Siapa Jodoh Kita?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Assalamualaikum dan salam 25 syawal sahabat semua. Alhamdulillah untuk setiap hembusan nafas yang masih dipinjamkan oleh Sang Pencinta buat kita. Bila tengok tajuk entri ifah kali ini, lagi sekali ifah talk about jodoh? Cinta? Well, sorry for that. Tapi bagi ifah, in sha Allah selagi mana ianya berguna dan sebagai perkongsian yang elok bagi sahabat yang lain, apa salahnya kan. CINTA itu FITRAH. Dan setiap dari kita itu memiliki CINTA. Lagipon serius talk, OUR LIFE is ALL ABOUT LOVE, right? siapa setuju, say alhamdulillah ^_^

Apa bukti atau hujah yang ifah cakap macam tu? hujahnya ialah andai kata tiadanya cinta seorang hamba itu terhadap Sang Pencipta, hidup ini tak ada guna kan? Dan bilamana kita dah jatuh cinta, segalanya kita akan lakukan untuk mempertahankan rasa cinta tersebut, termasuk mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Cinta kepada Tuhan adalah yang paling utama, barulah diikuti dengan cinta kepada Rasul, ibu bapa dan yang lain-lainDan in sha Allah, yang lain-lain tu la yang cuba ifah huraikan untuk entri kali. Moga bermanfaat untuk semua, aamiin :)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku.”
(QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)

Sahabat yang dihormati,
Kakak ifah ada sebut, bila seseorang itu mula memasuki usia 18-25 tahun, waktu ini adalah waktu kemuncak bagi kehidupan seseorang itu bilamana mereka mula nak pelajari sesuatu yang baru, termasuk mencari erti 'berpasangan', dengan erti kata lain tarikan terhadap kaum berlainan jenis. Dan pada waktu ini jugak kita boleh tengok berapa ramai yang kecundang tapi ada jugak sesetengah yang berjaya. Kecundang terhadap apa? Kecundang dengan hawa nafsu sarakah yang mula menguasai diri.

Kenapa ifah berani cakap macam tu? Sebabnya, kalau kita tak pandai kawal hawa nafsu, dengan mudah kita akan terperangkap dalam kancah maksiat sebagai contoh masalah kapel yang sememangnya kita tahu hukum kapel sebelum nikah itu adalah HARAM, sekali lagi ifah ulang, HARAM. Dan bila dah mula kapel, potensi gejala yang lebih teruk akan berlaku lagi besar , contohnya hamil anak luar nikah, lari dari rumah dan sebagainya.

Tapi kadang-kadang kita tak boleh salahkan mereka 100% sebab bagi ifah, keadaan semasa jugak menjadi punca utama terjadinya hal sebegitu. Mana tak nya, bila buka jer laman sosial, berlambak gambar-gambar dan status-status orang kapel, dating dan tak kurang jugak yang dah perkahwinan, yang di-show off. 

Laaa, takkan nak tunjuk yang halal pon salah? Yes! ifah faham, ianya bukan la menjadi satu kesalahan tapi rasanya tidak perlu nak update setiap moment kita dengan suami/isteri tersayang kan, sebab kita tak tahu mungkin ada sahabat-sahabat kita yang masih belum diberikan rezeki untuk memiliki semua tu dan mungkin jugak ada yang Allah tak mengizinkan dia memilikinya disini. Dan ini secara tak langsung boleh membuatkan diri mereka memberontak untuk mendapatkan hal yang sama? Bukankah itu boleh mengeruhkan lagi keadaan? So, jangan biarkan diri kita menjadi punca terjadinya hal tersebut okei.

Sebelum ifah meneruskan kalam, jom kita baca firman Allah SWT yang bermaksud :
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”
 [Yaa Siin 36:36]
Look! Allah SWT itu Maha Adil kan? sungguh Dia dah menjanjikan setiap dari kita ini ada pasangan masing-masing. Dan janji Allah itu pasti sahabat, BELIEVE on HIM. Cuma mungkin kita yang kurang sabar dan kurungnya nilai kebergantungan pada-Nya. Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” 
[QS. Ar. Ruum (30):21].


Sahabat yang dikasihi Allah SWT,
Jodoh itu bukan sesuatu yang bilamana kita teringin, terus akan dapat tapi sebaliknya JODOH IS ALL ABOUT THE RIGHT TIME. Jodoh itu terkadang akan datang pada waktu yang kita tak sangka, dengan orang yang kita juga tak jangka, tempat yang mungkin kita rasa tak sesuai tapi 1 kita kena ingat, pada Allah semua itu adalah tepat pada masanya. Dia lagi kenal kita berbanding diri kita sendiri dan semestinya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tadi ifah ada menonton satu drama english dalam astro, maaf ifah lupa tajuknya apa but the point is, 1 mesej yang amat berguna yang ifah dapat dari drama tu adalah seramai mana kita cuba tarik perhatian seseorang untuk suka, meminati kita, tapi percayalah hanya seorang sahaja yang akan tertarik kepada kita. Siapa? Dia lah jodoh kita.

Logiknya ialah jodoh kita mungkin tertarik terhadap apa yang ada pada kita yang mungkin bagi orang lain tiada istimewanya tapi istimewa bagi dia dan itulah yang membezakan jodoh kita dengan yang lain. Sungguh percaturan Allah itu adalah yang terbaik, Dia ciptakan kita dengan keistimewaan yang tersendiri yang mungkin ada pada kita dan tak ada pada orang lain, begitu juga sebaliknya.

So, ifah ingatkan sekali lagi bahawa tak ada guna atau senang kata sia-sia kita berhias, cuba menarik perhati lelaki/perempuan lain untuk dekati kita, sebabnya yang akan tertarik pada kita hanyalah seorang iaitu, JODOH kita, yang akan menerima kita seadanya seikhlas hati. Jadi alangkah lebih baik sekiranya kita simpan segala kecantikan kita, keistimewaan kita hanya untuk yang layak kan, sebab itu jauh lagi berbaloi.
Tapi persoalannya, Siapa orang tu? Bila akan jumpa? Dimana? Mungkin soalan ini yang bakal timbul dalam diri kita. Jawapannya hanya 1, itu semua RAHSIA ALLAH SWT yang Maha Mengetahui saat dan detik yang sesuai untuk kita perolehnya. Kalau bukan disini(dunia), mungkin dia sedang menanti kita disana(syurga), in sha Allah. Yakinlah. 

Akhir kalam jujur dan ikhlas dari ifah, suka ifah ingatkan JODOH itu adalah CERMINAN DIRI KITA. Kalau nak jodoh yang soleh/solehah, kita dulu kena berusaha kearah tersebut okei. And the most important thing is Carilah Cinta Allah terlebih dahulu dan in sha Allah cinta si dia bakal menyusul. Cuba sibukkan diri dengan cinta kepadaNya dan in sha Allah cinta yang lain akan datang tanpa kita duga. Percayalah sebab ifah sendiri pernah alami situasi ni tapi itu tak bermaksud ifah dah bertunang atau dah kahwin okei, ianya hanya sekadar pengalaman yang Allah bagi pinjam. Sungguh JANJI DIA itu PASTI :)
Allah tak pernah lambat. Cuma kita yang kurang sabar. Sabar lah sekejap. Nikmat Allah tu mesti ada untuk kita. Ya, untuk kita yang bersabar. Itu janji Allah.
Takdir mengatasi kehendak. Selamat mencari CINTA :)

No comments :