POWER insan bergelar ibu :')

Subhanallah ! Allahuakhbar ! itu yang mampu ifah ungkapkan sebagai permulaan bicara tok entri kali nih. yess ! seperti tajuk entri diatas, ifah nak kongsi apa yang ifah alami hari nih.
macam yang korang baca entri ifah sebelum nih, ifah sekarang dalam situasi agak DILEMA sebab terpaksa membuat pilihan samada nak teruskan pengajian di UITM or terima tawaran degree di USIM dan ada jugak masalah-masalah lain. kalau ikutkan nasihat famili, in sha Allah USIM menjadi pilihan. tapi tu lah, honestly ifah agak takut sikit nak ambil risiko terpindah ke USIM sebab kos yang ifah dapat tu agak tough. lagipun alhamdulillah setakat nih ifah dapat follow kos networking yang ifah belajar kat UITM sekarang, sebab sebelum ni pon ifah dah ada basic sikit tentang komputer sains nih. so, tu yang menimbulkan lagi rasa tak  pasti dalam diri ni.
nak dijadikan cerita, pagi tadi mama ada call ifah dan sememangnya dah boleh agak mesti mama nak bertanyakan hal nih. walaupun pada mulanya tak sedia nak bagi jawapan, tapi mungkin dalam situasi tertekan ditambah pulak dengan rindu, dengan berlapang hati ifah terima panggilan mama. Allahuu, dengar jer suara mama, dada terus rasa sebak, hohohoo **anak manja la katakan :D korang tahu pe, belum ifah sempat explain pape lagi mama dah guna kuasa VETO dia dengan beri nasihatnya yang subhanallah ! mampu menghilangkan tekanan yang ifah alami seminggu ni hanya sekelip mata. yess ! hanya sekelip mata, honestly kita tak tipu taoo :') Alhamdulillah ya Allah, itulah keajaiban yang Engkau berikan buat insan bergelar IBU. dengan nasihat dan pandangan yang panjang lebar dari mama, alhamdulillah finally i got the answer for all my questions. simple-kan? Allah itu Maha Besar, sentiasa ada tok membantu hamba-NYA dan MAMA merupakan insan yang dihantar oleh-NYA tok tolong kita. Allah ! Allah ! Allah :')
terima kasih mama atas segala ungkapan, bicara yang terucap buat anakanda mama yang bongsu nih. ANA UHIBBUKI FILLAH ABDAN ABADAN ya UMI ! in sha Allah, segala nasihat dan pesanan mama tadi akan ifah ingat sampai bila-bila :') so nak tahu jawapan apa yang ifah dapat? nantikan entri terakhir sal DILEMA nih, esok in sha Allah. jumpa lagi ye duhai sahabat, selamat malam. wassalam~ ^_^

wo ai ni, i love you, aku cinta padamu, ana uhibbuki fillah, de amore mama ! <3

4 comments :

nanakimie said...

nice entry:)

tunggu entry seterusnya,heee

tyah fatisyah said...

subhanALLAH ! :')
benar tu sis . ^^ ibu memberi ketenangan kpd anaknya .

# segalanya berhikmah :) apapun m0ga dpmudahkn sglanya ;)

ifah dafila said...

@nanakimie syukran dear ! :)

ifah dafila said...

@tyah fatisyah yup ! Maha Besar Allah, DIA kurniakan insan yang begitu muliakan kpd stiap dr kita. in sya Allah dear :)