Cinta dan Rindu Dalam Islam #Part 1


salam readers ! apa khabar? diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. almaklum la, kita sekarang masih dalam musim hari raya qurban kan. so, mesti korang banyak makan daging dan sumber-sumber lain dari lembu, iyer dok? just same like me dear ! **sipp ! sipp ! kita geng ^_^ pape pon makan, makan jugak tapi kesihatan kena jaga jugak yer. okei la, back to my entry. in sha Allah untuk entri kali nih ifah nak kongsikan sedikit ilmu atau lebih tepat lagi pandangan dan ikhtibar dari ifah sendiri mengenai C.I.N.T.A

bismillahirrohmanirrohim....
bercakap mengenai cinta, ifah yakin korang semua dah jemu dengar perkataan ni tapiiii... haa, apa pulak la tapinya cik ifah nih yerr? sabar ! sabar ! nak explain la nih :) tapi jangan sangka semua orang suka, minat berhubung dengan perkataan tersebut. meskipon korang rasa agak mustahil, tapi tetap ada. bagi mereka, CINTA mungkin hanya mengganggu hidupan mereka seharian, CINTA mampu mendekatkan diri mereka dengan sesuatu yang mungkar dan lain-lain lagi. tapi 1 perkara yang mungkin mereka tak sedar, tanpa CINTA mereka tak akan hadir didunia ini iaitu CINTA dari IBU BAPA mereka. setuju? :) atau mungkin jugak, ada suatu peristiwa yang membuat mereka anti dengan perkataan tersebut? yang tu wallahu a'alam :)
 
in sha Allah, disini jugak ifah nak terangkan serba sedikit lagi tentang CINTA menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang bertajuk ‘Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan As-Sunnah’, beliau menyatakan bahawa pengertian cinta amatlah luas dan mendalam kerana ia berkait rapat dengan hati manusia. Di dalam Islam, cinta terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, cinta kepada Allah dan Rasul, kedua cinta kepada sesama manusia dan makhluk lain dan ketiga, cinta kepada diri sendiri.


Cinta Kepada Allah dan Rasul

sebagai hamba Allah Azza Wajalla dan umatnya Nabi Muhammad, rasanya mengenai sedikit sebanyak tentang cinta terhadap Sang Pencipta dan Rasul junjungan patut ada dan terpahat dalam diri kita. dan seyakinnya ifah nyatakan, kalau tanya antum semua mengenai cintakah kita kepada Allah dan Rasul, tak sampai sesaat mesti korang akan jawab, "YE ! Saya cinta dan kasih kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW" tapi yang menjadi persoalan, macam mana kita membuktikan, mempamerkan rasa cinta kita kepada Allah dan Rasul? here ifah kongsikan sedikit ciri-ciri dan bukti cinta dan kasih yang boleh kita buktikan sebagai mukmin, Khalifah dimukabumi nih :

1. Meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya lebih daripada kepentingan lain walaupun terhadap diri sendiri dan ahli keluarganya. sebagai contoh terdekat yang ifah mampu highlightkan, SOLAT ! yup, SOLAT yang merupakan tiang agama. jagalah SOLAT kita, itu jua yang menbezakan antara orang Muslim dan orang kafir.
Sesiapa sahaja yang mencintai kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna imannya.” [HR Abu Dawud dan Tirmizi]
Dalam sebuah hadis riwayat Imam at-Tirmizi, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Perjanjian antara kami dan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya (tidak mengerjakannya), maka sesungguhnya ia telah kafir.”
2. Tunduk, patuh dan menyerahkan dirinya sepenuhnya tanpa syarat kepada semua suruhan Allah SWT dan meninggalkan semua larangan-Nya. jangan sesekali mensyirikkan dan menyekutukan Allah dengan apa jua bentuk kebendaan atau kepercayaan. diingatkan disini jua sahabat, ELAKKAN diri dari terlalu obses dengan sesuatu yang mempa membuat diri kita alpha dengan Yang Maha Esa, sebagai contoh K-Pop dan sebagainya.
“Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)
3. Bekerja untuk mendaulatkan sistem hidup Islam (melaksanakan syariat Allah SWT) samaada dalam keluarga, organisasi/ pertubuhan atau parti politik, bukannya untuk mengejar pangkat, kuasa dan wang ringgit semata-mata. Niat yang ikhlas perlu disertai dengan matlamat yang bersih dan betul.

