Kenapa Saya Berpurdah?


Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun “ustazah”.
Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar “ustazah” oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan padanya.
purdah
Purdah adalah antara gaya pemakaian yang dipandang pelik oleh masyarakat. [Shanbay]
Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat untuk pulang. Termasuklah Aishah.
“Erm Aishah, hendak tanya sedikit, purdah itu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya.
“Entahlah” jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali.
“Aik? Entah? Habis tu, Aishah pakai purdah ini sebab apa? sekadar suka suka? ke nak nampak macam “ninja”? hehe..” gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.
“Erm..okeylah. Sebelum itu, Aishah hendak tanya Aqilah dahulu. Apa itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?” Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir.
“Ala mudah sahaja, sunnah itu segalanya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. Manakala hukum sunat, seperti mana semua orang selalu cakap, buat dapat pahala, tida buat tidak dapat apa-apa. Kan? Kan?”
“MashaAllah, hebat Aqilah. Boleh jadi ustazah sudah begini. Boleh ganti Ustaz Amirul. Hehe.” Aishah bergurau.
“Ada jelah Aishah ni. “Aqilah bersuara malu.
“Gurau sahaja.Okey okey. Kita sambung semula eh?” Aishah mengembalikan perbincangan.
“Betul sangatlah apa yang Aqilah cakap tadi. Tentang sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi saw, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran Baginda saw. Cuma ada sedikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi.”
“Eh, salahkah? Astaghfirullahalazim” kerisauan Aqilah jelas terpancar.
“Aishah tidak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam. Aishah pun tidak berani hendak kata orang lain salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.”
Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.
“Alah, Aishah ni rendah diri pulak. Macamlah Aqilah tidak tahu. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal-hal agama,” Aqilah memuji Aishah.
“Segala pujian kembali kepada Allah swt, Aishah cuma ikut sedikit sahaja.” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.
“Baiklah, sambung ya! Tentang hukum sunat itu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnahlah. Jadi, sesiapa yang buat maka dirinya memperolehi pahala, sesiapa yang tidak buat bukan sahaja tidak dapat apa-apa tetapi berada dalam keadaan rugi.
Bukankah Allah swt sudah menyebut di dalam surah al-‘Asr, “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”.
masa
Demi masa, semua manusia berada di dalam kerugian. [Instagram Adly]
Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tidak memperolehi untung masih boleh diterima lagi kerana masih boleh mempunyai modal. Tetapi bagaimana jika rugi? Sudah tentu rasa tidak mahu berniaga lagi bukan?
Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tidak baik untuk kita.” Hurai Aishah.
“Oh, macam itu? Betul betul betul. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak budak yang datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. Setuju.
Jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunatlah ya? Buat dapat pahala, tidak buat rugi. Begitu?” Aqilah kembali bertanya.
“Tidak jugak” sekali lagi mudah Aishah menjawab.
“Pula, habis itu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?” Aqilah inginkan penjelasan.
“Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah menjelaskan.
“Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunatlah ya?” Aqilah inginkan kepastian.
“”Ya” pada Aishah, mungkin “tidak” bagi orang lain. Ada yang kata wajib, malah ada juga yang kata haram, macam-macam. Tetapi pada Aishah, ia tetap sunnah. Sesiapa yang memakai purdah, pasti ada ganjaran besar baginya, InshaAllah.” Aishah menjawab.
“Eh, tetapi sunnahkan apa yang dari Nabi saw. Bukankah Nabi…” Aqilah kelihatan seperti cuba membayangkan sesuatu. Lelaki memakai purdah barangkali.
berpurdah
Isteri, anak Rasulullah s.a.w dan sahabat dikatakan berpurdah. [Taufiq]
Aishah ketawa kecil, “memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi,tetapi, isteri-isteri dan anak-anak Nabi saw ada memakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang.
Kesannya, di dunia lagi Allah swt sudah beri “title” yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak”.
““Title” ahli syurga? apa dia?” Aqilah ingin tahu. “RadiaAllahu’anhu waradhu’anh (Allah redha ke atas mereka dan mereka redha ke atasNya)” jawab Aishah.
“Oooo… Jadi, apa pulak jawapan Aishah untuk soalan kedua itu?” Aqilah tetap ingin tahu.
“Okeylah. Senang sahaja. Sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. Itu sahaja!” Aishah tenang menjawab.
“Ooo. Begitu. Kalau begitu, boleh kongsikan dengan Aqilah dalil dalam Quran menyuruh memakai purdah?” Aqilah kembali bertanya.
Aishah terus membuka al-Quran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. “Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. Surah Al-Ahzab, ayat 70-71.”

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Surah Al-Ahzaab: 70-71)
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Surah Al-Ahzaab: 70-71)

“Eh Aishah, Aqilah tidak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk?” Aqilah cuba mendapatkan kepastian.
“Eh, taklah. Betullah. Aishah tidak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat itu.” Aishah meyakinkan Aqilah.
Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. “Ok. Dalam petikan ayat ini, ada 3 potongan ayat sebenarnya. Cuba Aqilah bacakan potongan ayat yang ke dua dari petikan tersebut” pinta Aishah.
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
Al-Ahzaab : 71
“Ok, kali ni, bacakan potongan ayat ketiga yang ada pada petikan ayat ke 71 tu.” pinta Aishah lagi.
“Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan..” Baca Aqilah sambil tersenyum kagum.
“Sudah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?” tanya Aishah. “MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita.
Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pula itu. Allah janji kejayaan yang besar lagi” Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.
“Yup! Itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang Maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah “extremist” atau apa pun, Aishah tidak kisah, sebab inilah jalan yang sepatutnya semua orang pilih.
Sesungguhnya jalan yang nyata telah ditunjukkan oleh orang terdahulu.
Sesungguhnya jalan yang nyata telah ditunjukkan oleh orang terdahulu. [Adventures]
Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercinta dan sahabat serta sahabiyah Baginda saw. Mereka itu manusia yang dijamin syurga. Siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka.” tambah Aishah.
“Allah. Lepas ni Aqilahpun hendak pakai purdah juga la! Hihi” Aqilah menyatakan azamnya. ”
Amin ya Rab. Suka sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap begitu” Aishah mengambil hati.
“Hehe. Baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Aqilah tidak pasti sama ada hadis atau pepatah. Tetapi, ustaz itu memberitahu bahawa antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)” Aqilah cuba berkongsi ilmu.
“Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? ” Aishah inginkan kepastian.
“Haaaa.. “lurus” yang ustaz itu maksudkan ialah ahli syurga ini dia tidak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tahu itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. Tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!” Aqilah mengagumi Aishah.
“Oooo… Kiranya Aqilah hendak kata Aishah ni “lurus”lah?” Aishah bergurau.
“Eh, boleh juga tu. Hahaha” spontan jawapan dari Aqilah.
“Amboiii,” Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil.
Tiba-tiba satu suara garau menerpa, “Ayoyoyo! Tak mau balik lagi kaa? Semua orang sudah baliklah. Saya mahu tutup ini bilik lah,” tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.
“Eh, sorry uncle! Okey, okey, kami sudah ingin beransur… Hehehe… Jom Aishah!” Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.
sumber : tazkirah.net

No comments :