Sharing is Caring #Part 2

hola ! hola ! hola ! alhamdulillah, bersua kembali kita tok entri kali ni. so, agak-agak korang kali ni ifah nak share story mory sal apa yerr? ce teka? ce teka? siapa betul, meh ifah kasi coklat sebiji, ehehehe. in sha Allah, kali ni ifah bukan nak share story tau tapi ifah nak share something yang in sha Allah amat, terlalu dan sangat bermanfaat kepada sahabat ifah yang dikasihi **over hiperbola ;D apa yang ifah cuba nak share nih boleh dikatakan sambungan Sharing is Caring #Part 1, review KLIK SINI

okei, seperti #Part 1, kali ni juga ifah nak share aplikasi gadget yang amat berguna tok kita, umat islam. kalau sebelum ni, ifah share aplikasi Al-Quran, kali ni ifah nak share pulak aplikasi mathurat iaitu, m-Mathurat. haaa, kalau ifah sebut sal mathurat nih, korang fahamkan apa bendanya? ada yang tak faham? err, meh ifah terang serba sedikit sal mathurat ni yer. mathurat merupakan himpunan doa dan ayat-ayat zikir yang kita boleh amalkan setiap hari. kebiasaannya ia dibaca pada waktu pagi dan sebelah petang. in sha Allah, mathurat juga merupakan ibadah dan boleh dikatakan juga 'makanan' rohani kita supaya lebih mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. 
tak nak cakap panjang lebar lagi, dibawah ni ifah sertakan antara kelebihan yang boleh kita peroleh dari aplikasi m-mathurat ni yer.
KELEBIHAN M-MATHURAT
  • boleh dibaca dimana sahaja dan bila-bila masa **wanita ma'zurah juga boleh baca 
  • free of charge 
  • boleh memainkan suara yang dialunkan oleh Ustaz Don Daniyal 
  • ada terjemahan bagi setiap zikir 
  • ada fadhilat zikir
alhamdulillah, tu sedikit sebanyak kelebihan aplikasi m-mathurat yang cuba ifah ketengahkan. selebihnya, kalau nak tahu, try la download dulu aplikasi ni yerr ;D ifah berani jamin, korang tak akan nyesal punya la. tu pon kalau korang cuba menggunakan aplikasi ni sebaik mungkin. sesama lah kita mencari MARDHOTILLAH, in sha Allah. oh ye, sebelum ifah terlupa, tok info yang lebih lanjut, korang boleh skodeng laman web m-mathurat yang dibina khas oleh admin aplikasi ini sendiri, KLIK SINI. selamat men-download ! wassalam~ ;-)
logo aplikasi m-mathurat

1 comment :

Tengkubutang said...

Alhamdulillah.. tahnx buat entri ni dik..