Jom Sertai Group GEMA (Muslimat ONLY)

Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakhbar !

Syukur kepada-Nya, hari ni sedar tak sedar masuk hari ke-4 ifah sertai group GEMA. Group yang sangat sangat dan sangat memberi impak positif dalam diri ifah dan ahli group yang lain. Here, ifah nak kongsikan dengan semua apa itu GEMA dan apa fungsi group ni. Lets check it out !



apa itu GEMA??

GEMA ialah singkatan bagi Generasi Memartabatkan Al-Quran.

Tujuan group ini ditubuhkan untuk khatam Al-Quran secara berjemaah setiap hari. In sha Allah juga, melalui kaedah ni tak mustahil untuk setiap ahli mampu untuk khatam Al-Quran personal dalam masa 30 ( tak termasuk tempoh ma'zuroh). Tapi bukan setakat khatam jer yang kita nak, biarlah sering dengan pemahaman isi kandungan Al-Quran itu sendiri, in sha Allah.  

Untuk pembahagian ahli pula, setiap group terdiri daripada 30 orang ahli dan setiap ahli akan dibahagikan satu juzuk yang berbeza untuk dibaca dan untuk hari seterusnya akan ada rotation juzuk. Alhamdulillah untuk pengetahuan sahabat tersayang, setakat nih kami berjaya bentuk 4 group kecil dan berharap makin ramai muslimat yang dapat dan mahu join group ini. Dan semakin ramai yang join, semakin erat dan bertambah ukhwah kita :)

Ayuh sayangg semua ! manfaatkan peluang ni, tunjukkan komitmen dan istiqomah kita terhadap Islam. Grap peluang ini cepat-cepat. Promosi terhebat untuk saham kita di akhirat. Jom sesama hidupkan kembali sunnah dalam kehidupan seharian. Gilapkan kembali cahaya Al-Quran di hati. Moga kita antara insan yang terpilih untuk sertai group ilmu sebegini.

Dibawah ni ifah kongsikan sedikit kreativiti yang di-create khas oleh ahli GEMA untuk group ini.



haaa amacam?? menarik dan kreatif kan diaorang ni. In progress, kami sedang menyiapkan logo untuk group GEMA dan in sha Allah pelbagai aktiviti menarik lagi akan dikongsi bersama. so, apa tunggu lagi. jom laju-laju join group ni ! moga Allah permudah dan berkati usaha kita dalam mencari redha-Nya, aamiin ! :)

kepada yang berminat, boleh pm ifah DI SINI.
"Bacalah Al-Quran , sesungguhnya ia akan datang di hari khiamat sebagai syafaat kepada pembacanya .." {HR : Muslim}

2 comments :

Mr LS said...

Mudah-Mudahan Allah senantiasa memberikan kesehatan, Supaya bisa terus istiqomah pada Ukhti, Amiiiin.


Salah Ukhuwah dari Indonesia

Unknown said...

@Admin Soffah
in sha Allah,aamiin ! ifah doakan enti jugak sihat sejahtera dalam rahmat-Nya :)