Mr. Bean Peluk Islam??

haa, amacam? mesti semua terkejut dengan tajuk entri ifah kali nih kan? betul ke Mr.Bean dah peluk Islam? honestly, ifah pon terkejut jugak bila baca artikel pasal nih. pape pon kesahihan berita ini tak diwar-warkan lagi. sebelum ifah share dengan korang sumber dan petikan artikel yang ifah baca mengenai hal tersebut, jom sesama kita doakan semoga khabar angin yang baik ini betul-betul terjadi. in sha Allah, makin bertambah saudara seislam kita kan, alhamdulillah ! last but not least, sekali lagi ifah tekankan berita ini BELUM DISAHIHKAN lagi. so, kalau silap apa yang ifah baca, silap jugak la ifah dalam update entri nih, hohoho. yang baik itu datang dari ALLAH, dan yang kurang itu dari ifah sendiri yang hakikatnya semuanya dari ALLAH SWT Yang Maha Esa :)

Gempar - Betul Ke Mr Bean Masuk Islam?

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.
Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.
Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."
Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.
"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.
Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.
Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

sumber : Sinar Harian

No comments :