.:: Mencintai Dalam DIAM ::.



Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dengan kesederhanaan. Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan. Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,kelak ada insan yang bakal dilukai, jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. .mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her. Not even the slightest bit.You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.Just hold her in your heart for a few more years ..then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”  
(HR. Al-Hakim)

April 3, 2014 at 12:54pm,

1 comment :

MisakiPureBlood said...

Ya bicara soal hati nih susah..
apatah lagi nak menjaga... hurmmm...

btw bagus.. since you can do it ^__^

kita lupa yg jodoh tu Allah dah tetapkan...

kalau inginkan cinta yg high class.. jagalah diri kita tu je ^___^