Mengecilkan Hati vs Berkecil Hati

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
" Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

I'm so confused.
kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak berdosa?? Then I asked my dad what's that mean.
Ayah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia. 
Anak : Uikk, tapi kenapa plakk?? Kita tak buat apa2 pun kan??
Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. 
Anak : *Blurrr*
Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan yang lain. 'Dia dah banyak buat macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. 'Kesian kawan kita tu, budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah tu akan lesap.
Anak : *termakan cili*


So conclusion is, jangan mudah terasa hati.. Kalau kita terasa hati, Maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Yang paling merisaukan bila Allah turut juga tak redha dengan kita. Na'uzubillah. Tabarakallah..

Na'am sahabat semua, adakalanya kita yang hanya insan ni lebih cepat terasa. sikit-sikit nak terasa asbab dari perbuatan orang pada kita. Sedar tak sedar, mereka yang hadir itupun dengan izin Allah. So, ambillah hikmat atas apa yang kita lalui, mungkin Allah nak uji kita. Allah nak tegur dan beri peringatan pada kita. 

Kalau nak ikutkan 'TERASA' kita tu, mungkin Allah lagi banyak terasa dengan kita asbab perilaku kita yang teruk dan seringkali alpha tentang kewujudan-Nya. Allahuu~ tapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kan sebab Dia masih nak bagi peringatan pada kita supaya kita sedar dan bertaubat serta masih bagi kita merasai pelbgai nikmat dalam kehidupan seharian kita. Allahh Allahh :)

Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung bagi orang yang mensucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya.
::: Surah asy Syams 91:8-10 :::


No comments :