Adam AF dan Fiza Elite selamat akad nikah ! ❤

mabruk alaik kak Fiza dan zauj, Adam AF ! alhamdulillah sepasang lagi saudara seislam kita berjaya mendirikan masjid dengan jayanya. dan sekali lagi mabruk buat kak Fiza sebab jadi artis yang paling femes dalam blog ifah sebab ni merupakan entri kedua ifah tentang kak Fiza, hohoho. nak tahu entri sebelum ni tentang kak Fiza, KLIK SINI :) 

alhamdulillah, sekitar jam 10.40 pagi tadi di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan sekali lafaz jer kak Fiza selamat bergelar zaujah kepada kepada Adam AF. Pasangan yang cun melecun ni dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap. 

ifah pada mulanya bila baca berita ni macam tak percaya pon ada tau, sebab yelar rasanya jauh beza peribadi pasangan mempelai ni. tapi siapa boleh jangka kan, JODOH ITU RAHSIA DIA dan sungguh indah. pape pon sesama kita doakan semoga masjid yang terbina ini berkekalan hingga ke jannah, in sha Allah. so, lastly ifah tinggalkan korang dengan beberapa foto perkahwinan Kak Fiza dan Adam AF yer. sungguh anggun kedua mempelai nih, jeles gituu. ehehehe, wassalam ! :)

 









1 comment :

tyah fatisyah said...

barakallah . :) m0ga mereka sentiasa dalam lindunganNYa .