4. Cinta kepada Rasulullah bukan sahaja kita berdemontrasi marah kepada orang kafir yang mempersendakan Islam dan baginda SAW, tetapi kita perlu mengikuti ajaran dan sunnah yang dibawa oleh baginda SAW dalam kehidupan kita sehari-hari. Nabi SAW memiliki akhlak yang mulia bersifat berlemah lembut, pemaaf, pengasih, penyayang, pemurah, tidak ada perasaan dendan dan hasad dengki. Jika seseorang mempertikaikan hukum hudud yang dibawa dan dilaksanakan oleh Nabi SAW itu bermakna dia juga sedang menghina baginda SAW tanpa disedari.

5. Memberi sedekah dan infak hartanya dijalan Allah SWT. Bukan setakat harta malahan masa, tenaga, buah fikirannya di perah sepenuhnya untuk mendaulatkan Islam, berdakwah, mentarbiah dan kerja-kerja amar makruf nahi munkar. ifah nak tekankan disini, kita bila bergelar umat Muhammad, orang muslim, WAJIB keatas kita untuk berdakwah. so, JANGAN dan JANGAN tunggu pakar motivasi, ustaz dan ustazah tok berikan dakwah. kita sendiri kena berdakwah, dan dakwah yang paling dekat ialah, berdakwah dengan diri sendiri iaitu menjauhi diri dari melakukan larangan Allah SWT.
Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam  bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim)


Cinta Kepada Sesama Manusia
Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
sungguh melalui hadis diatas dah nyata bahawa Rasulullah menjelaskan kepada kita antara ciri kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mencintai saudaranya melebihi cintanya pada diri sendiri.  bak kata setengah orang, cinta itu tak perlu dicari sebab ianya akan datang sendiri. ye ! memang benar cinta itu sebenarnya tak perlu dicari sebab ianya sejak azali lagi dah Allah SWT sematkan dalam diri setiap daripada kita, justeru itu bergantung kepada kita bagaimana cara untuk kita perkukuhkan dan melaraskan perasaan tersebut kearah yang diredhai oleh-NYA. here, ifah kongsikan pulak antara cara untuk mengukuhkan kecintaan kita kepada sesama insani di jalan Allah SWT :

1. Memaklumkan kepada orang yang kita cintai bahawa kita mencintainya kerana Allah. Diriwayatkan daripada Abu Dzar RA bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila ada seorang daripada kalian mencintai sahabatnya, hendaklah dia datang ke rumahnya dan memberitahu kepadanya bahawa dia mencintai sahabatnya kerana Allah SWT” [HR Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhd]
2. Saling memberi hadiah. Rasulullah SAW bersabda daripada Abu Hurairah RA:
“Berilah hadiah antara satu sama lain, nescaya kalian akan saling mencintai” [HR Bukhari dan Baihaqi]

3. Saling mengunjungi. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: 
“Wahai Abu Hurairah! berkunjunglah engkau dengan baik, tidak terlalu kerap dan terlalu jarang, nescaya akan bertambah sayang.” [HR Thabrani dan Baihaqi].
4. Saling mengucapkan salam. Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah kalian masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidaklah kalian beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan tentang sesuatu yang apabila kalian lakukan, kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” [HR Muslim]

5. Jangan berprasangka buruk dan melakukan ghibah. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di kalangan kamu yang mengumpat (ghibah) sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kalian merasa jijik...[TMQ Al-Hujurat (49): 12]

