Salam Hari Arafah :')

subhanallah ! alhamdulillah ! Allahuakhbar ! segala puji bagi-NYA, Tuhan Pencipta seluruh alam. alhamdulillah, hari ni 9 Zulhijjah bersamaan hari Arafah merupakan antara hari yang terpenting dalam kalender Islam dimana hari ini seluruh umat Islam yang terpilih mengerjakan ibadah haji akan Wukuf di Arafah. dan dari apa yang ifah tahu, tanpa melakukan perkara tersebut, tak sah ibadah haji yang dikerjakan.
 
sinonimnya juga, bila tibanya hari 'Arafah iaitu 9 Zulhijjah, kita akan diwar-warkan mengenai Puasa Sunat 'Arafah kan, betul tak? haa, Puasa Sunat 'Arafah merupakan ibadah sunat yang dijanjikan ganjaran yang amat besar dari Allah SWT kepada hamba-NYA. sungguh DIA Maha Pemurah kan, setiap amal kebajikan yang dikerjakan oleh hamba-NYA pasti akan disediakan ganjaran pahala yang tak terhitung banyaknya. seperti sabda Rasulullah SAW : “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.” so, apa korang rasa? tersangat rugikan bagi kita umat islam yang belum berpeluang tok mengerjakan ibadah haji sekiranya melepaskan peluang ni. here, ifah kongsikan dengan korang lafaz niat Puasa Sunat Hari 'Arafah. jomm ! sesama kita berpuasa sunat hari 'Arafah :)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ 

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.

in sha Allah, dikesempatan ini juga ifah nak share sedikit info dengan korang semua tentang Kelebihan Hari Arafah. jemput baca dan topup ilmu dalam dada. segala salah silap sepanjang artikel atau entri ni, ifah mohon maaf okeii ! wassalam :)


1.  Hari Kemuliaan


Di antara kemuliaan hari ini ialah Allah SWT telah bersumpah dengan hari Arafah.

Firman Allah SWT:
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُ‌وجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ ﴿٣ 
“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”  
Rasulullah SAW bersabda: “Makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu ialah hari Jumaat, dan segala keadaan yang disaksikan ialah hari Arafah, Jumaat adalah yang terbaik daripada Allah kepada kita.” (Ad-Dur al-Mantsur: 8/463 dan At-Tabary).
Begitu juga Allah SWT telah bersumpah dengan kebesaran hari mulia ini. FirmanNya:  
وَالْفَجْرِ‌ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ‌ ﴿٢

“Demi waktu Fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”  
Menurut Abdullah bin Zubair: “Dari 1 Zulhijjah hingga Hari Korban adalah termasuk hari Arafah.” (At-Tabary).


2.  Hari Disempurnakan Agama-Nya


Hari Arafah adalah hari yang agung kerana hari ini Allah telah menyempurnakan agama-Nya, dan melengkapkan nikmat-Nya:


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَ‌ضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ


“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” 

3.  Hari Bulan Suci


Hari Arafah adalah termasuk satu hari dalam bulan-bulan suci di mana Allah SWT berfirman:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ‌ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ‌ شَهْرً‌ا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ مِنْهَا أَرْ‌بَعَةٌ حُرُ‌مٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).” 

(Surah At-Taubah: 36).


4.  Hari Beramal Soleh


Hari Arafah adalah salah satu hari dari hari-hari sepuluh yang dilebihkan untuk melakukan amal soleh seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai Allah dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (10 hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah..Bukan jihad fi sabillah? Jawab nabi; Ya, Jihad fi sabillah tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid).”  (Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn Majah) “.

5.  Hari Pembebasan


Hari Arafah adalah hari pembebasan. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidak ada satu hari pun yang di hari itu Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari ‘Arafah, sebab pada hari itu Dia turun kemudian membangga-banggakan mereka di depan para malaikat seraya berfirman“Apa yang mereka inginkan?” (Sahih Muslim 3275).
Hari Arafah adalah hari yang utama di mana Allah Ta’ala membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka dan Allah membangga-banggakan orang-orang di Arafah di depan para malaikat.


6.  Hari Permohonan Doa


Hari Arafah adalah hari doa dan hari perjumpaan antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Pada hari pengampunan yang agung ini betapa banyak kebimbangan telah dilepaskan, dan berapa kesedihan telah diredakan dan berapa banyak keperluan telah ditunaikan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menggesa supaya membanyakkan berdoa pada hari yang agung ini. Baginda SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari 'Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan Rasul sebelumku ungkapkan ialah tiada Tuhan melainkan Allah...”(Riwayat at-Timizi).

1 comment :

Tyah said...

salam Eidul Adha sis :)
perkongsian yg sangat bermanfaat , jazakillah .