UMMU WARAQAH BINTI NAUFAL - Imam Para Wanita di Zamannya



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Beliau merupakan puteri kepada Abdullah bin al-haris bin Umair bin Naufal al-Anshariyah. Dia dikenali dengan gelaran Ummu Waraqah binti Abdullah atau dikenali dengan nama Ummu Waraqah binti Naufal dinisbahkan kepada datuknya.

Wanita yang Mulia
Dia termasuk dalam kalangan wanita yang paling mulia pada ketika itu. Rasulullah SAW telah mengunjunginya beberapa kali dan baginda memberikannya gelaran asy-Syahidah. Ummu Waraqah ialah wanita yang mempunyai ghirah(semangat) yang tinggi terhadap islam dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah.
Oleh kerana itu, dia tidak terhalang untuk berjihad bersama kaum muslimin dan mendapat pahala mujahidin. Semasa Rasulullah SAW hendak berangkat ke Perang Badar, Ummu Waraqah berkata kepada Rasulullah SAW , "Wahai Rasulullah SAW, izinkanlah aku berangkat bersamamu supaya aku dapat mengubati orang yang tercedera antara kamu, merawat orang sakit dan semoga Allah SWT mengurniakan syahadah kepadaku."
Kemudian Rasulullah SAW menjawab ,"Sesungguhnya Allah akan mengurniakan kamu Syahadah kepadamu, tetapi tinggallah kamu di rumahmu kerana sesungguhnya engkau adalah syahidah."


**gambar hiasan semata

Mahir dalam Membaca Al-Quran
Ummu Waraqah binti Naufal turut mengumpulkan al-Quran dan mahur membacanya. Disebabkan itu Rasulullah SAW memerintahkan supaya dia menjadi imam bagi para wanita untuk mereka. Disebutkan dalam al-Musnad dan as-Sunan daripada hadis Abdul Rahman bin Khalad daripada Ummu Waraqah menyatakan bahawa Rasulullah saw berkunjung ke rumahnya dan memberikan seorang muazin untuknya. Abdul Rahman berkata:"Aku melihat muazin tersebut seorang lelaki yang sudah tua."
Rumah Ummu Waraqah RA menjadi rumah Allah di dalamnya didirikan solat lima waktu. Alangkah terhormatnya wanita yang menduduki kedudukan sebagaimana seorang wanita mukminah seperti Ummu Waraqah RA..
Ummu Waraqah sentiasa istiqamah menjaga syariat Allah sehingga beliau dibunuh oleh hamba dan jariahnya(hamba perempuan) yang telah dijanjikan untuk dimerdekakan oleh Ummu Warakah sendiri setelah beliau meninggal dunia. 


Kebenaran Sabda Rasulullah SAW
Tiba-tiba waktu pagi Umar bin al-Khattab berkata:"Demi Allah aku tidak mendengar suara bacaan al-Quran daripada ibu saudaraku semalam."
Kemudian Umar ra masuk ke rumahnya namun dia tidak melihat apa-apa(Ummu Waraqah). Apabila dia masuk ke biliknya ternyata jasad Ummu Waraqah telah dibungkus dengan kain ditepi rumah. Dia telah meninggal dunia. Umar berkata:"Alangkah benar sabda Rasulullah SAW bersabda , "Marilah pergi bersama-sama kami untuk mengunjungi wanita yang syahid."
Seterusnya Umar RA naik ke atas mimbar dan menyampaikan berita tersebut dan sera.ya berkata: "Bawalah dua orang hamba tersebut kepadaku yang telah membunuh Ummu Waraqah." Setelah dua hamba itu mengaku telah membunuh Ummu Waraqah, Umar memerintahkan supaya kedua-dua hamba tersebut disalib. Mereka berdualah orang yang pertama sekali disalib dalam sejarah islam.
Semoga Allah merahmati Ummu Waraqah. Semoga Allah membalas semua kebaikannya dengan istiqamah membaca al-Quran dan mengumpulkannya. Dia adalah imam para wanita di zamannya yang sangat rindu untuk berjihad dengan harapan mati jihad untuk mendapat pahala mujahidin. Akhirnya Allah mengabulkan permohonannya dan dia mendapat kedudukan yang terbaik di sisi Allah dan Rasul-Nya.
Wallahu a'alam

No comments :