6. Memiliki sikap kebersamaan. Rasulullah SAW bersabda: 
“Orang-orang Mukmin itu ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuh turut merasa sakit dengan demam dan tidak dapat tidur.” [HR Muslim]


Cinta Kepada Diri Sendiri

in sha Allah, jika diri kita dah mantap dengan kedua-dua cinta yang ifah huraikan serba sedikit diatas, part cinta kepada diri sendiri menjadi lebih mudah tok kita hayati dan terapkan dalam diri. dibawah ni ifah kongsikan sedikit lagi cara untuk terapkan rasa cinta pada diri sendiri :

1.  Jadikan ISLAM sebagai PAKAIAN! Imerupakan tunggak dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim sebagai menjaga imej ISLAM. jangan hanya beridentiti seorang muslim tapi seringkali terikut dengan budaya Kristian. Sedarlah ! setiap yang ISLAM tetapkan dalam kehidupan kita seharian, penuh dengan kebaikan. sebagai contoh yang kita boleh ambil, MENUTUP AURAT. dengan menutup aurat sahaja kita mampu peroleh banyak manfaat sebagai contoh, tudung mampu melindungi rambut kita dari rosak oleh pancaran matahari, kekotoran dan sebagainya. dari aspek ISLAM itu sendiri, rambut merupakan mahkota seorang muslimah yang harus kita jaga sepenuhnya dan hanya layak dilihat oleh muhrim kita.
2.   Memberi Keadilan Kepada Diri Sendiri. seperti yang kita tahu, manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Ye, kebenaran itu diakui. tapi, tidaklah sempurna sekiranya kita manusia banyak memberi manfaat kepada orang lain tetapi mengabaikan diri sendiri yang memerlukan perhatian daripada empunya badan. Tubuh kita ini, adalah pinjaman dari ALLAH. Dihadapan-Nya nanti, kita akan dipersoalkan mengenai setiap apa yang telah kita buat semasa di dunia bersama diri in, tubuh ini.
3.   Sentiasa bermuhasabah diri atau dengan erti kata lain cermin diri sendiri. dalam waktu 24jam yang Allah kurniakan kepada kita, carilah dan kalau perlu curilah masa untuk bermuhasabah diri kita balik sebagai insan yang dicipta oleh Allah SWT sebagai khalifah dimukabumi ini. harus diingatkan, sebaik kita dihadapan-NYA nanti, kita akan akan dipersoal balik mengenai tanggungjawab kita sewaktu didunia.
4    Kritik dan galakan dari segi positif. Apabila kita cuba mengkritik diri sendiri, perubahan yang kita cuba lakukan bersifat positif. Kritikan kearah positif mampu memantapkan lagi kekuatan rohani. Galakan pula bersifat memantapkan lagi perubahan positif yang kita cuba terapkan. Galakan dalam diri sendiri itu perlu lebih-lebih lagi apabila kita dalam situasi keseorangan dan ini merupakan satu inisiatif untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dari hasutan hawa nafsu yang mampu membuat diri kita alpha.
last but not least, ifah harap dengan segala info dan perkongsian diatas mampu memberi sedikit sebanyak perubahan positif dalam diri korang. insan yang menaip ni pon tak sebaik yang korang fikirkan. so, sesama kita cari masa dan peluang untuk melakukan perubahan dalam diri kita disamping mencari MARDHOTILLAH dari-NYA, in sha Allah. oh yee ! sebelum terlupa, in sha Allah entri ni akan ada sambungannya, so tungguuu !! okei la, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang itu pon datangnya daripada Allah Yang Maha Esa tapi disandarkan kepada diri ifah yang serba kekurangan ni. segala salah silap sepanjang entri ni, ifah mohon maaf dan teguran dari semua yerr. wassalam :)

1 comment :

iffah khadijah said...

thumbs up ifah ! eh eh mcm sebut nma kite sendiri pulak. hehe love ur entry. thanks :)