Kursus Menjahit 1 Malaysia : Sesi 1

Assalamualaikum dan hai semuaa ! In sha Allah post kali ni ifah nak kongsi pengalaman setelah mendaftar jadi antara peserta kursus menjahit 1 Malaysia yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula hari ni. Alhamdulillah, kursus tu bermula pagi tadi dari pukul9 pagi hingga 5petang. Kursus ni free je okei, tu yang ifah beria nak join, hikhik~ sambil-2 nak cari pengalaman and tambah ilmu. kalau ingat balik last ifah menjahit dengan mesin kalau tak silap, time form3 dulu dalam subjek Kemahiran Hidup. Tu pon belajar cincai-2 jer, tak minat la kata kan :D

Back to story, walaupun permulaan kursus tadi ada masalah sikit berikutan terlebih peserta daripada yang sepatutnya 15 orang jadi 24 orang, lastly kak za(guru menjahit) berjaya settle-kan jugak, alhamdulillah. So, korang mesti nak tahu ifah belajar menjahit apa kan? Berdasarkan modul yang kak za bagi tadi, ifah akan belajar menjahit baju kurung riau. Wahhh ! hebat kan?? :D tok sesi tadi, ifah tak belajar banyak sangat pon, tapi alhamdulillah dah nampak+dapat basic sikit-2.

Tadi ifah belajar buat polar lakar tok buat buju kurung riau. Ianya agak rumit pada mulanya kalau tak ikot step elok-2 tapi bak kata orang, belum cuba belum tahu kan. So alhamdulillah, ifah dapat follow step-2 yang kak za bagi. Lepas selesai lakar polar, ifah teruskan pulak dengan menjahit kain ikot polar. Alhamdulillah, yang ni simple jer berbanding lakar polar tadi sebab ianya just kena potong kain ikot polar yang kita lakar tadi, thats all ! ^^ Lepas siap potong kain ikot  lakaran polar, time for jahit tepi kain !! tapi bersambung besok la sayang, so follow post ifah tok sesi 2 esok yerr. Wait for my story ! :)

**ni polar lakaran tok baju kurung riau ifah :)



**opss~ nih ifah time nak start potong kain :)



3 comments :

siti suraya said...

Mak saya pandai menjahit, tapi sy tak pandai. Setakat kelim kelim boleh la. Tapi kan, menjahit pon boleh dapat income tau. Walaupon tak banyak, tapi kalau dah minat, mesti suka nak buat kan :)

Mizz Aiza said...

boleh ambil tempahan menjahit lepas ni.. akak tak reti sangat bab ni, dulu pernah kursus kat kemas, sekejap je.. mungkin bukan minat akak kot, buat baju tapi macam tak kemas je jahitan dia.. hehe..

nurul ezzatie zulkarnain said...

rajin nya pergi kelas menjahit. Bilalah ezzatie pun nak rajin macam ni. =(

btw, done follow awak =)