#throwback : Jodohku Taska :)


Assalamualaikum dan haii guys ! kaifa halukum? ^^ moga antum sentiasa sihat dan berada dalam rahmat-Nya selalu, aamiin. In sha Allah, untuk entri kali ni ifah nak #throwback apa yang jadi kat ifah setahun yang lalu. jemput baca noh ;)

Alhamdulillah, setahun yang lalu bersamaan dengan tarikh hari ni (4/8), ifah sekali lagi diberi kesempatan untuk bekerja disebuah taskaaaaaa, yeayyy ! BUTTTTTT, kali ni bukan lagi kat Taska Cahaya Mata like my oldest post, **CLICK untuk review sebaliknya kali ni taska lain pulak ^^ Thats why ifah buh tajuk entri macam kat atas tu :) Kaitannya mungkin dah jodoh ifah kan selalu dapat kerja dengan taska :3

So, let me story sikit tentang taska kedua ifah ni. Nama taska tu ialah Taska Manjaku Kreatif, lokasinya tak jauh pun dari rumah ifah, tak sampai 5 minit perjalanan. Taska ini milik bekas cikgu sekolah rendah ifah iaitu Cikgu Zakiah dan anaknya, kak Ruzanna. 

**here it is, TASKA MANJAKU KREATIF :)

Jadiiiiii, alkisahnya ifah boleh dapat kerja dekat sini kerana pemilik taska tu, Cikgu Zakiah merangkap sahabat baik mama ifah sendiri, bagitahu mama yang taska dia lagi memerlukan tenaga pekerja saat tu dan kebetulan ifah pulak duk tercongok kat rumah asbab tengah cuti sem tika tu, so apa lagi, cepat-cepat mama suggest ifah kerja kat situ. Dan dipermudahkan urusan oleh-Nya, esok tu jugak ifah masuk kerja dekat taska tu, huhuhu. So immediate right? Tapi takpe, pengalaman la katakan :)

Dari segi jadual seharian taska ni lebih kurang sama dengan Taska Cahaya Mata. Just taska ni a little bit advance sebab dia ada waktunya semua kanak-kanak di taska ni akan diberi pemeriksaan kesihatan dan juga di taska ni jugak, kanak-kanak diajar menabung tau, bagus kan ^^ And you know what, taska ni jugak pernah ajak ikon A&W untuk datang ceriakan kanak-kanak kat taska dan banyak lagi la aktiviti menarik yang dibuat. Kita yang kerja kat sana ni pon have fun tau not only the baby boo ^^

Ok la, dah panjang sangat ifah celoteh ni. Lastly, ifah tinggalkan antum dengan sedikit koleksi gambar kanak-kanak ribena Taska Manjaku Kreatif yang super duper comel ^^. Untuk info atau gambar yang lebih tentang taska ni, antum boleh lawat page taska ni kat SINI yer. Taska ni jugak ada buat bisnes kecil-kecilan, nak tahu bisnes apa? Boleh lawat page tu okeii. Baiii, wassalam ^_^



WE'RE THE HEROES AND HEROINES OF TASKA MANJAKU KREATIF !
haiyaaa ! ^_^

**Wan Muhammad Faiz, budak budjet handsome :P

**Muhammad Haziq, budak cepat mrajuk ;D

**Aqif, baby paling aktif ^_^

**abe nik, a handsome boy


**Adeeb, a very manja boy


**Farisya, a very clever girl


**Naurah, a very good girl


**syafiqah aka kpop girl

**Iman firash arsyad versi ala2 ziana zain. baby yang comel dan paling mudah jaga, rindu sangat kat budak niii :*

**Naufal rifqi, baby yang paling comel kat taska ^^ Time ni rifqi baru umur 5bulan tapi badannya mak aihh tough kalah budak umur setahun. Sedap peluk bak hanggg :D

**last ni gambar time Firash demam, kesian yang amat -_-

No comments :