7 Sunnah Hebat

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad

Bismillahirrahmanirrohim.........

Sahabat-sahabat fillah, dalam kehidupan sehari-hari, ada kala kita seringkali melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan tapi alhamdulillah Allah itu Maha Pengasih, selalu membuka pintu taubat kepada kita agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Untuk mencapai tujuan tersebut, ayuh sesama kita cuba amalkan antara 7 Sunnah Nabi dalam kehidupan harian kita. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh teruatamanya bagi kaum adam Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. 
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Perbanyakkan Istighfar. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Ayuhh semua, ifah seru diri ifah sendiri dan sahabat readers tok amalkan 7 Sunnah Nabi SAW. Ifah tahu mungkin ada sesetengah dari kita rasa berat untuk amalkan sunnah tersebut sebab oleh kekangan masa dan ruang tapi itulah dipanggil jihad kan :) Kalau tak mampu untuk amalkan ketujuh-tujuh sunnah itu serentak, mulakan la dari yang simple dulu. Yang penting kita masih ada niat untuk melakukan sunnah tersebut dan semoga dengan niat yang baik, Allah permudahkan usaha kita. In sha Allah :)

sumber tazkirah,
Ustaz Don Daniyal

2 comments :

PeRdU cINta said...

Terima kasih sharing ye adik..moga kita nikmati kemanisan sunnah sepanjang perjalanan hidup di dunia ini..amin..

Unknown said...

PeRdU cINta sama-sama ya ukhti. in sha Allah, moga Allah reda ^_^