, yang membezakan samada kita mimpi buruk atau baik. kalau yang baik, especially yang kita suka pulak, emh komfem-2 kalau boleh tak nak bangun dari tidur kan. kalau bangun pon, mesti rasa nak jer tidur balik sebab nak sambung mimpi tuh, padahal the truth is jarang lah yang boleh sambung balik, tapi semua tu tak mustahil pon okei **ifah pernah sambung mimpi. best kowtt, hikhik~ sebenarnya ifah dapat idea nak story sal mimpi nih sebab baru-2 nih ifah dapat tahu teman ifah, 2 orang yang berbeza mimpikan benda yang mostly same. boleh pulak ada kaitan-nya dengan ifah, apakah?? tak kan diaorang berpakat nak mimpi benda sama kot. apakah ini mimpi tu akan menjadi realiti or hanya mimpi kosong semata-2?? yang tu, hanya Dia Yang Esa yang Maha Mengetahui. tapi pape alhamdulillah, both of them mimpi benda yang elok jerr, nak tahu ke diaorang mimpi apa?? haishh~ malu pulak ifah nak share. kalau nak tahu jugak, email ifah eaa. nanti ifah bagitau senyap-2 :P **jangan email betol-2 sudaa ^^ so, di sini sedikit informasi tentang mimpi yang ifah sempat selongkar baru-2 ni. hope dapat lah share sedikit sebanyak dengan anda semua. semoga bermanfaat :)

Bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah mimpi itu pada dasarnya terdapat tiga jenis sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.”  (Hadis Imam Muslim).

Mimpi dari syaitan dan mainan jiwa sememangnya tiada memberi sebarang erti, namun bagi mimpi yang berbentuk khabar gembira daripada Allah, ia mimpi benar dan perlu diberikan perhatian sewajarnya. 

Barang siapa yang dikehendaki ALLAH akan kebaikan baginya maka ALLAH pun akan memberikan kepadanya kefahaman dalam urusan agama.” 

Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi, “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh”  (Hadis Imam al-Bukhari).
##al-Mubasysyiraat atau mimpi benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-Nya dengan memberi gambaran perkara baik yang bakal berlaku. Mimpi benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hambanya mengenai perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. 

HADIS PERTAMA:

“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain. (Sahih Muslim, dan lain-lain) 

HADIS KEDUA:

“Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat (perkara-perkara yg menggembirakan), para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.”

(Sahih Al-Bukhari)

Adab-adab ketika dan selepas mendapat sesuatu mimpi

"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca ta'auz), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.." 

(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
  • Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
  • Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali. 
  • Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain. 
  • Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)

sumber artikel : kiemiftah.com , naimpital.blogspot.com




No comments :