La tahzan ya ukhti....


Genangan air mata diwajahmu menggambarkan kedukaan yang kau rasai.. aku mengerti hatimu bidadariku.. bersabarlah sayang kerana redha itu sahajalah kekuatan bagimu.. engkaulah bintang kesayangan Rabbi.. jadikan cintamu pengubat hati..

Wahai Bidadari penghias duniawi..
Dirimu permata bernilai tiada gantinya..peliharalah dirimu dari kebinasaan dunia.. jagalah dirimu apa adanya. jangan tergadai kerana hawa yang dusta kerana aku inginkan dirimu peneman di syurga..
Dunia ini medan derita.. itu yang pernah kau katakan padaku dulu memintaku thabat dan teguh dalam perjuanganku. mendoakan aku kuat dikala aku memerlukanmu.. kita sama-sama mengerti maharnya kebahagiaan yang abadi disisi sepohon cinta dan selaut rindu pada Ilahi..

Bidadariku sayang..
Aku mengerti dukamu yang berpanjangan.. tangismu dalam kesakitan tapi ingatkah kamu pada pesan yang pernah kau titipkan padaku dulu.. memohon agar aku tabah dan redha dengan setiap ketentuanNya menjadikan sabar dan syukur penenang dijiwa...
Jadi kumohon teruskanlah bermujahadah bidadariku... jangan pernah sekali kau berpatah dalam perjuangan.. kerana aku perlukanmu sebagai kekuatan.. aku dahagakan dorongan dan nasihatmu sebagai pemudah jalan..jangan kau lelah.. janganlah kau lemah kerana aku bangun dengan kekuatan yang telah kau berikan padaku dulu...
Sungguh.. kedukaanmu menggusarkan jiwaku. .tak rela ku biarkan air mata membasahi wajahmu bidadariku, ku mohon.. kuatkanlah hatimu.. kembalillah pada cintaNya yang selama ini mengisi ruang dalam kamar hatimu, mohon padaNya agar kedukaan itu menjadi mahar pertemuan di alam sana dan aku disini sentiasa mendoakan dirimu dalam jagaanNya...

Janganlah bersedih bidadariku..
kerana kaulah dambaan pencinta Ilahi...


December 9, 2012 at 1:44am

No comments :